20 June 2018

Momen Raya 2018

Dah berlalu dan tinggal kenangan 1 syawal  @ Raya 2018. Seperti biasa aku nak up momen raya 2018 ini di blog kesayangan dan blog cari rezeki aku ni. Boleh kenang sampai bila-bila suasana agar tak luput di ingatan kami sekeluarga. Seronok bila ada masa, buka balik momen raya yang lepas-lepas ni. Momen raya 2018 akan terus terpahat di ingatan walau hanya secebis kisah biasa... huhu!

Momen Raya 2018
Momen Raya 2018 

Zaman dah berubah. Dulu-dulu orang ambil gambar simpan dalam album gambar. Bila ada kelapangan atau rasa rindu masa lalu, selaklah album lama. Aku dah pernah ada album yang lama-lama ni. Tapi asyik pindah-randah adalah barang-barang yang tercicir termasuk album gambar sewaktu anak-anak masih kecil. Dah tak ada gambar kenangan tu.

Momen Raya 2018 Terpahat Di Ingatan


Sekarang, dah tak risau gambar hilang atu gambar kenangan tercicir di mana-mana. Tercicir di FB dan IG, boleh cari balik. Apatah kalau letak di blog. Boleh lihat kembali dan imbau momen indah bergambar di hari raya. Anak-anak semakin dewasa dan aku dengan en. suami akan menginjak ke usia emas. Ada juga nanti kenangan bersama sekeluarga suatu hari nanti... kan.

Momen Raya 2018 Di Kampung Halaman
Momen Raya 2018 Di Kampung Halaman

Seperti yang aku ceritakan sebelum ni kami mula beraya pada raya kedua. Pagi-pagi dari Shah Alam sampai ke kampung hampir waktu tengahari. Opah dan atuknya dah tunggu di muka pintu. Selepas menyiapkan makanan dan makan tengahari kami mula bersiap ke Bota Kiri untuk beraya dan sekaligus meraikan majlis pertunangan seorang ahli keluarga.


Buat pertamakali menempuh kesesakan perjalanan keluar dari Ipoh nak masuk ke Seri Iskandar dan seterusnya ke Bota kiri. Pulang balik kerumah keluarga di Felda Lasah, Sungai Siput pada malamnya. Raya ketiga, hanya lepak-lepak di rumah sambil tunggu tetamu datang.

Momen Raya 2018 Bertemu Kawan Lama
Momen Raya 2018 Bertemu Kawan Lama

Raya ke empat sebelum pulang ke kampung, barulah aku sekeluarga bersiap ke rumah menziarahi kawan lama dan seterusnya menghadiri majlis perkahwinan. Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama zaman persekolahan dulu. Walau tak dapat bersembang lama sebab masing-masing sibuk dan tak boleh berlama-lama di situ.

Tak apalah, dah dapat bertemu tu pun dah cukup memberi erti yang bermakna. Selepas tu kami bersiap pulang ke Shah Alam. Singgah sekejap di Ipoh ke rumah adik. Jadilah dapat jumpa sekejapan. Apapun, momen raya 2018 tetap dalam ingatan. Apa tidaknya, menempuh kesesakan jalanraya sepanjang perjalanan tu. 

Nak baca catatan merepek dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Berpeluh ketiak tau tak...?  Almaklum balik kampung pakai van buruk jer... 

2 comments:

  1. Haruslah cerita kisah raya kat blog kan...
    Dah namanya pun blogger hiks!
    Selamat hari raya Aidilfitri serta salam kosong-kosong

    ReplyDelete
  2. seronok baca kisah raya orang tapi diri sendiri tk sempat nak blogkan kisah raya 2018 ni..dok kalut hal yg lain.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...