16 August 2016

Wah.... Lara Alana Dah Ada Program Kat TV...!


Siapa yang tak kenal budak kecik yang bernama Lara Alana ni.  Dengan jumlah pengikut di Instagram yang mencecah 2.1 juta dan 1 juta pula di Facebook, si kecik ni dah mengalahkan populariti ibubapanya sendiri iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Dah ada program realiti sendiri pulak tu. Program tersebut bertajuk Lara Oh Lara akan menayangkan perkembangan harian serta aktiviti Lara yang tidak pernah dipertontonkan di laman sosialnya. Sangat seronok dan kecoh si kecik ni dengan gelagat2nya tu... haha!

Apa lagi, jom tonton  di astro.... yer..! Pelancaranya dah dibuat semalam. Antara artis tanahair yang akan ditampilkan dalm program ni, termasuklah Zizan Razak, Remy Ishak, Dynas Mokhtar, Liyana Jasmay dan Ella.

p/s : suka tengok gambar2 video2 lara kat IG tu... teringat anak2 gadisku masa kecik2 dulu!

#kredit SINI


No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...