Bersedia Ke Kolej Vokasional Sekarang Ni...

4:08:00 PM Noor Akma 2 Comments

Yeayy.... Akhirnya selepas temuduga pada 15 Januari hari tu, keputusan semalam melayakkan anak perempuan aku ke Kolej Vokasional Klang. Aku pula yang terlebih-lebih gembira. Semacam ini jugalah kegembiraan aku bila anak-anak aku yang sebelum ni dapat ke institut pengajian tinggi dulu. Seperti biasa, banyak perkara dan borang yang perlu di isi sebelum menjejakkan kaki ke Kolej Vokasional. Busy sesangat... !

Bersedia Ke Kolej Vokasional Sekarang Ni...
Bersedia Ke Kolej Vokasional Sekarang Ni...

Alhamdulillah, Aku panjatkan syukur ke hadrat Allah kerana memakbulkan keinginan melihat anak perempuanku yang ini ke kolej vokasional tu. Sebelum ni, ada beberapa rentetan kejadian sewaktu di sekolah apabila dia di letakkan ke kelas yang dia tak minat iaitu SRT. Buat rayuan ke kelas yang lain.

Walaupun rayuan masuk ke kelas yang baru ni di terima, aku masih rasa dia tak sesuai ambil pelajaran tu sebagai kursus elektif dia. Kursus gerontologi ni memerlukan seorang yang lemah lembut untuk menjaga warga emas. Anak aku ni bukan dalam kategori tu walaupun wajah dia tu ala-ala perempuan melayu terakhir.... hahaha!

Tapi mestilah dia suka kelas gerontologi ni sebab ada kawan-kawan baiknya bersama di kelas tu. Bukan sebab dia minat pun. Tapi bagi aku, lagi bagus dia ke kolej vokasional. Walaupun kursus yang di pilih bukanlah yang di ketahui sangat. Tapi masih boleh belajar dan di pupuk minat ke arah tu.



Sekarang ini aku tengah kepeningan menyusun borang dan mengira kos serta barang peralatan yang akan di bawa nak tinggal di asrama. Memang sedih sikit nak berpisah dengan anak tapi aku anggap itu proses untuk kejayaan dia di masa akan datang. Tempat baru, suasana baru, Semoga dia berjaya dan dapat menyesuaikan diri.

Bersedia Ke Kolej Vokasional Sekarang Ni...


Tak kisah sangat pun sebenarnya. masa temuduga hari tu, dia dah dapat kawan. Seorang yang sama-sama temuduga dan seorang pelajar senior di tempat tu. Dia ni memang mudah dapat berkawan. Lebih-lebih lagi dengan rupa wajah dia yang good looking dan polos tu.... hihi!

Banyak juga kelengkapan yang nak di beli. Pakaian sekolah sampai 4 jenis. Ada baju korporat, baju kurung batik, baju bengkel dan baju orientasi. Belum lagi cadar, bantal, selimut dan segala peralatan sekolah yang tak sama dengan sekolah biasa. Bertabah sahajalah meyediakan ongkosnya.

Okeylah setakat ini catatan hari ni... Nak baca lagi klik SINI

p/s: Busyyyy... pening dengan borang-borang ni. Belum lagi packing nanti... haihh!

2 comments:

bagus course tu ^^ Nurul salah seorang bekas pelajar kolej vokasional :)

Hans said...

alhamdulillah...hidup pelajar kolej vokasional :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...