22 January 2018

Terbang Di Udara @ Flying Game With Traveloka Fly & Win CNY Contest... Jom!

Terbang Di Udara  @ Flying Game With Traveloka Fly & Win CNY Contest... Jom!

Wow... aku terjumpa satu permainan di internet yang menawarkan hadiah percutian. Permainan ni di anjurkan oleh Traveloka iaitu sebuah laman web yang menawarkan tempahan hotel dan penerbangan yang mudah dengan kos berbaloi-baloi. Traveloka Fly & Win CNY Contest namanya. Hadiahnya percutian ke Seoul, Phuket dan Langkawi. Tak boleh di lepaskan  peluang untuk memenangi percutian Traveloka Fly & Win CNY Contest ni. Jom, jom, jom... jom main game. Untung nasib bertuah dapat pergi melancong free... hehe!

Traveloka Fly & Win CNY Contest
Traveloka Fly & Win CNY Contest

Permainan ini sempena Chines New Year yang akan di sambut tak lama lagi. Cny 2018 contest  ini sangat istimewa kerana ia menjanjikan hadiah yang sungguh lumayan. Tak pernah lagi aku tengok hadiah yang selumayan ini tapi dengan suatu cara yang mudah. Cuma dengan permainan yang sangat senang. Permainan terbang di udara @ flying game.

Hadiah utamanya percutian 6 hari dan 5 malam ke Seoul, Korea. Sekejapan itu aku terbayangkan Nami Island seperti dalam cerita Winter Sonata yang popular dulu bila teringat pasal Korea. Anak-anak aku pula bila sebut Korea sangat teruja kerana mereka peminat tegar artis dan drama Korea. Berangan diorang nak jumpa artis kegemaran.... hahaha!

Hadiah kedua pula adalah percutian ke Phuket, Thailand iaitu selama 5 hari dan 4 malam. Canggih juga tempat percutian ni. Ramai orang Malaysia dah sampai sana, makanan kat sana juga dengar kata sangat sedap. Aku biasanya dengar cerita dari orang yang dah pergi dan dapat tau di media sosial.



Hadiah ketiga dalam Malaysia sahaja iaitu ke Langkawi selama 4 hari dan 3 malam. Bila sebut Langkawi, aku terbayangkan coklat Daim sebab setiap kali kawan-kawan dan saudara mara kesana, pasti aku dapat ole-le coklat ni. Sebenarnya banyak lagi keistimewaan Langkawi ini yang boleh di ingat. Seperti namanya iatu berasal dari nama burung helang.

Bagusnya kalau dapat salah satu hadiah percutian ni. Tak pernah lagi dapat bercuti dan berjalan jauh sejauh tempat-tempat ni. Dapat balik kampung pun dah seronok sangat.  Biasalah aku ni, usahkan nak ke Seoul atau Phuket, ke Langkawi pun belum jejak lagi. Kalau dapat hadiaih percutian macam ni .. kan best!

Terbang Di Udara  @ Flying Game With Traveloka Fly & Win CNY Contest... Jom!


Nak mulakan permainan, login dulu permainan ini dengan klik 'login with facebook'. Selepas tu,  bolehlah bermain dengan permainan ini dengan klik 'Start Game'. Sebelum tu boleh lihat syarat-syarat dan perkara yang di perlukan. Juga boleh tengok  arahan dan cara permainan ini dengan klik  'Instruction'. Bila dah selesai langkah permulaaan ini, kita mulakan dengan langkah seterusnya untuk menyertai pertandingan ini... Yeayh!!!

Tak susah mana pun permainan ini. Cuma perlu tap, tap dan tap untuk permainan ni telefon bimbit dan klik, klik dan klik untuk permainan di komputer sekiranya menggunakan mouse. Cuma perlu sentiasa fokus dan cekap  untuk menerbangkan kapal terbang itu. Kalau dah biasa main permainan di telefon bimbit, mudah je tu... kan!

Seterusnya kutip seberapa banyak angpau yang di jumpai dalam perjalanan merentas ruang udara. Makin banyak dapat angpau, makin banyaklah markah. Tapi ingat, jangan sesekali terlanggar objek-objek yang kelihatan di situ. Kapal terbang akan terjunam dan terhempas. Terpaksalah kena mulakan semula permainan dari langkah pertama balik. Markah pun akan kembali kosong.

Untuk menyertai permainan dan memenangi pertandingan ini ada syarat-syarat yang perlu di patuhi. Kena baca syarat-syarat dan apa yang perlu di lakukan sebelum menyertainya. Selain tentang umur yang mesti 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia, para peserta perlulah mempunyai facebook yang membolehkan untuk di kongsi permainan ini di facebook bersama kawan dan rakan-rakan.

Flying Game With Traveloka Fly & Win CNY Contest
Flying Game With Traveloka Fly & Win CNY Contest

Kongsikanlah keterujaan anda dengan seberapa banyak markah tertingi anda nanti. Tapi hanya 5 kali sehari sahaja boleh di kongsi. Jadi, hanya kongsikanlah hanya 5 markah tertinggi anda  dalam sehari sepanjang pertandingan ini berlangsung. Pertandingan ini berlangsung dari 22nd Jan 2018 hingga 23:59PM, 28th Feb 2018. Ingat tu, waktu tempoh masa sangat singkat. Jadi rebutlah peluang secepatnya.

Jangan lupa isi maklumat peribadi seperti nama, email dan talipon nombor untuk melayakkan anda menyertai pertandingan ini. Jom kita ketik-ketik menerbangkan kapal terbang ni sehingga mendapat markah yang beribu-ribu lemon tapi awas jangan terlanggar awan, bangunan, binaan, layang-layang dan macam-macam lagi. Huiyyyo... Bukan senang nak jadi senang, asyik terbabas dan terhempas kapal terbang aku ni... !

Apapun usaha hingga berjaya. Setakat ini aku dah menerbangkan kapal terbang ni hampir nak ke 250 markah sahaja,. Nak kena berusaha lagi untuk menerbangkan permainan ini sehingga dapat markah beribu-ribu lemon. Nanti nak minta tolong anak bujang mainkan permainan ini. Dia ni mesti boleh dapat markah banyak sebab dah biasa main permainan internet ni. Boleh tak gitu...?

Bila ada permainan dan pertandingan yang berbaloi-baloi nak di sertai, aku tak nak lah mementingkan diri sendiri. Jadi, aku nak war-warkan pada para pembaca blog  yang di sayangi ini untuk mencabar diri menyertai pertandingan permainan internet ini yang di anjurkan oleh Traveloka.

Jomlah korang cabar diri bersama untuk memenangi pertandingan Traveloka Fly & Win CNY Contest ini. Mesti best bila dapat join beramai-ramai. Hadiah pun sangat hebat tu. Kalau tak nak,  tak join, rugi sesangat. Bukannya ada syarat yang pelik-pelik. Hanya ajak main permainan internet je. Mudah sesangat... gittew! Nak main permainan ni... Klik SINI

p/s: Jom, jom, jom bermain permainan flying game @ terbang di udara bersama Traveloka.... huhu!


6 comments:

  1. mimin pun join . sbb tak susah nak join. game dia pun best. good luckehh collect angpoww

    ReplyDelete
  2. Hebatnya akak. Saya main max markah 49 aje haha

    ReplyDelete
  3. wow. ramai dah main...
    aida baru ajer nak main.
    good luck...

    ReplyDelete
  4. All the best untuk para pemain. Moga-moga ramai dapat hadiah bertuah :)

    ReplyDelete
  5. Macam best jer game tu. Good luck. Nak try jugak lah.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...