Jenis-Jenis Material Kain Yang Biasanya Digunakan Untuk Membuat Pakaian

1:20:00 PM Noor Akma 2 Comments

Setelah menceburi bidang penjualan pakaian ini aku kenalah mengenali pelbagai jenis dan material kain yang biasanya untuk di buat baju. Nanti senang nak terangkan pada pelanggan. Pening juga nak mengenali jenis-jenis material kain ni. Kadang-kadang kain yang sama tapi mempunyai banyak nama. Jadi kena peka dan sangat memahami juga.

Jenis-Jenis Material Kain Yang Biasanya Digunakan Untuk Membuat Pakaian
Jenis-Jenis Material Kain Yang Biasanya Digunakan Untuk Membuat Pakaian
Di sini aku terangkan secara ringkas sahaja untuk pemahaman sendiri sebenarnya. Selebihnya kena korek dan cari maklumat dalam internet. Banyak sunggujh jenis-jenis kain yang aku jumpa. Tapi kita perincikan  yang biasa jumpa saja dan yang selalu di buat pakaiain di Malaysia ini.


Jenis-Jenis Material Kain


Spandex
- Jenis Kain yang meregang ( strecthable), elastik dan kuat. Tak licin seperti lycra, melekap, tak menyerap peluh dan tak perlu gosok. Kain jenis ini biasanya di buat T shirt, legging, pakaian sukan dan ada juga jubah serta tudung.

Chiffon
- Kain yang lembut, ringan dan beralun. Jarang dan memerlukan inner atau lapisan dalam untuk pemakaian. Cepat renyuk dan pakain jatuh cantik mengikut badan. Sesuai di buat pelbagai pakaian dengan di gabung dengan kain jenis lain.

Cotton
- Jenis kain yang menyerap peluh, sejuk dan mudah di gosok cuma jangan rendam nanti merosakkan pakaian. Ada bermacam jenis cotton dan yang paling popular adalah Japanese Cotton. 

Polyster
- Kain yang tidak menyerap peluh dan panas. Sukar di gosok dan mudah renyuk. Kalau terkena kotoran sukar tanggal. Tapi kain ini ringan dan kuat iaitu sukar terkoyak dan kalis air. 

-Viscose
Sejenis kain yang agak mahal dan mewah. Terasa lembut dan sejuk di kulit. . Menyerap peluh dan agak berkilat. Tidak mudah berkedut. 

- Jersey
Kain jersey ini sekali pandang tak jauh bezanya dengan kain spandex dan lycra. Tapi ada perbezaannya jika  di lihat dengan teliti. Jenis yang mengikut bentuk badan dan sedikit stretchable. Untuk pembuatan baju kena ambil satu saiz lebih besar kerana akan mengecut sedikit lepas di cuci. Walau tidak menyerap peluh ia masih sejuk apabila di pakai.

- Lycra
Sejenis kain yang ringan, lembut dan licin. Juga sejenis kain yang sedap di pakai. Meregang sama seperti spandex. Tak perlu di gosok dan tidak mengecut. Biasa di gunakan untuk membuat pelbagai jenis pakaian termasuk jubah muslimah. 

- Crepe
Ada pelbagai jenis crepe iaitu moss crepe, como crepe, soft crepe dan beberapa lagi yang sejenis dengannya. Kain yang nipis, lembut, ringan tapi tidak jarang. Ada sedikit regangan kecuali jenis como crepe yang bercampur polyster yang agak keras dan perlu gosok. Sangat popular sekarang untuk di jadikan pakaian. 

- Denim
Biasanya di gunakan untuk pembuatan seluar jeans dan jaket jeans. Jenis kain yang berat dan tahan lasak, sesuai dengan penggunaannya. Namun sekarang sudah ada kain jeans yang ringan dan stretchable setelah di campur dengan bahan lain.

- Cotton Linen
Nampak kaku dan tak seperti cotton biasa. Lebih tebal walau teksturnya halus. Biasanya di buat pakaian ke pejabat seperti kemeja. Seperti cotton biasa, ia juga menyerap peluh dan sejuk serta selesa di pakai.

Inilah antara jenis kain yang dapat ku huraikan tentangnya. Ada banyak lagi jenis kain yang ada. Tapi aku ambil tau setakat 10 jenis ni sajalah dulu. Ini untuk ilmu pengetahuan aku yang semenjak beberapa tahun ini menjadi pemjul pakaian. Senang nanti nak terangkan pada pelanggan kan... Kalaulah apa yang aku dapatkan butir-butir tu ada kekhilfan maaflah yer... 

Nak baca pelbagai informasi di blog ini klik SINI

p/s : Semoga perkongsian ini memberi manafaat pada sesiapa yang membaca...

#pic fr google


2 comments:

Cikgu Iza said...

lycra d best, sekarang baju akak jenis lycra je, mudah dijaga, x banyak songel, terus pakai je pagi2 nak p keja.. yg penting x perlu susah2 nak iron baju.. yeay...

waa.. banyak rupanya jenis kain eh.. saya tau beberapa jek.. hee~ terima kasih sudi berkongsi ikmu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...