DIY Baju Kemeja Lama Jadi Blouse Yang Comel

3:37:00 PM Noor Akma 3 Comments

Kelmarin ku mengemas baju-baju lama yang dah  tak di pakai lagi. Terjumpa beberapa helai baju kemeja lama en.suami yang masih elok. Jadi aku terfikir tentang seperkara ini. Alangkah bagusnya kalau aku dan anak dapat gunakan baju ni tapi dengan cara yang lain iaitu DIY baju kemeja lama jadi blouse iaitu jadikan ia blouse yang cantik dan comel untuk di pakai. Mulalah aku menggodek google dan youtube untuk mencari idea DIY baju kemeja lama jadi blouse yang cantik  dan comel. 

DIY Baju Kemeja Lama Jadi Blouse Yang Comel
DIY Baju Kemeja Lama Jadi Blouse Yang Comel

Baju-baju kemeja en. suami ni tiada cacat cela pun cuma dah lama tak di pakai sebab kerja en. suami sekarang pakai uniform. Kerja yang terdahulu, bahagian pejabat tapi sekarang banyak kerja luar. Itu sebab baju-baju lama ni terperap sahaja memenuhi almari. Sayang nak di lupuskan sebab masih elok dan nampak macam baru lagi. 



Ini aku tengok cara di youtube step by step membuat dan menjahit blouse dari baju kemeja. nampak macam senang nak di buat. Aku kongsi cara di blog ini untuk lebih mudah aku mengikuti langkah-langkah yang perlu. Nampak senang tapi biasa lah tu, yang paling mudah di buat adalah bermalas-alasan dan tidur ke... hahaha!

DIY Baju Kemeja Lama Jadi Blouse Yang Comel


Bahan-bahan:

Kemeja lama
Gunting
Mesin jahit
Benang
Jarum peniti
Getah seluar lebar setengah inci secukupnya

Step By Step Cara DIY Baju Kemeja Lama Jadi Blouse Yang Comel
Step By Step Cara DIY Baju Kemeja Lama Jadi Blouse Yang Comel

- Mula-mula ukur dan potong bahagian leher dan bahu baju ikut ukuran yang di perlukan. 

- Potong pula bahagian tangan kemeja. Pastikan sama panjang sebelah kiri dan kanan.

- Selepas lipat dan kelim bahagian tangan yang telah di potong. Kemaskan dengan jarum peniti dan gosok menggunakan seterika untuk memudahkan kerja menjahit. Lakukan kepada kedua-dua belah bahagian tangan.

- Selepas itu lipat dan kelim bahagian leher pula. Ukur ikut lebar getah seluar iaitu setengah inci. Pastikan getah boleh masuk elok kedalam lubang kelim nanti.

- Jahit mesin semua kelim yang telah di buat di kiri kanan tangan baju. 

- Jahit juga kelim dan lipatan di leher tapi tinggalkan ruang dalam setengah inci untuk memasukkan getah seluar tadi.

- Setelah siap berjahit, Masukkan getah ke dalam lubang kelim di leher baju. Pastikan ukuran getah sedang elok terletak di atas bahu. Setelah itu potong getah dan sambungkan serta di jahit kemas.

- Setelah itu baju sudah siap untuk di gayakan. 

Sangat simple caranya tau. Hanya ubah bahagian leher dan tangan. Bahagian bawah dan labuh kemeja ttap seperti biasa. Macam berminat sahaja nak buat ni. Tapi tangan tu tak perlulah buat pendek sangat seprti di gambar. Potong melepasi bahagian keras bahagian tangan kemeja dah mencukupi.. Ya tak? Untuk lihat video penuh boleh klik SINI

Nak lihat cerita DIY di blog ini klik SINI

p/s: Betul-betul nak buat ni tau.... Nak kumpul bahan-bahan dulu, nanti aku kongsi di blog ini.. yer!

3 comments:

sangat kreatif

woaaah menarik ni.. xdela buang terus kan kalo takmo pakai da. comel pun comel..

tahniah diucapkan kerana terpilih sebagai pemenang..

http://aerillhassan.blogspot.com/2018/06/cabutan-kedua-pemenang-giveaway.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...