Mudahnya Memasak Bersama AMC Cookware Set

10:20:00 PM Noor Akma 2 Comments

Beberapa hari lepas aku menyertai satu program memasak yang menggunakan peralatan berteknologi terkini yang sangat bijak dan berinovasi. Mudahnya memasak bersama AMC Cookware set ini. Proses memasak hanya di hujung jari saja. Boleh buat sambil bersantai-santai di dapur dan berehat-rehat. Alangkah mudahnya  memasak bersama AMC Cookware Set ini apabila di tunjukkan serba sedikit demontrasi memasak ini. Jangan tak tau... huiyyo!

Mudahnya Memasak Bersama AMC Cookware Set
Mudahnya Memasak Bersama AMC Cookware Set

Program ini di beri nama "Masak-masak Bersama AMC" dan bersama Arshad Zamir. Seorang chef muda yang bakatnya di cungkil dari program televisyen Masterchef All Star 2013. Dan dialah juaranya pada tahun itu itu. Cekap chef yang di kenali ramai sebagai Chef Zamir  ini memasak walau masih muda belia sangat.  Antara juadah yang disediakan adalah rendang ayam, nasi kerabu, sejenis hidangan sayur  dan kek butter. 

Semua masakan ini di masak menggunakan peralatan memasak AMC. AMC secuquick @ Periuk tekanan AMC di gunakan bersama satu alat yang di namakan auditherm. Ia adalah seperti pembantu atau co-pilot anda di dapur untuk di gunakan sebagai penunjuk suhu dengan mengeluarkan bunyi. Melalui hubungan bluetooth antara audiotherm dan navigenio (dapur memasak), quick-cooking automatik dapat di laksanakan dengan secuquick. Senang dan mudah.


Memasak dengan pantas berfungsi dalam 2 julat suhu iaitu pilih soft-quick cooking untuk semua yang memerlukan haba yang ringan seperti kentang, nasi, mee dan sayuran beku. Untuk proses memasak yang lebih lasak seperti hidangan rebus, kekacang dan daging, pilih turbo- quick cooking. Tudung secuquick bersaiz (20 dan 24cm) boleh di kombinasi dengan semua periuk dari diameter yang sesuai menjadikan makanan cepat masak.

Mudahnya Memasak Bersama AMC Cookware Set
Mudahnya Memasak Bersama AMC Cookware Set

Untuk info, AMC Malaysia menjual sistem memasak yang dikeluarkan dan diimport dari Jerman. Ibu pejabat AMC berada  di Switzerland. Periuk AMC  boleh digunakan sebagai periuk tekanan, untuk grill, stim dan bakar. AMC telah  menawarkan jaminan produk selama 30 tahun. Produk ini juga  bagus  untuk memasak secara sihat, menjimatkan masa dan tenaga.

Mudahnya Memasak Bersama AMC Cookware Set


Semasa demo memasak tu, rendang ayam telah dimasak bersama nasi kerabu. Jangan silap faham pula. Bukannya memasak campur sekali tetapi memasak dengan cara 2 dalam 1 iaitu semasa proses memasak rendang, di atasnya boleh memasak nasi seperti cara mengukus. Menjimatkan masa bila boleh masak secara serentak. 

Mudahnya Memasak Bersama AMC Cookware Set
Mudahnya Memasak Bersama AMC Cookware Set

Satu lagi keunikan AMC iaitu semasa memasak kek hanya di dalam periuk sahaja. Kata Chef, selepas bahagian bawah masak, akan terbalikkan kek tu. Mati-mati aku ingat nak keluarkan kek dan terbalikkan kek tu ke bawah. Rupanya alat navigenio yang berfungsi sebagai dapur tu yang di terbalikkan atau di tangkup ke atas periuk untuk menggaringkan bahagian atas kek.  Beginilah caranya juga kalau nak bakar ayam atau ikan... huhu!

Itulah antara ilmu yang aku pelajari dari program "Masak-masak Bersama AMC"itu. Teringinnya nak beli produk AMC ini tak terkata. Lebih-lebih lagi dengan dapur dan periuk yang unik tu. Tapi apa kan daya, jauh dari kemampuan diri. Dengar kata AMC ada buat program party. Ala... yang macam parti pinggan mangkuk atau periuk belanga tu...  Lebih kurang lah! Bolehlah join. Mana tau boleh pula tercampak periuk tu seketul dua... hahaha!

Nak tahu pasal AMC, boleh tengok di :




Nak tengok macam-macam cerita review aku di blog ni... klik SINI

p/s: Terbayang dan teringat periuk AMC yang cantik berkilat tuh... mimpi dululah yer!


2 comments:

PeRdU cINta said...

Wah menariknya..jimat masa untuk memasak ni...terutama bila ada tetamu nak datang...

Wani Sukarno said...

kalau bab periuk memang tak boleh tengok hii.. macam2 dah cookware sekarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...