Mengait Crochet Sarung Botol Air

10:23:00 PM Noor Akma 1 Comments

Salah satu hobi aku sejak zaman berzaman dulu iaitu sejak mengenal benang kait adalah crochet @ mengait. Kali ini aku terjebak mengait @ crochet botol air. Terjebak balik mengait ni setelah terjumpa satu group mengait dalam FB.  Nampak satu paten mengait @ crochet botol air yang sangat comel di group geng hobi mengait.

Mengait Crochet Sarung Botol Air
Mengait Crochet Sarung Botol Air
Maka terjebaklah aku mengait benda ni. Makan masa juga nak buat sebab aku membuatnya sambil melayan facebook dan blog di alam maya ni. Itu yang terjadi berbulan-bulan jugalah. Tak apa, janji siap dan boleh di gunakan. Cantik pula aku tengok paten ni. Paten kerang senget. Senget nak membuatnya jugalah... hihi!

Sebenarnya aku jarang buat fesyen ada paten ni. Selalu buat paten lurus @ double crochet je. Tak berapa nak pandai buat macam-macam paten. Dah lama teringin nak belajar buat banyak paten ni. Dulu bukan macam sekarang. Dah mudah nak belajar, berlambak paten crochet ni di youtube. Dulu nak beli buku mahal yang amat tau...

Mengait Crochet Sarung Botol Air


Oh ya, paten aku dapat dari FB Farah Ramly. Ada seseorang kongsi paten ni di group geng mengait. Kalau korang nak tau, Farah Ramly ni adalah sifu group mengait tu. Dia ada jual benang mengait ni secara online. Cari nama yang aku sebut di FB. Nak mudah, join lah group mengait kita orang di FB. Pasti mood mengait akan mengamit kembali. 

Pada yang baru nak berjinak-jinak dengan hobi ni pun boleh belajar. Aku sebenarnya memang dah terlibat dengan aktiviti mengait ni dah lama. Cuma on dan off sentiasa, ikut mood semasa. Masa muda remaja dulu buat untuk rumah mak kat kampung. Dah berkeluarga buat macam-macam untuk rumah sendiri.

Tapi masa beranak kecil dulu suami tak suka aku pakai alas benang bulu ni kat rumah. Katanya mengumpul habuk dan anak batuk-batuk. Selepas tu malas nak buat dah. Masa aku mula berniaga di event dan expo tercetus ilham buat brooch dan keychain dari benang bulu ni. Jadi sementara tak sibuk dan menunggu pelanggan aku mula mengait.


Buat brooch dan keychain, kemudian jual. Boleh tahan dan laku juga jualan aku tu. Bila dah berhenti berniaga ni, mood merudum sekejap. Tapi benang banyak lagi ni sebab aku beli borong aritu. Jadi, dah mood hadir balik ni, itulah kejadiannya.  Maka, terjadilah sebuah sarung botol air yang comel  lote tu... puji le diri sendiri.. hehe!

Selepas ni berangan nak buat bekas pensil untuk anak-anak pula. Harap mood terus hadir untuk menydahkan kerja aku tu. Bolehlah anak-anak pakai bekas pensil crochet aku tu awal persekolahan tahun depan. jimat perbelanjaan beli bekas pensil... kan!

Nak baca tentang cerita  crochet aku di blog ni... lihat SINI

p/s : Jom mengait dan cipta bekas-bekas crochet yang cantik-cantik... yer!

1 comments:

Cikgu Iza said...

dofollow blog ni

untung kalau kita ni jenis kreatif dan rajin,.. akak dua2 nya x ada... serius mmg cantik, klu buat utk anak2 lagi dia org bangga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...