12 June 2019

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Yeop Samsuddin Bersekali Dengan Majlis Harijadi Ayahandaku Yang Ke 80 Tahun.... Happening Sungguh!!

Satu lagi majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 yang aku dapat hadiri. Ini di sebelah pihak keluarga ayahanda aku pula. Boleh pula pada tarikh itu iaitu 8/6/2019 adalah tarikh harijadi dia yang ke 80 tahun. Jadi para sepupu aku ambil inisiatif meraikannya sekali. Apa lagi, hapenning sungguh apabila apabila Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Yeop Samsuddin ini di sambut meriah bersekali dengan upacara memotong kek dan pulut kuning yang di sediakan oleh sepupu. Terimakasih yang tak terhingga pada mereka.



Majlis ini sebenarnya di realisasikan secara spontan apabila para sepupu aku datang beraya ke rumah  keluarga aku pada petang raya kedua. Di situlah kami berbincang dan cuba merealisasikan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Yeop Samsuddin ini. Kami tahu tak seramai mana yang dapat hadir kerana ada beberapa keluarga yang beraya di negeri lain. Bagi kami cukuplah hanya yang ada ini. Kalau tak di buat majlis ini sekarang, bila lagi?



Sudah beberapa tahun ada group wassap tapi majlis pertemuan tak juga menjadi. Daripada rancangan asyik tak menjadi, kami jadikan betul-betul kali ini. Tanpa aturcara yang tersusun dan makanan pula buat secara potluck iaitu bawa dari rumah masing-masing, menjadi juga idea ini. Penuh satu meja hidangan yang super sedap dan sungguh menyelerakan. Majlis ini di adakan di rumah asal keluarga Atok Yeop Samsuddin dan Opah Meah di Kampung Serikaya, Bota Kiri, Perak. 

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Yeop Samsuddin Bersekali Dengan Majlis Harijadi Ayahandaku Yang Ke 80 Tahun.... Happening Sungguh!!


Rumah asal ini sekarang di diami oleh adik lelaki aku sekeluarga. Kalau tak ada orang yang menjaganya, nescaya sudah rosak dan menanti roboh menyembah bumi saja. Banyak nostalgia aku bersama opah dan atok di rumah ini. Dulu-dulu waktu kecil, kalau balik kampung, inilah rumahnya yang aku panggil kampung sebab keluarga aku tinggal di Felda Lasah, Sungai Siput, Perak. Alfatihah untuk atok dan opah yang ku sayangi.

Pada raya ke tiga iaitu sekembalinya aku sekeluarga dari Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Panjang Taharim di Bota Kanan ke Felda Lasah di petang itu, terus aku membeli belah barang-barang masak untuk di bawa ke Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Yeop Samsuddin di Bota Kiri pula. Hidangan potluck yang kami bawa adalah meehoon goreng, kari ayam, nasi putih, nuget dengan jejari kentang goreng. Buat dan masak yang mudah-mudah je.



Aku lihat sepupu-sepupu aku bawa kuey teow goreng, pecal sayuran siap dengan cucur udang, sambal udang petai, gulai lemak putih rebung, rendang ayam dan beberapa jenis lauk pauk yang aku dah lupa dah. Juga mereka itu persiapkan sebiji kek black forest dan kek pulut kuning untuk upacara memotong kek oleh ayahandaku. Happening gilerrrr upacara memotong kek  dan pulut kuning itu...!



Senyum sampai ke telinga bapak aku tu. Apa tidaknya... Aku rasa tak pernah lagi dia sambut harijadi dengan memotong kek bagai. Sebenarnya bukan mudah bagi kami memujuk dia hadir meraikan majlis ini sebab dia bukannya sihat sangat. Puas kami memujuknya untuk ikut kami ke majlis itu. Dia ni risau macam-macam. Ingat dia nak buat majlis beria, siapa nak masak kenduri, cukup ke pinggan mangkuk. Puas juga di beritahu, zaman sekarang beli pinggan cawan pakai buang saja dan makanan bawa masing-masing... haha!

Akhirnya majlis berlaku dengan meriahnya. Walau ramai abang-abang sepupu yang tak dapat menghadirkan diri tapi alhamdulillah majlis tetap meriah. Moga akan ada majlis sebegini lagi di lain waktu. Tiada yang lebih indah hidup ini selain di kelilingi saudara mara jauh dan dekat. Walau hanya seketika rasa keindahan itu tapi jadilah. Semuanya telah kembali ke sarang masing-masing meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nak baca catatan dan cerita di blog ini... klik SINI dan SINI

p/s: Ada yang tanya aku asal Perak di mana. Aku jawab asal Bota. Mesti ada yang tanya kiri ke kanan? Aku jawab kiri dan kanan. Dorang buat muka pelik tapi betul lah kan!!!

4 comments:

  1. uwahhhh semoga atuk panjang umur. (lebih kurang atuk ray dah but he's almost 100 already)

    ReplyDelete
  2. meriahnya beraya. seronok beraya macam ni kumpul ramai-ramai kan ;)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. wah meriahnya seronok kan berkumpul mcm ni

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...