Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resepi Bubur Jagung Karamel

10:04:00 AM Noor Akma 3 Comments

Resepi bubur yang sangat mudah nak membuatnya. Tapi pada tahu sahajalah. Main campak-campak gitu-gitu sahaja dalam periuk sudah siap untuk di hidangkan. Bubur jagung karamel ini sangat sesuai di hidangkan pada bulan puasa ini. Rasa karamel pada bubur jagung karamel yang pahit-pahit manis sedap itu memang menggiurkan jugalah. 

Bubur Jagung Karamel Yang Menggiurkan
Bubur Jagung Karamel Yang Menggiurkan

Aku dapat jagung di beri oleh kenalan keluarga. Nak rebus dan makan begitu sahaja nampak macam tak cukup. Kami ada 6 orang sekeluarga. Tapi jagungnya ada 5 tongkol sahaja. jadi aku bagi cadangan pada en. suami untuk di buat bubur sahajalah. 

Biasanya buat bubur pakai gula putih sahaja ataupun tambah gula merah untuk penyedap rasa. Tapi kali ini akau dapat idea buat gula karamel terlebih dahulu dan selepas tu masak seperti biasa. Aku dapati percubaan pertama aku ini menjadi. Dapatlah bubur yang sedap perisa karamel.


Bukankah karamel tu hanya gula yang di masak atas api hingga berwarna kuning keemasan atau hampir hangus? Bila aku tunjuk dalam group whassap bubur jagung karamel ni ada yang fikir aku taruh perisa karamel dan bertanya ada di jual di mana. Nasib baik yang bertanya itu lelaki. Tapi nak ketawa juga aku di buatnya... hahaha!

Resepi Bubur Jagung Karamel 


Bahan-bahan:

5 tongkol jagung
2 1/2 cawan gula
1/2 cawan sagu telur ikan
2 cawan santan cair 
atau sekotak kecil santan segera
3 cawan air
2 helai daun pandan (jika ada)

Cara membuatnya: 

Jagung di buang kulit, di bersihkan dan di hiris dari tongkolnya. Sagu telur ikan juga di basuh dan toskan airnya Setelah itu, gunakan secawan gula dan kacau  tak berhenti di dalam peiuk sehingga menjadi warna keemasan. Selepas itu masukkan air. 

Masukkan jagung yang telah di hiris tadi. Masukkan juga sagu telur ikan, 2 helai daun pandan yang telah di simpul dan 1 1/2 cawan lebihan gula tadi. Kacau sehingga sagu menjadi jernih.

Masukkan santan dan kacau sehingga betul-betul mendidih. Setelah itu bolehlah di angkat dan biar sejuk dahulu sebelum di makan. 

Bubur jagung karamel ini sedap di makan dalam bulan puasa ini sebagai pemanis mulut dan penyegar tenaga yang telah hilang lewat berpuasa di siang hari. Pada sesiapa yang suka dengan puding karamel mesti sukan dengan rasa bubur jagung karamel ni.Sedappp...

Nak tengok pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s : Nanti nak suruh en. suami cari jagung di pasar. Boleh buat bubur ini lagi. Jom lekas buat... huhu!

3 comments:

Adaa said...

Sedapnya..lama tak makan bubur jagung huhu

thanks resepinya sis..macam sedapnye ni, nak buat laa

Allahu Akbar. Sedap nyer...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...