Amalan Memakan Jamu Dan Cara Serta Pantang Larangnya

4:35:00 PM Noor Akma 1 Comments

Amalan meemakan jamu ni telah di warisi turun temurun sejak zaman nenek moyang dulu-dulu. Satu amalan yang di gunakan untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Bila dah amalkan memakan jamu, amalan memakan jamu dan cara serta pantang larangnya kena lah di ikuti dengan betul.  Barulah keberkesanannya dapat di rasakan dan di perolehi. 

Amalan Memakan Jamu Dan Cara Serta Pantang Larangnya

Zaman ni ramai yang dah mula memparktikkan kembali pemakanan jamu ni untuk kecantikan wajah dah melangsingkan tubuh badan. Selain itu juga untuk kesihatan badan dan keharmonian rumah tangga iaitu untuk ketat dan montok seterusnya untuk mendapat perhatian suami.

Tetapi selepas mengamalkan secara konsisten, yang menghairankan tubuh badan tak juga langsing dan payudara tak juga montok seperti yang di kehendaki. Ada pula tubuh menjadi makin letih lesu akibat kekurangan air dalam badan dan paling parah sampai di tahan di hospital.


Sudah pasti mereka menyalahkan jamu yang tak berkesan dan memudaratkan. Yang tak mereka ketahui adalah pemakanan jamu ini ada cara dan amalanya serta pantang larangnya untuk mendapat keberkesanan yang optimum. Kalau tidak, sia-sia sajalah amalan memakan jamu yang di praktikkan itu.

Amalan Memakan Jamu Dan Cara Serta Pantang Larangnya


- Jamu biasanya bersifat panas. Minumlah air secukupnya. Minumlah air mineral, air tapis atau air masak sekurang,kurangnya 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi. Minum lebih banyak lebigh bagus.

- Kalau makan sesuatu jamu tu, tak perlulah campur dengan jamu yang lain. Ini semua jenis jamu nak di telan, Untuk cantik, untuk rapat, untuk montok, untuk langsing dan macam-macam lagi. Bukannya apa, bimbang memberi kesan pada tubuh iaitu takut overdoss pula. Nak lebih mudah, makan 1 jenis jamu yang memberi semua khahsiat itu.

- Ketika period atau datang bulan tak perlu ambil jamu. Ini di sebabkan khasiat jamu takkan meresap dalam tubuh badan ketika period. Samalah juga halnya dengan pengambilan apa-apa suplemen atau vitamin ketika haid. Ia tetap tak memberi kesan seperti di harapkan. Buat penat dan rugi saja di makan. harga jamu yang di beli, bukannya murah.

- Sekiranya nak memakan jamu yang lain pula, seeloknya jarakkan pnggunaan dan pengambilan jamu selama sekurang-kurangnya 1 bulan. Ini bermakna kena rehatkan dan biarkan tubuh badan bersih dari mengambil jamu. Barulah keberkesanan jamu yang baru dapat di perolehi dengan jayanya.

- Sekiranya mengalami demam atau tidak sihat, berhentilah sekejap dari mengamalkan jamu sehingga benar-benar sihat barulah sambung balik pengambilan jamu. Makanlah ubat supaya segera sembuh.

- Sesetengah jamu yang berada di pasara tidak membenarkan pengambilan dan pemakanan jamu bercampur dengan air kunyit serta air manjakani. Ini kenalah di rujuk pada pengeluar jamu yang di ambil. 

- Bagi pengamal jamu, ais adalah sesuatu yang pantang. Ini kerana ais adalah  sumber angin dalam badan dan melemahkan badan. Kalau diambil juga pengambilan jamu untuk buang angin takkan beri kesan pada tubuh badan. 

- Elakkan meminum air kelapa kerana air kelapa bersifat alkali dan meneutralkan khasiat jamu yang di ambil. Akhirnya khasiat jamu dah tak beri kesan yang sepatutnya pada tubuh badan. Jadi jauhkan diri dari mminum air kelapa.

-  Juga jangan minum air bergas dan air berkarbonat. Ia juga tidak elok untuk di minum oleh pemakan jamu dan sesiapa saja.

- Antara makanan yang perlu di elakkan adalah tapai. Tembikai dan tebu juga tidak bagus untuk di makan oleh pengamal jamu kerana ia bersifat sejuk dan jika baru selesai pantang, bimbang ia akan menyebabkan peranakan kembali kembang.

Amalan memakan jamu amat sinonom dengan wanita Indonesia tapi ia juga adalah amalan turun temurun wanita Melayu sejak zaman berzaman. Indonesia pun adalah dari rumpun Melayu juga. Pantang larang perlu di ikuti supaya khasiat jamu yang dimakan itu lebih berkesan dan perubahan yang diingini dapat dilihat dalam masa yang singkat (bergantung kepada individu).

Jadi, pengamal jamu kena peka dengan setiap cara pemakanan jamu dan pantang larangnya untuk mendapat kesan terbaik. Apapun, tepuk dada tanya selera secukup rasa. Dapatkan ilmu dan cara pemakanan jamu dengan betul yer... !

Nak lebih tips dan informasi... klik SINI

p/s: Aku dah lama tak amalkan makan jamu ni, sejak makan ubat doktor yang pelbagai jenis ni... hahaha!

#kredit SINI
#pic fr gogle

1 comments:

Ayu said...

Wah, banyak juga pantang larangnya ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...