Facebook

Rawat Kecantikan Dengan DIY Masker Di Rumah

1:57:00 PM Noor Akma 3 Comments

Rawat kecantikan diri sendiri dengan DIY masker di rumah sendiri. Ikut keselesaan diri dan persekitaran serta waktu yang sesuai. Sudah tentu menjimatkan masa dan duit poket anda. Walaupun anda berkemampuan untuk pergi ke rawatan kulit yang paling mahal atau mendapatkan khidmat nasihat pakar kulit, namun sebenarnya, tiada siapa yang lebih memahami kulit anda melainkan diri anda sendiri. Jadi, boleh sahaja buat rawatan DIY masker di rumah kan... !

Rawat Kecantikan Dengan DIY Masker Di Rumah
DIY Masker Di Rumah 

Oleh sebab itu, rawatan kulit muka di rumah dikatakan jauh lebih berkesan berbanding rawatan kulit yang berharga ratusan ringgit. Untuk permulaan, apa kata anda cuba membuat sendiri pupur muka mengikut kesesuaian kulit wajah. Pilih sendiri mana-mana yang di ingini  dan sesuai dengan kulit anda dan adun sendiri....


Rawat Kecantikan Dengan DIY Masker Di Rumah 


- Kulit Berjerawat
Lenyek strawberi dan campurkan dengan air perahan lemon, madu asli serta sedikit dadih.

- Kulit Sensitif
Lenyek buah betik bersama krim masam, pisang, madu asli dan bijirin oat.

- Kulit Normal
Campurkan timun yang dipotong kecil bersama dadih sejuk.

- Kulit Kombinasi
Campurkan putih telur dengan oat serta sedikit minyak zaitun.

- Kulit Kering
Campurkan putih telur bersama minyak badam.

- Kulit Berminyak
Campurkan sedikit dadih bersama pisang yang sudah dilenyek dan sedikit madu.

Anda boleh menggantikan oat dengan beras yang dikisar dan lebih baik sekiranya campuran pupur disejukkan dahulu sebelum digunakan untuk memberikan kesegaran kulit secara semula jadi. Oleh kerana ramuan yang digunakan adalah daripada sumber makanan, jangan gunakan pupur yang telah disimpan lebih daripada tiga hari. Lakukan rawatan wajah ini seminggu sekali dengan keadaan kulit yang bersih selepas menyental muka. 

Masker dari bahan-bahan semulajadi seperti ini sudah pasti tidak mengandungi bahan kimia dan di terjamin bersih. vitamin dan mineral yang terkandung dalam bahan-alami ini sangat berguna untuk menyehatkan sekaligus memutihkan kulit wajah anda secara alami dan tentu saja terbebas dari bahan bahan kimia berbahaya. 

Buah-buahan banyak mengandung vitamin C sehingga dapat membantu menegangkan kulit, mencegah kedut , dan memperlambat penuaan sehingga wajah menjadi lebih bersinar dan tambah cantik. Dengan demikian mengapa tidak memanfaatkan masker buah-buhan untuk perawatan wajah anda. Kulit wajah anda menjadi lebih sehat, lebih bersih, dan terbebas dari noda noda hitam maupun jerawat. Paling tidak terapkan seminggu dua kali pada malam sebelum tidur.

Nak dapatkan petua kecantikan di blog ni.... klik SINI

p/s : Boleh buat sambil baring-baring depan tv tengok slot akasia... hihi!

#kredit SINI

3 comments:

Dedaun Comel said...

Terima kasih.. selalu dengar dengan beras pun boleh dapat kulit yang cantik

sebenarnya nak cantik ni tak perlu barang yang mahal-mahal kan..better homemade masker sendiri jimat dan bebas dari mekuari

Nour Adieb said...

Boleh ja buat masker sendiri menggunakan bahan semula jadi. Antara rajin dengan tak rajin ja :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Us

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...