Nasi Arab Mandy a.k.a Mandy Chicken Rice

3:02:00 PM Noor Akma 2 Comments

Seminggu sebelum raya aku buat masakan ini. Kiranya ini masakan untuk berbuka puasa pada hari tu. Anak-anak teringin nak makan nasi arab. Maka terjadilah nasi arab mandy a.k.a mandy chicken rice. Dah pernah buat nasi arab macam ni sebelum ni. Tapi yang ini lebih istimewa sebab aku guna rempah kabsah yang di beli di kedai arab. Maka terjadilah nasi arab mandy chicken yang sedap. Masih terasa-rasa akan kesedapannya.

Nasi Arab Mandy a.k.a  Mandy Chicken Rice
Nasi Arab Mandy a.k.a  Mandy Chicken Rice

Kalaulah ada yang nak buat rumah terbuka aidilfitri ni dan nakkan kelainan, bolehlah cuba buat nasi arab mandy chicken ni. Aku pun rasa teringin nak buat lagi. Anak-anak dan en. suami memang suka makan nasi arab, jadi aku kenalah kreatif buat sendiri... kan. 

Nak makan dan membeli di restoran arab tu memanglah mudah. Tapi harganya kepalang mahal. Kalau boleh di buat sendiri, baiklah buat sahaja. Resepi ni aku ambil di sebuah blog masakan yang terkenal. Olah sikit dengan bahan-bahan yang ada. Yang tak ada tu, aku abaikan. Beras pun aku tak guna beras basmathi. Hanya beras biasa.


Di sebabkan dulu-dulu biasa makan nasi arab ada salad sayur kobis dan carot jadi aku tak buat salad arab. Apa yang kita masak kita yang tentukan, jadi boleh sajalah. Ayam tu pula aku tak panggang dalam oven. Aku hanya masak ala-ala bakar dengan sedikit minyak di dalam pan untuk mendapatkan kulit luar yang garing dan isi yang lembut di dalam.

Resepi ini  aku olah serba sedikit ikut kesesuaian aku. Nak resepi yang aku ambil tu, boleh klik SINI. Memang meletup rasa nasi arab yang aku masak kali ini. Dulu aku ada guna resepi yang menggunakan rempah kurma campur rempah sup. Boleh juga tapi rasanya hampir kepada nasi ayam. Yang aku masak kali ni baru sesuai dengan rasa nasi arab yang sebenar. Sedappp!


Nasi Arab Mandy a.k.a  Mandy Chicken Rice


- Mula-mula sediakan sup untuk masak nasi

Bahan-bahan:

1 ekor ayam saiz sederhana - di potong 4
(Aku guna 4 keping  paha ayam (thigh)
2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sk serbuk jintan putih
1 sk bijian lada hitam
1/2 sk buah pelaga
1/2 sk bunga cengkih
1 ketul kiub ayam
2 helai daun bay
(tak letak sebab tak ada)
Garam secukup rasa
Air secukupnya - Paras tenggelam ayam

Cara-cara:

Halia di ketuk sahaja. Rebus ayam bersama semua bahan-bahan di atas selama 45 minit. Selepas tu keluarkan ayam dan toskan. Tapis air rebusan dan di gunakan untuk memasak nasi. Simpan sikit sup ni untuk di makan bersama nasi nanti. Ayam yang di rebus di gunakan untuk buat ayam panggang.


- Untuk Memasak nasi

Bahan-bahan: 

4 cawan beras
1 sudu besar minyak sapi
(Guna marjerin - tak ada minyak sapi)
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Air rebusan ayam secukupnya - dari air rebusan yang telah disediakan 
Pewarna kuning - jika perlu
Garam secukup rasa - sekiranya perlu 

Cara-cara :

Bawang merah dan bawang putih di hiris halus. Beras di cuci dan di toskan.  Sebelum tu sukat air yang di perlukan seperti memasak nasi biasa. Panaskan minyak sapi/marjerin dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.

Tumiskan sekali bersama bunga cengkih dan buah pelaga. Goreng hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan beras dan kacau sebentar. Masukkan air rebusan ayam anggaran secukupnya untuk memasak nasi.

Masak seperti biasa samada di periuk elektrik atau di pressure cooker. Apabila masak, titikkan beberapa titik pewarna kuning. Biarkan seketika. Gemburkan nasi menggunakan garpu


- Untuk Ayam panggang

1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 st serbuk lada hitam
1 st rempah kabsah
1/2 st serbuk jintan manis
1 st garam
Aluminium foil - jika nak  bakar dalam oven
(tak bakar - goreng dengan sedikit minyak dalam pan)

Cara-cara: 

Ayam yang telah di rebus tadi di lumur dan di perap dengan bahan-bahan di atas. Aku bakar dalam pan dengan sedikit minyak. Bakar atau goreng dan balikkan hingga nampak garing kedua-dua belah bahagian.

Jika nak bakar, balut kemas dalam aluminium foil. Bakar dalam suhu 180c selama 1 jam. Selepas tu boleh di hidangkan bersama masakan yang lain.


- Penyedian sos salata

Bahan-bahan:

Tomato
Bawang besar
Cili merah
Cili padi
Jus dai sebiji lemon
Daun ketumbar
(tak letak)
Garam dan gula secukup rasa)

Cara-cara:

Bahan-bahan di atas tak ada ukuran specific. Ikut kesesuaian sendiri. Kisar semua bahan bersama jus lemon. Perasakan dengan garam dan gula. Seterusnya bolehlah di hidangkan bersama nasi arab mandy chicken.

Untuk salad kobis dan carot pula, hanya hiris halus kobis dan parut kasar carot. Gaulkan bersama dengan secubit garam. Hanya itu saja bahannya dan bolehlah di hidangkan. Hidangkan nasi arab bersama ayam panggang, salad kobis, sos salata dan tak lupa juga  lebihan sup air rebusan ayam.

Itu sahajalah resepinya yang nampak mudah tapi banyak langkah penyediaannya. Tak apalah asalkan boleh makan makanan sedap. Lebih menjimatkan perbelanjaan bila buat sendiri ni. Nak makan berulang-kali pun boleh. Kesedapannya tak jauh beza pun. Sedap hingga menjilat jari.

Nak tengok pelbagai resepi di blog ni... klik SINI

p/s: Rempah kabsah tu kalau tak ada, boleh buat sendiri juga. Resepinya ada di blog resepi yang aku letak di atas yer...!

2 comments:

dah lama tak makan nasi arab mandy

sedapnya, terliur pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...