Petua Agar Sotong Tidak Mengecut Apabila Di Masak

1:36:00 PM Noor Akma 3 Comments

Kali ini aku nak kongsi petua agar sotong tidak mengecut apabila di masak. Sotong adalah salah satu lauk kegemaran kami sekeluarga. Tapi dek kerana alergik dengan makanan laut, jarang sangat aku masak lauk sotong ini. Lebih-lebih lagi dek kerana harganya melambung mahalnya tu. Tapi kalau dah teringin sangat aku ikutkan tekak nak merasa. Petua ini mudah dan senang untuk di praktikkan.

Petua Agar Sotong Tidak Mengecut Apabila Di Masak
Petua Agar Sotong Tidak Mengecut Apabila Di Masak

Sotong memang enak dan di masak sambal atau apa jua jenis masakan. Masak sambal pedas pekat dan likat makan dengan nasi lemak memang tak angkat muka bila mak mertua lalu. Buat ketupat sotong pun sedap. Aku tak pernah buat lagi ketupat sotong ni. Makan tu pernah, boleh tahan kesedapannya. Nampak renyah juga caranya. Kalau ada rezeki nanti aku nak cuba masak  juga.


Selepas di masal masak, sotong kelihatan sedikit mengecut berbanding sebelumnya. Beli sebekas penuh, bila dah masak dek kerana mengecut jadi sikit sahaja yang dapat. Rupa pun dah jadi tak cantik sebab dah kecut. Alahai, jadi tak berkecukupan pula untuk seisi keluarga. Dahlah harganya yang mahal. Aku tunjuklah di sini caranya untuk mengelakkan hal ini terjadi.

Caranya :

Selepas sotong dicuci bersih, rendam sebentar dalam air bercampur cuka atau perahan limau nipis selama 2-3 mnt.

Selepas tu bolehlah masak seperti biasa. Hasilnya sotong kelihatan lebih segar dan tidak mengecut ketika masak.

Untuk masak sambal, seeloknya celur sebentar sotong dalam air mendidih. Selepas itu baru di masukkan ke dalam sambal yang telah di tumis garing. 

Kacau-kacau dan terus di angkat. Barulah air sotong tidak keluar dan mencairkan sambal. 

Itulah serba sedikit petua yang aku tahu. Kutip petua dari pembacaan  di FB dan dari sedikit pengetahuan yang ada. Harap perkongsian di media sossial ini boleh memberi manafaat pada yang membaca. Suka-suka berkongsi petua dan idea sesama kita... yer

Nak dapatkan lagi macam-macam petua, boleh klik SINI

p/s : Tengah berkira-kira nak masak lauk sotong pula esok. Dah lama tak makan sotong. Tapi bertabahlah dengan simptom elergiknya nanti... hehe!

#pic fr google

3 comments:

Hans Hanis said...

terima kasih kongsi petua
bagus nih
sebab memang sotong kalau masak suka sangat mengecut nya

bagus tips ni, boleh try nanti :D

Thanks tips nya sis...nak cuba lah nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...