Petua Mengelakkan Pedih Mata Mengupas Dan Menghiris Bawang

12:34:00 PM Noor Akma 8 Comments

Hari ni nak cerita pasal petua pula. Petua ni bagus untuk sesiapa yang tak suka menangis-nangis mengupas bawang. Jadi petua ni dapat mengelakkan pedih mata mengupas dan menghiris bawang. lebih-lebih lagi bila di buat dalam kuantiti yang banyak. Serius, bila guna petua ni pedih mata mengupas dan menghiris bawang tak ada. Boleh buat kerja dengan selesa.

Petua Mengelakkan Pedih Mata Mengupas Dan Menghiris Bawang
Petua Mengelakkan Pedih Mata Mengupas Dan Menghiris Bawang
Anak perempuan aku, perkara yang paling di orang tak suka bila tolong masak, kupas bawang dan hiris bawang. Sensitif  yang amat pada di orang pasal ini. Terus tak jadi nak tolong memasak. Memasak hampir semua masakan Melayu, kalau tak ada bawang... apa ke hal. Nak tak nak kena juga kupas dan hiris bawang. 

Petua Mengelakkan Pedih Mata Mengupas Dan Menghiris Bawang


Haaa... aku nak kongsi petua ini dengan semua orang. Lepas ini, kupas dan hiris bawang sebesen atau seguni sekali pun dah tak pedih mata lagi. Caranya, simpan bawang yang nak kupas dan hiris tu dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam. Selepas tu, keluarkan dan mulakan proses mengupas dan menghiris. 

Insya'allah gas yang memedihkan mata yang membuatkan mata menjadi pedih tak memedihkan mata lagi. Mungkin gas tersebut telah beku dek kesejukan. Untuk yang nak mengupas dan menghiris bawang dengan segera boleh ikut cara ini pula iaitu masukkan bawang ke tempat beku selama lebih kurang 10 minit. Jangan lama nanti beku pula. Selepas tu boleh melakukan proses seperti biasa.

Ada satu lagi petua sampingan iaitu kupas dan hiris bawang di bawah kipas yang sedang berputar. Ini pun boleh menjadikan gas tak dapat memasuki mata tapi orang lain yang tak mengupas dan menghiris bawang yang duduk jauh sikit dari kipas yang terasa pedih. Gas dah beralih ke tempat lain.. hahaha!


Selepas ni, bila saja nak memasak, letak dulu bawang dalam peti sejuk. nanti bila nak di gunakan kerja mengupas dan menghiris bawang akan jadi lebih mudah. Tak ada lagi sebab anak perempuan aku nak mengelak tolong  memasak di dapur. Kalau tidak, ada saja alasan dia tak nak buat kerja itu dan ini. 

Tapi tak boleh simpan lama bawang dalam peti sejuk. Letak sekejap saja sebab nak bagi gas dalam bawang tak berfungsi. Kalau simpan terus bawang dalam peti sejuk akan menyebabkan bawang bertunas dan kadang-kadang merosakkan rupa dan rasa bawang itu. 

Nak baca beberapa petua lagi di blog ini... lihat SINI

p/s : Bawang yang di maksudkan tu bawang merah yer... :)

8 comments:

ai said...

Nice sharing..

great sharing

aRzMoHa said...

petua yang menarik kak....bw sini

Dedaun Comel said...

Memang selalu kupas bawang2 awal2.. dan simpan kat peti.

Tapi bukan pasal nak hilangkan pedih mata. Nak cepatkan masak.

Tak sangka rupanya itu yang buat hilangkan pedih :D

Ha..amat2 lah perlukan tip ni. kerja kita seminggu 2x potong bawang buat tumis. mata pedih tak payah cakaplah

tinynasweet said...

betol tu.. ena kalau nak masak esoknya.. arini dah siap2 simpan stok byk2.. xsanggup nk meleleh airmata ni bila masak..

aswaleyla said...

biasa lela tgk arah angin ja. kena duk selaras dgn angin baru gas tu tak ke mata

aida pernah sekali kena gelak dgn anak-anak ha ha ha :)
meleleh-leleh air mata tau.
hadoi lah. pedih!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...