Tips Detoks Toksin Paling Mudah Dengan Epal Dan Kulit Kayu Manis

4:59:00 PM Noor Akma 0 Comments

Macam-macam cara dan resepi  detoks yang ada dan boleh di buat dan di lakukan.  Antara tanda toksin berada adalah rasa letih walau sudah berehat dan tidur secukupnya. Detoks toksin paling mudah untuk di buat. Hanya menggunakan 2 bahan iaitu epal dan kulit kayu manis. Detoks paling mudah... bukan?

Tips Detoks Toksin Paling Mudah Dengan Epal dan Kulit kayu Manis
Tips Detoks Toksin Paling Mudah Dengan Epal Dan Kulit Kayu Manis

Kisah detoks ni viral sekejap tahun lepas. Meriah FB dengan kisah detoks yang bermacam cara dan berbagai rupa sampaikan ada yang boleh tambah pendapatan dengan menjual air detoks yang siap sedia untuk di minum. Sudah semestinya untuk yang sibuk dan malas buat sendiri.

Ala.. bukan susah pun untuk buat sendiri detoks ni. Nak dengan tak nak je. Pada yang mempunyai pndapatan lebih memanglah nak membeli saja. Pada aku, seeloknya buat sendiri. Baru kita dapat merasai betapa khasiat yang di dapati pada air detoks ni. So simple... tak gittew..!!!


Seperti di ketahui detoks adalah proses penyingkiran bahan toksin atau buangan dari tubuh badan manusia. Toksin bukan hanya hadir dalam pemakanan kita, dari ubat-ubatan yang kita ambil juga. Bila rajin detoks, tubuh akan lebih segar, sihat dan mengurangi letih-letih badan.

Tips Detoks Toksin Paling Mudah Dengan Epal Dan Kulit Kayu Manis


Bahan-bahan: 

Epal hijau/ merah
Kayu manis
Air

Cara-cara:

- Mula-mula hiris nipis epal. Masukkan epal yang di hiris bersama sebatang kulit kau manis ke dalam bekas atau jag berisi air.

- Masukkan ke dalam peti ais semalaman atau sekurang-kurangnya selama satu jam. Selepas itu, bolehlah di amalkan meminumnya di waktu pagi, tengahari dan malam.

Campuran epal bersama herba kulit kayu manis ini membantu mengurangkan lemak, turunkan paras kolesterol dan tingkatkan kadar metabolisma dalam tubuh badan. Tubuh akan jadi lebih sihat, wajah akan lebih berseri apabila rajin mengamalkan detoks.

Kisah detoks ni viral sekejap tahun lepas. Meriah FB dengan kisah detoks yang bermacam cara dan berbagai rupa sampaikan ada yang boleh tambah pendapatan dengan menjual air detok yang siap sedia untuk di minum. Sudah semestinya untuk yang sibuk dan malas buat sendiri.

Selamat mencuba... !

Nk dapatkan pelbagai tips dan informasi di blog ni... klik SINI

p/s: Kerajinan membuat DAN mengamalkannya amat di perlukan... ^-^ peace!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...