Baiti Jannati Memberi Sinar Kebahagian Kepada Penghuni Miskin Tegar Di Wilayah Persekutuan

9:27:00 AM Noor Akma 11 Comments

Baiti Jannati | Rumahku adalah Syurgaku (My House is My Heaven). Apalah ertinya sebuah kehidupan apabila tidak memiliki kediaman sendiri yang ibarat sebuah syurga untuk sesebuah keluarga itu. Pada yang berada di kancah kemiskinan, mencari sesuap nasi pun sudah terlalu payah, inikan pula untuk memiliki sendiri tempat berteduh. Impian Baiti jannati ini bagaikan mimpi yang tak berkesudahan bagi mereka.

Baiti Jannati Memberi Sinar Kebahagian Kepada  Penghuni Miskin Tegar Di Wilayah Persekutuan
Baiti Jannati Memberi Sinar Kebahagian Kepada  Penghuni Miskin Tegar Di Wilayah Persekutuan

Kini atas inisiatif  beberapa agensi sepert Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), DBKL, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Celcom, Tenaga Nasional Berhad, Pavilion dan lain-lain, mimpi-mimpi para penghuni miskin tegar di Wilayah Persekutuan telah menjadi kenyataan. Dengan adanya Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan.  Alhamdulillah...!

Baiti Jannati Memberi Sinar Kebahagian Kepada  Penghuni Miskin Tegar Di Wilayah Persekutuan

Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan  merupakan satu program yang menyediakan bantuan bagi membolehkan kumpulan sasar memiliki rumah sendiri yang lebih selesa. Sebuah realiti indah dari sebuah mimpi insan-insan miskin yang tidak berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri yang tak pernah mereka impikan selama ini.


Sebaknya rasa hati dapat melihat insan-insan yang menjalani kehidupan  daif dalam kemiskinan tegar ini berjaya memiliki kediaman sendiri atas inisiatif Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan. Dengan gaji yang tak seberapa, manakan boleh mereka membeli dan mendapat rumah sendiri. Fokus utama mereka adalah hanya mencari rezeki sesuap nasi hari demi hari.


Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan
Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan

Pemberian rumah menerusi program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan itu merupakan inisiatif KWP yang turut melibatkan pengubahsuaian dan membaik pulih kediaman yang telah usang dengan kos berjumlah hampir RM500,000 termasuk pemberian perabot rumah dan peralatan elektronik. 

Program yang julung kalinya diadakan itu bertujuan membantu golongan asnaf termasuk ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin di sekitar Kuala Lumpur khususnya penghuni rumah PPR yang telah menyewa selama lebih 20 tahun. Antara PPR terlibat dalam program ini ialah PPR Beringin, PPR Pantai Ria, PPR Kampung Limau, PPR Kerinchi dan PPR Sri Sabah.

Seorang ibu tunggal, Normah Hamzah 39, yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi adalah antara 26 penghuni PPR daripada golongan asnaf terpilih yang menerima rumah berkenaan menerusi program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

“Saya berasa amat terkejut melihat keadaan rumah yang dahulunya daif kini menjadi sangat sempurna apabila lantai telah ditukar baharu, ada perabot-perabot seperti televisyen, sofa, katil, mesin basuh dan peti ais yang sebelum ini kami memang tidak mampu untuk membelinya.

“Apatah lagi melihat menteri (Tengku Adnan) dan isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki sendiri membuat kejutan ini kepada kami semua. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dan semua yang membantu kami,” katanya dengan nada sebak.

Kini makin ramai  penghuni miskin tegar di Wilayah Persekutuan telah di bantu untuk memiliki kediaman yang selesa yang akhirnya memberi sejuta sinar di hati mereka. Kini dapatlah mereka membesarkan anak-anak dan mencari rezeki dengan lebih tenang tanpa memikirkan tentang rumah yang daif dan tidak terurus.

Kehidupan para insan-insan miskin tegar ini sekarang ini lebih terbela dengan adanya program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan ini. Terima kasih pada  DBKL, MAIWP, YWP, Celcom, TNB dan beberapa agensi ini. Akhirnya seluruh rakyat merasa nikmat kemajuan di Wilayah Persekutuan ini. Sesuai dengan motto DBKL 'Maju Dan Sejahtera' Semoga bahagia sentiasa.... Aminnn!!!

p/s : Siapa kata pihak kerajaan tak mempedulikan kebajikan rakyat, dah terbukti dan jelas rakyat di dahulukan.... huhu!!

#pic fr google
#sumber fr maiwp & bernama

11 comments:

el said...

alhamdulilah sekurangnya dh dpt rumah sendiri..lega sikit..boleh ringan beban..tahniah pihak yg bertggwb melaksanakan program ini

Alhamdulillah, good initiative by DBKL

Mrs Pip said...

program yang bagus, semoga diteruskan ...

Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan

Miza Talib said...

Salah satu usaha yang murni. Moga lebih ramai dapat di bantu

alhamdulillah...

Dapat ringankan beban yang memerlukan

khaty aiman said...

peluang yang baik buat warga Wilayah persekutuan.

kak gojes said...

Untung warga wilayah persekutuan Kuala Lumpur kan

Alhamdulillah...peluang yv baik buat warga KL

dreams come true ye kak. alhamdulillah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...