Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resepi Pasta Shell Carbonara Bajet Yang Sedap

1:01:00 PM Noor Akma 3 Comments

Resepi Pasta Shell Carbonara Bajet Yang Sedap | Kenapa aku kata resepi bajet? Ini di sebabkan bukan sepeti carbonara yang biasa. Yang ada letak krim dan bahan-bahan yang mahal. Rasanya tak jauh beza pun. Cuma masakan stail carbonara ini aku gunakan pasta shell yang sekali imbas macam kerang ada, siput pun ada, macam remis pun ada. Anak bujang yang beli. Ikut suka dia je, jadilah pasta shell carbonara... hahaha!

Resepi Pasta Shell Carbonara Bajet Yang Sedap
Resepi Pasta Shell Carbonara Bajet Yang Sedap 

Hari-hari memasak tapi mood nak ambil gambar ke laut dalam. Apatah lagi aku bukan seorang  yang pandai ambil gambar. Main hentam saja. Nak makan cepat pula tu. Dah biasa makan makanan biasa, hari ni kita buat ala-ala makanan barat pula. Anak-anak yang minta di buatkan. Terpaksalah aku menjadi kreatif menyediakan juadah untuk mereka.


Resepi ni aku ubahsuai ikut bajet dan apa saja bahan yang ada. Dalam peti ais ada pula sayur campuran( mixed vege) yang beku lebihan buat masak macaroni untuk anak bawa balik asrama seminggu sebelum puasa iaitu campuran carrot, jagung dan kacang peas. Letak saja lah. Cheese aku guna yang keping tu je. Cendawan pula boleh saja guna yang dalam tin atau yang segar. Mudah je kerjanya... heh!

Resepi Pasta Shell Carbonara Bajet Yang Sedap 


Bahan-bahan:

1 paket pasta shell
5 batang sosej 
1 tin susu cair 
1 paket cendawan kelabu 
3 biji cili merah 
2 biji tomato 
1 cawan mixed vege
2 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 sudu makan serbuk lada hitam 
3 keping kepingan cheese 
1 ketul kiub ayam 
1 sudu makan oregano 
(tak letak pun tak apa)
Garam secukup rasa 
Minyak masak secukupnya. 

Cara2 : 

Pasta shell direbus sehingg lembut bersama sesudu kecil minyak masak dan secubit garam.Toskan tetapi sedikit air rebusan jangan buang. Ia di gunakan untuk dimasukkan dalam masakan nanti. Ambil dan ketepikan. 

Bawang putih di cincang halus. Bawang besar, cili merah dan tomato dipotong dadu. Sosej dan cendawan dihiris kecil . Tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan sosej, tomato, bawang besar, cendawan, mixed vege, dan cili merah. 

Kacau rata. Lepas tu masukkan susu cair. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub ayam. Jika kuah kering, masukkan sedikit air rebusan pasta. Kalau nak nampak cair, boleh letak air lagi. 

Masukkan cheese yang telah disiat. Kacau sehingga sebati. Masukkan pasta shell yg telah direbus lembut. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula. 

Siap.... boleh terus dihidangkan...!!

Pasta Shell Carbonara Bajet Yang Sedap
Pasta Shell Carbonara Bajet Yang Sedap 

Itu sajalah resepi ringkas dari aku yang simple dan mudah sahaja. Kiranya hanya resepi campak-campak tapi menjadi kesukaan anak-anak aku dan menjadi peberet diorang. Lain orang, lain caranya membuat resepi ni. Janji sedap di tekak sudahhh...!

Nak tengok pelbagai resepi yang mudah.... klik SINI

p/s: Aku ni, kengkadang rasa sedap di tekak, kengkadang rasa kurang. Apapun masakan Melayu juga menjadi pilihan hati... haih!

3 comments:

yang simple2 pun sebenarnya lagi sedap dari yang complicated. pernan order carbonara kat satu restoran konon high end laaa sikit makan first suap nan muntah rasa. baik buat sendiri hehe..

takpernah masak macam ni sbb tak confident hahah asyik salin resepi je

Menarik pasta ni.
Aida ni kuno skit :-)
Asyik ka spageti.

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...