Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khasiat Buah Epal Hijau Yang Bermanafaat Untuk Kesihatan

10:05:00 PM Noor Akma 2 Comments

Buah epal hijau yang berwarna kehijauan kerana kurang di gemari oleh ramai orang kerana mempunyai rasa sedikit masam. Aku paling suka buah epal hijau ni apatah lagi yang jenis Granny Smith sebab teksturnya yang rangup dan rasanya masam-masam manis.  Berbanding buah epal hijau Thailand yang biasanya sangat masam tapi kalau cicah kicap gula pedas atau kuah rojak sedap juga.

Khasiat Buah Epal Hijau
Khasiat Buah Epal Hijau

Fakta yang perlu di ketahui adalah sebiji epal mengandungi banyak khasiat buah untuk kesihatan. Bahkan epal juga digunakan sebagai buah-buahan ‘favourite’ untuk diet menurunkan berat badan. Epal mempunyai kadar lemak yang rendah, tetapi serat yang ada dalam buah epal sangat tinggi. Serat inilah yang akan membantu anda berasa cepat kenyang. Kalori bagi sebiji epal 154 g, mempunyai lebih kurang 80 kalori.



Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. Tapi seeloknya cuci kulit epal dengan air suam dulu untuk membuang wax pada kulit buah epal.

Antara Khasiat Buah Epal Hijau Yang Bermanafaat Untuk Kesihatan


- Mengatasi Masalah Sembelit
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem penghadaman. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Kaya Dengan Sumber Mineral Dan Vitamin
Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan seta mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu mengekalkan kulit berseri dari dalam.

- Mengandungi Karbohidrat
Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.

- Makanan Tinggi Serat
Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman di dalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, epal hijau jug mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan ‘diaretic’.

- Khasiat Lain Epal Hijau
Ternyata, epal hijau mengandungi antioksidan yang tinggi dan ia juga dapat membantu menurunkan kadar kolestrol jahat. Rendahnya kolestrol jahat ini akan melindungi anda daripada pelbagai penyakit. Antaranya, penyakit jantung, mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi, menstabilkan gula dalam darah serta sebagai agen anti kanser.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Air rebusan epal hijau dan serai juga bagus untuk melegakan sakit lutut. Hanya perlu rebus 2 biji epal hijau yang telah di hiris bersama 4 - 5 batang serai dan 1liter air. Rebus selama lebih kurang 30 minit. Amalkan minum samada suam atau sejuk. Kalau di amalkan selalu insya'allah  boleh mengurangkan sakit lutut.

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini klik SINI

p/s: Suka mencicah epal hijau dengan kicap bergula pedas ..... Sedap, rangup, krup-krap!

#pic fr google

2 comments:

Banyak khasiatnya. Tapi epal hijau ni biasanya masam.

Kalau buat jeruk asam boi sedap epal nie..

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...