Cantik Persis Celebriti | Nak Cantik, Jomlah Ke Spa ini Buat Treatment...

3:19:00 PM Noor Akma 4 Comments

Ari sabtu lepas terjebak ke suatu tempat ni.... dah rasa berkurun tak terbabit dalam situasi spa bagai ni. Kali ni dapat peluang pergi ke spa pula. Tak salah mempergunakan peluang buat facial treatment ni. Untung-untung boleh jadi cantik persis celebriti. Jangan tak tau.. Inilah tagline dan nama spa ni  iaitu  cantik persis celebriti Airellyn Beauty Studio/ Celebriti Skin Expert .... huiyyo, gempak gittew!!

Cantik Persis Celebriti | Nak Cantik, Jomlah Ke Spa ini Buat Treatment...
Cantik Persis Celebriti | Nak Cantik, Jomlah Ke Spa ini Buat Treatment... 
Wahhhh... feeling-feelings cantik persis celebriti pula  aku ni. Dengan penuh keterujaan hadirlah aku untuk mengalami suatu perasaan yang indah dengan menjalani rawatan facial bernama LED OPERA CHOMO MASK TREATMENT. Antara salah satu rawatan terkini yang di tawarkan oleh spa ini. Canggihhh...!!


Cantik Persis Celebriti | Nak Cantik, Jomlah Ke Spa ini Buat Treatment... 


Kelebihan rawatan OPERA LED CHOMO MASK adalah :

- Memutihkan kulit wajah & menegangkan
- Mengurangkan minyak di muka
- Membaik pulih masalah jerawat
- Mengurangkan kedutan

Apa lagi...  Bermulalah wajahku di bersihkan, di wap untuk  membuang segala blackhead dan whitehead yang melekat dan seterusnya beberapa proses lagi sehingga di pasang mask dan lampu led berwarna merah. Terasa santai saja hingga nak ketiduran aku dibuatnya. Al maklum wajah  sedang di belai-belai manja dengan rawatan ni.... hehe!

Masa inilah nak berehat dengan tenang sambil membuat perawatan. Apatah lagi memikirkan wajah akan cantik, halus mulus persis celebriti. Tak ada yang lain dah dalam pemikiran waktu tu. Dengar kata rawatan ni boleh nampak beza  selepas sekali rawatan. Sangat berbaloi la kan..!

Cantik Persis Celebriti | Nak Cantik, Jomlah Ke Spa ini Buat Treatment...
Cantik Persis Celebriti | Nak Cantik, Jomlah Ke Spa ini Buat Treatment... 
Jangan risau, tidak menyakitkan langsung. Nampak dalam gambar tu memang pelik rawatan yang aku buat ni. Pakai mask putih dan lampu LED warna merah. nampak menyeramkan kata anak. Tapi tak ada apa pun. Relax je...

Haaa... Tengoklah gambar perubahan wajah dan kulit muka selepas membuat rawatan ni. Benar bagai di kata, cantik persis celebriti la tu. Kalau rajin buat rawatan ni, mesti kulit lagi tambah berseri bagai telur di kupas.. ya tak! Setelah beberapa hari berlalu, masih terasa kelembutan kulit aku. Bahagian hidung yang biasanya terasa menggerutu disebabkan whitehead dan blackhead yang berkumpul, terasa licin saja.


Rawatan yang aku buat ni iaitu LED OPERA CHOMO MASK TREATMENT berharga hanya RM98 sahaja. Ini harga promosi tau. Harga sebelum promosi adalah RM250. Lebih daripada separuh pengurangan tau. Kalau nak cantik, buatlah rawatan spa di  Spa Cantik Persis Celebriti ini. Di jamin berpuashatilah. Staff kat sini pun friendly dan peramah.

Cantik Persis Celebriti | Nak Cantik, Jomlah Ke Spa ini Buat Treatment...
Cantik Persis Celebriti | Nak Cantik, Jomlah Ke Spa ini Buat Treatment... 
Selain rawatan yang aku buat ni, ada pelbagai rawatan wajah, dan rawatan keseluruhan badan pun ada. Rawatan spa pengantin untuk bakal raja sehari pun ada. Semua rawatan ada promosi sekarang ini. Rugi kalau tak dapatkan rawatan untuk cantik persis celebriti di sini. Nak cantik jelita, tiru macam saya,  gittew.... hehe!

Alamat: 
CANTIK PERSIS CELEBRITÍ
Alamat : Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel: 03-55194159

p/s: Teringin nak pergi lagi, nak mengumpul tabungan dulu... heh!

4 comments:

Amanda Suria said...

Sesekali memanjakan diri memang best kak

mamapp said...

Me time Kan akak.. bestnya

kemain sangat nama spa tu haha

Wani Sukarno said...

Singgah sini, terasa nak ke spa jugak .. hii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...