Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips Diet Makan Nasi Untuk Kurus

11:42:00 PM Noor Akma 2 Comments

Antara azam yang paling popular setiap tahun baru  bagi kebanyakan orang adalah nak kuruskan badan. Nak diet katanya, tapi makan nasi selambak penuh pinggan. Walau nak kurus ada yang tak boleh kalau tak makan nasi. Pedih perut bila tak makan nasi seharian, jadi macam mana nak diet.

Tips Diet Makan Nasi Untuk Kurus
Tips Diet Makan Nasi Untuk Kurus

Begitulah tekak orang kita, orang melayu. Tak boleh kalau tak makan nasi sehari suntuk. Tak selesa urat perut di buatnya. Diet dengan tak makan nasi atau karbohidrat langsung payah nak berjaya. Sungguh menyeksakan bila terpaksa mengikat perut dari makan nasi untuk turun berat badan.

Cerita kali ini aku jumpa cara diet makan nasi yang mudah di FB. Nasi tak bersalah. Kita hanya perlu tahu portion yang sepatutnya dan cara penyediaan makanan yang sihat kurang gula, minyak dan garam. Jom kita cuba, mana tau, boleh ramping pula kali ni.... eecheche..!

Tips Diet Makan Nasi Untuk Kurus


- Makan nasi semasa waktu makan tengah hari. Pilih kedai yang menyediakan menu nasi dan lauk. Cukup hanya 1 lauk protein dan 1 lauk sayur. Bukan 3 protein 2 sayur. Selain nasi ini pun kalori juga.

- Jangan makan nasi semasa sarapan pagi kerana nasi  menaikkan gula dalam darah secara mendadak. Pilih sarapan yang  tinggi protein.

-. Portion 1 hidangan nasi adalah sebesar saiz penumbuk anda. Lagi besar penumbuk anda lagi banyak boleh makan nasi. Untung la. yang penumbuknya besar gedabak.... hehe!

- Makan nasi putih bukan nasi goreng, nasi beriyani, nasi arab, nasi minyak atau nasi ayam. Nasi seperti ini mengandungi kalori yang tinggi. Baru nasi belum lauknya lagi.

- Jika ada pilihan, pilih beras perang kerana tidak menaikkan gula dalam darah dan tahan kenyang lebih lama. Beras perang rasanya memang kurang sedap sedikit tapi ada bagusnya. Supaya kita tak makan banyak.

- Pilih lauk yang tidak bersantan dan berminyak. Masak lemak, kari ikan, ayam masak merah kena elakkan dulu. Nak cepat turun lemak? Elakkan makanan yang deep fried. Ayam goreng ikan goreng. Pilihan terbaik adalah menu bakar, kukus dan rebus.


- Makan nasi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, telur, tauhu atau tempe. Jangan makan nasi dengan sayur sahaja. Dah ambil nasi tak perlu tambah karbo lain seperti kentang.

- Elakkan minum air manis semasa makan nasi, kerana nasi pun mengandungi gula. Gula berlebihan yang tidak digunakan ditukar menjadi lemak. Lebihan gula juga akan menyebabkan masalah penghadaman. Jadi, kalau tak nak perut bergelora lepas makan nasi, minum air suam bukan air manis. jimat dan sihat.

- Pilih menu berkuah air seperti sup ayam, ikan singgang, atau sup telur berbanding kari dan masak kicap.

- Makan sayur dulu sebelum makan nasi dan ikan sebab sayur lebih mudah dicernakan. Pilih sayur yang tidak masak @ ulam  jika makan di luar. Sebab selalunya sayur yg dimasak sudah overcooked. Tak ada nutrisi, ada kalori saja.

Ini untuk makan tengahari saja. Makan pagi dan malam, seeloknya elakkan nasi atau karbo. Cukuplah makan nasi sekali sehari lepas kempunan pedih perut. Makan seadanya baru boleh kurus. Selepas tu jangan lupa buat senaman serba sedikit. 

Untuk ketahui lagi tips dan informasi  di blog ini.... klik SINI 

p/s: Boleh ke ikut ni... nak seribu dayakan!

#kredit FB SINI

#pic fr google

2 comments:

Nona Qiyah said...

Ok, setuju....tapi senaman is kena jugak memangnya..hehe~
Tq INFO.... elak makan ansi goreng amat lahhhhhhh, susah..ahahaha..sebab mak mesti masak..mak dah kurusss xpa..lalalala~

Happy New Year 2018 !
Be nice, semoga tercapai segala impian...AMIN

anzrarizal said...

bagi yang mula-mula nak diet tapi dah selalu makan nasi sebab perut melayu kan , boleh mulakan dengan makan nasi separuh ..lepas tu kurangkan pada suku , lepas makan segenggam nasi , slow-slow jangan terlalu drastik sangat nak kurangkan makan nanti pening pulak hehehe

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...