15 May 2017

Buah Tunjuk Langit : Makan Ni, Nyamuk Tak Nak Gigit Hisap Darah...

Korang tau dak buah tunjuk langit? Buah ni istimewa sebab buahnya tergantung terbalik seolah-olah menunjuk ke langit. Itu sebabnya buah ini di panggil dengan nama buah tunjuk langit. Buah ni mempunyai banyak khasiat di dunia herba dan perubatan. Tapi yang paling aku suka dengan buah ni adalah sebab nyamuk tak nak dekat bila mengamalkan makan buah. Kemungkinan besar disebabkan pahit yang melampau menjadikan darah orang yang memakannya menjadi pahit.

Buah Tunjuk Langit : Makan Ni, Nyamuk Tak Nak Gigit Hisap Darah...
Buah Tunjuk Langit : Makan Ni, Nyamuk Tak Nak Gigit Hisap Darah...

Buahnya berwarna seperti kulit kayu dan dari sebiji buahnya terdapat berpuluh2 biji seperti kuaci. Cara memakannya cuma kopek bijinya dan akan ada biji seperti kuaci. Bolehlah terus memakannya. Tapi rasanya tersangat pahit. Walau selepas memegangnya tangan masih terasa pahitnya. Cara aku memakannya ialah dengan menjadikanya seperti ketulan2 kecil dan terus menelannya dengan segelas air. Kalau dikunyah, pahitnya sangatlah tak tertahankan walau dah berkali-kali makan benda lain. 

Buah Tunjuk Langit : Makan Ni, Nyamuk Tak Nak Gigit Hisap Darah...


Dulu, semasa aku berniaga di booth , event dan expo ada jual buah tunjuk langit ni. Selain jual yang segar, ada juga yang aku proses sendiri. Iaitu menjadikannya serbuk dan di isi ke dalam kapsul. Ini untuk memudahkan di makan. Tak adalah terasa kepahitannya tu. Caranya bahan yang seperti kuaci tu di goreng sehingga  rangup dan di blender halus. Lepas tu bubuh dalam kapsul kecil-kecil tu. Tapi, itulah pahit, segala alat yang aku gunakan tu... tak boleh pakai untuk benda lain dah.....hihi! 

Buah Tunjuk langit  boleh diamalkan secara tradisional oleh lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peredaran darah.  Inilah rahsia alam semula jadi  insya'allah dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit antaranya ialah :

– Melancar perederan darah
– Kencing Manis
– Darah Tinggi
– Gout / sendi
– Kolestrol tinggi
– Migrain / sakit kepala
– Strok peringkat awal
– Menguatkan perut, jantung, paru-paru, hati dan limpa
– Sembelit, masalah sistem penghadaman
– Senggugut / Haid Tak Lancar
– Masalah Ereksi / mati pucuk
– Kebas
– Angin / sakit urat
– Kencing Kotor
– Anti-penuaan / Ejen Kecantikan
– Kulit sensitif, jerawat dan lepuh

Bagus sungguh  buah ni dengan khasiatnya.... Buah ni senang sangat di dapati tau... Di sepanjang tepi lebuhraya persekutuan di Shah Alam ni penuh dengan pokok tunjuk langit ni. Kalau di perhatikan betul-betul, bila tiba musim buah ni akan ada nampak orang terbongkok-bongkok di bawah pokok ni mencari buahnya. Kalau malas dan malu nak kutip ada saja orang menjualnya di booth-booth kecil di kawasan Shah Alam ni. Ada yang segar dan ada yang dah di botolkan. Aku dah lama tak proses buat dah... dah tak niaga kannn..! Baca lebih banyak info di SINI

p/s : Aku sangat suka buah ni sebab nak elak dari di gigit nyamuk .... Bila nak balik kampung, aku mesti suruh en. suami cari buah  ni dan ajak anak-anak makan ... nyamuk kat kampung besar-besar, takut kena gigit... :)

#pic fr google

4 comments:

  1. series ! ptma kali ju nmpk buah ni

    ReplyDelete
  2. Pertama kali nampak dan dengar.. kat kampung saya rasanya takde buah ni.. Sedap ke?

    ReplyDelete
  3. Salam…Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30….cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi) Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak…melancarkan darah…buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali…mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan…rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik. Buah yg sy jual adalah asli…bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany….sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan… Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...