31 March 2016

Tips Berfesyen Sembunyikan Perut Buncit.....


Berat dah turun...tapi perut belum menunjukkan tanda2 penurunan lagi. Jadi terpaksalah berjaga2 dengan fesyen pakaian agar bahagian perut tak berkenaan tu tidak ketara. Ini ada beberapa tips untuk di kongsi pada yang mengalami masalah yang sama.

1. Pilih skirt jenis A-line kerana ia membantu untuk menyembunyikan masalah perut buncit. Ini kerana potongan skirt yang luas di bahagian bawah amat sesuai untuk menyembunyikan bahagian pinggang anda.

2. Seluar ala Aladin atau seluar nelayan Thai dapat menyembunyikan perut anda yang berlipat kerana mata akan tertumpu pada rekaan seluar yang unik itu.


3. Pakai tali pinggang yang besar dan luas di pinggang anda. Ikat tali pinggang 1 inci lebih tinggi daripada paras pinggang anda untuk menutup bahagian perut buncit.


4. Pakai skirt jenis pleated atau skirt kipas menegak ke bawah untuk memberi visual pinggang anda kelihatan lebih langsing. Sebaiknya cari skirt yang bercorak untuk menutup kekurangan ada.


5. Elakkan memasukkan baju ke dalam pinggang untuk memberikan kesan ilusi badan yang lebih langsing.


6. Elakkan memakai jean jenis low-waist sebaliknya pilih jean atau seluar jenis high waist atau berpinggang tinggi. Ia boleh membuatkan anda tampak lebih langsing dan lampai. Jangan lupa padankan bersama baju bercorak gelap.


7. Pilih material pakaian yang tidak jarang kerana ia akan membuatkan perut anda nampak buncit. Sebaiknya pilih baju yang mempunyai material dari sutera atau yang berwarna terang.


8. Elakkan memakai baju yang mempunyai corak horizontal atau melintang kerana ia akan menyebabkan perut anda kelihatan lebih buncit. Bagi menyembunyikan masalah perut buncit tersebut, sebaiknya pilih pakaian yang ada rekaan wrap top atau baju yang mempunyai tali atau ikatan di bahagian bawahnya.


9. Penggunaan baju jenis leher bentuk V atau kurung moden yang mempunyai manik dan jemeki yang dijahit dalam bentuk V juga boleh mengurangkan tumpuan mata pada bahagian perut anda.


10. Selain itu, anda juga boleh tonjolkan bahagian lain badan anda yang dirasakan menarik seperti lengan atau kaki anda. Yang penting, pastikan anda memilih pakaian yang bersesuaian dan menepati tuntutan syariah. 


p/s : So, pandai2 lah berfesyen untuk lebih berkeyaninan dalan keterampilan diri..... ^-^peace!


#kredit SINI

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...