Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resepi Mee Goreng Simple Sedap

3:07:00 PM Noor Akma 1 Comments

Sesekali aku masak mee goreng. Ikut resepi mee gorng simple sedap yang biasa aku buat. Tak banyak bahan dan tak mrenyakan car pembuatannya. Walau resepi mee goreng simple ini mudah saja tapi rasanya tetap sedap dan menyelerakan tekak aku dan anak-anak.

Mee Goreng Simple Sedap
Mee Goreng Simple Sedap

Resepi mudah ini aku tak belajar dari mana-mana pun. Ikut sesedap rasa dan selera aku saja. Jarang juga aku buat mee goreng ni. Salah satu sebab jarang buat adalah kerana en suami tak suka dan tak makan makanan sebegini. Dia tu suka makan nasi, nasi dan nasi saja sebagai makanan ruji. Letih aku nak masak dan buat banyak masakan sekaligus. 



Resepi ini aku buat hanya letak telur dan kek ikan sebagai rencah. Sayurnya pula aku letak sawi tapi kalau nak letak sayur lain seprti kobis atau kucai dan taugh pun boleh. Nak bagi mampak basah mee gorng ini, letaklah sos cili. sikit, mesti menarik dan sedap jadinya.

Resepi Mee Goreng Simple Sedap


Bahan2 :

1 paket mee kuning
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
2 sudu besar cili giling
4 sudu makan kicap
1/2 cawan sos cili
2 biji telur ayam
2 keping kek ikan 
2 pokok sawi 
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Mee kuning di basuh dan di celur sekejap dan toskan. Sawi di potong dan di bersihkan.  Kek ikan di hiris kecil. Bawang putih, bawang merah dan halia di tumbuk lumat. 

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili giling dan kacau garing.  Masukkan kek ikaa, sos cili dan kicap. Gaul dan masukkan air. Didihkan sebentar. 

Masukkan sawi. Bila sawi dah layu, pecahkan telur. Kacau sebentar sehingga telur nampak hampir  pekat masukkan mee kuning. Kacau lagi serta perasakan dengan garam dan gula.

Dah siap,  bolehlah di hidangkan. Sedap di makan di waktu masih agak panas. 

Berselera, sesekali dapat tukar selera makan mee goreng. Suka anak-anak apabila aku masak mee goreng ini. Tak boleh buat dan masak selalu sebab letih nak masak nasi dan lauk lain lagi. Sesekali sajalah aku masak sebegini.

Nak cari pelbagai resepi menarik dan mudah klik SINI

p/s :  Mee tu celur dulu untuk buang sisa kimia yang ada waktu pembuatannya. Kalau tidak, tak pasal-pasal merah berdarah pula warnanya... :)

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...