11 April 2017

Wipes Tanggal Makeup Imaan Suci Cleaning Wipes Senang Sesangat...!

Baru-baru ini baru aku baru dapat tahu ada wipes tanggal makeup yang senang dan mudah sesangat untuk di gunakan iaitu Imaan Suci Cleaning Wipes. Boleh menanggal makeup sepantas kilat, iaitu hanya sepuluh saat sahaja tau. Wipes yang di panggil dan di sebut juga sebagai tisu basah sangat berguna apabila berada di luar rumah atau masa tiada  air.. Ada pula Imaan Suci Cleaning Wipes ini, senang jadinya... Apatah lagi pek comel berisi 10 keping wipes tanggal makeup Imaan Suci Cleaning Wipes ini senang di bawa kemana-mana sahaja. Campak terus dalam beg tangan... dah boleh enjoy!

Wipes Tanggal Makeup Imaan Suci Cleaning Wipes Senang Sesangat...!
Wipes Tanggal Makeup Imaan Suci Cleaning Wipes Senang Sesangat...!

Imaan suci cleansing wipes ni suci tanpa alkohol tau.... Bolehlah menanggal makeup dengan segera bila berjalan-jalan kat luar dan bila tiba waktu solat taklah terkocoh-kocoh buang masa menanggal makeup yang ada. Makeup remover di pasaran biasanya agak susah dan lambat membuang solekan water proof dan tebal dengan foundation. Puas tenyeh-tenyeh kapas di muka berulang kali. Apatah lagi bila di bersihkan dengan air biasa. 

Wipes Tanggal Makeup Imaan Suci Cleaning Wipes Senang Sesangat...!


Imaan suci cleansing wipes pula membersih sebersihnyan dan seterusnya menyegarkan wajah. Wangi baunya, bukan sekadar membersih juga menyegar dan melembapkan kulit muka sebab ada vitamin E. Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Tak payah beratkan beg dengan botol remover dan kapas muka dah. Juga yang pasti tak perlu sama sekali beli makeup remover lagi. Guna Imaan cleansing wipes sahaja pada bila-bila masa untuk mencuci makeup. Boleh buat sambil tengok tv dan layan whatssap....

Di sini, di sertakan bahan-bahan yang terkandung di dalam Imaan suci cleansing wipes :

1. Purified water :Air yang telah melalui proses tapisan mengikut kualiti control atau standard umum (water for pharmaceutical use) 

2. Propylene Glycol : pelembap bebas minyak ( untuk melembap dan refresh kulit) 

3. Phenoxyethanol : ejen pewangi (untuk mengekalkan bau dan bau tahan lama) 

4. Polysorbate 20 : Bahan pelarut minyak (mengawal minyak pada muka) 

5. Perfume : minyak wangi haruman bunga 

6. Cetylpyridinium Chloride : Anti septik ( untuk membunuh bakteria merbahaya pada muka, juga ia di gunakan pada ubat gigi, pewangi mulut dan tablet hisap ) 

7. CocoAmidopropyl Betaine: sabun/ pembersih yang di hasilkan dari minyak kelapa bahan organic (untuk membersih kotoran pada muka ) 

8. Tocopheryl Acetate : Vitamin E ( banyak manfaat untuk kulit Muka )

Aku, kalau nak beli sesuatu barang tu suka belek-belek dan ambil tahu bahan yang terkandug di dalamnya ... Bukannya apa untuk pengetahuan dan jaminan diri sendiri. Itulah sebab aku kongsikan segala  maklumat  bahan-bahan yang ada. Nampaknya  bahan-bahan  Imaan  suci cleansing wipes ini   mempunyai nilai yang positif.... bagus la kan. Jadi, bolehlah di gunakanlah tanpa was-was.

Wipes Tanggal Makeup Imaan Suci Cleaning Wipes Senang Sesangat...!
Wipes Tanggal Makeup Imaan Suci Cleaning Wipes Senang Sesangat...!

Opps, lupa pulak nak beritahu di sini... Imaan suci cleansing wipes ini boleh di gunakan oleh lelaki dan wanita. Tetapi untuk bayi tidak di galakkan. Untuk yang gemar bermakeup tebal ia sangat sesuai. Untuk penggunaan bersihkan muka dari kotoran dan habuk pun pun boleh.. Tak semestinya yang bermakeup tebal je. Kulit sensitif semestinya boleh... dah ada do sebut pada paparan di atas kan!

Harga? Murah sangat tau... Hanya RM15 se packet berisi 3 pek Imaan Suci Cleaning Wipes. Harga tu tidak termasuk pos. Dah cukup murah sangat tu, Berbaloi-baloi nilainya dengan penggunaan dan manafaat yang di dapati di dalam setiap pek tu. Kalau nak membeli atau nak tahu info seterusnya boleh whatssap no. di bawah dan klik website dan Fanpage di berikan :


No. tel : 019-3922261 




Imaan Suci Femine Wipes

p/s : Produk terkini Imaan (gambar) iaitu Imaan Suci Femine Wipes  iaitu tisu pelengkap istinjak (membersih, menyegar dan melindungi). Di formulasi dari daun sireh dan pati mawar. Nak lebih info tentang ni.. hubungi link  yang di berikan yer!

6 comments:

  1. kalau guna wet tisu basuh botot anak okay x kak
    .ni mahal...

    ReplyDelete
  2. Ini untuk cuci makeup je... Akan datang akan ada keluar produk wipes untuk baby plak... Untuk feminine wash pun ada...

    ReplyDelete
  3. wahh mudah ja nk cuci kalau macam ni. :)

    ReplyDelete
  4. Bagus juga ni.. rasanya ramai wanita perlukan tuala basah ni untuk kegunaan harian

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...