30 August 2018

Penggayaan Tudung Sesuai Dengan Bentuk Wajah, Nak Ikut Trend Semasa Atau Keselesaan?

Banyak fesyen tudung di gayakan sekarang. Dari bawal, instant bawal, shawl, instant shawl, half moon dan pelbagai fesyen turban pun ada. Penggayaan tudung semestinya kena dengan bentuk wajah dan bersesuaian dengan bentuknya. Selain peggayaan tudung sesuai dengan bentuk wajah, keselesaan memakainya pun penting daripada terikut dengan trend semasa.

Penggayaan Tudung Sesuai Dengan Bentuk Wajah, Nak Ikut Trend Semasa Atau Keselesaan?
Penggayaan Tudung Sesuai Dengan Bentuk Wajah, Nak Ikut Trend Semasa Atau Keselesaan?

Tak perlulah hanya kerana mengikut trend semasa membuatkan diri terjebak memakai kesemua fesyen tudung  yang ada. Musykil dengan stail tudung yang selesa  dan yang bersesuaian untuk digayakan? Ketahui bentuk muka anda dan ikuti panduan yang diberikan ini.

Penggayaan Tudung Sesuai Dengan Bentuk Wajah, Nak Ikut Trend Semasa Atau Keselesaan?


Bentuk Segi Empat
Bagi mereka yang berwajah petak, kebiasaannya tulang rahang akan lebih menonjol. Elakkan dari memakai tudung yang melekat di wajah kerana ia hanya akan memberi fokus kepada tulang rahang tersebut sekaligus membuat anda tampil garang dan agak maskulin. 

Sebaliknya, pilih stail tudung yang boleh mebuatkan wajah tampak bujur. Untuk mendapatkan efek ini, bentuk tudung di bahagian rahang serta dagu agar ia tampak bujur atau bulat. Dedahkan bahagian tulang pipi dan dahi kerana ia berkesan untuk memberi ilusi wajah agar tampil lebih panjang.

Wajah Bulat
Elakkan dari memakai anak tudung yang menutup bahagian dahi kerana ia hanya akan membuatkan wajah si pemakai bertambah pendek. Wajah bulat memerlukan ilusi panjang, oleh itu bentuk tudung anda di bahagian tulang pipi untuk menutup sedikit bahagian sisi muka. Stail tudung yang mempunyai lilitan di bahagian telinga juga tidak sesuai digayakan kerana akan membuat wajah tampak lebih besar. 

Sebaiknya pilih tudung dari jenis kain stretch kerana ia mampu untuk memberi volume kepada wajah anda seterusnya memberi ilusi bujur. Antara teknik lain yang boleh digunakan adalah untuk memakai cekak rambut terlebih dahulu sebelum menyarung anak tudung.



Wajah Bujur
Pemilik wajah bujur boleh menggayakan pelbagai fesyen tudung kerana empunya wajah ini mempunyai raut yang versatile. Setiap gaya kena dengan si pemakai dan jika mahu tampil berani, cuba gaya turban untuk kelainan.

Bentuk Hati/Tiga Segi
Ciri bentuk wajah ini kebiasaannya adalah dahi yang luas disertai dagu kecil. Gayakan tudung dengan lilitan ketat di bahagian atas kepala atau dahi. Boleh juga gayakan anak tudung yang berbentuk separuh bulatan. 

Tudung jenis longgar amat sesuai digayakan kerana bahagian dagu yang kecil memberi ilusi seakan bentuk wajah sebutir berlian. Biarkan tudung longgar di bahagian rahang dan percayalah anda akan tampak anggun menawan.

Bentuk Wajah Panjang
Jauhi stail tudung yang melekat di wajah kerana ia akan menampakkan wajah semakin panjang. Tutup sedikit bahagian dahi dengan anak tudung agar wajah tampak lebih sekata. Stail tudung longgar yang mempunyai volume atau lilitan di bahagian tepi kepala amat bersesuaian untuk digayakan kerana ia memberi ilusi kepada keluasan wajah yang berkurangan. Dedahkan bahagian tulang pipi untuk ilusi lebih efektif.

Apapun gaya atau stail yang di pilih, pastikan gaya tudung selesa dan tidak mengganggu kehidupan dan tugasan harian. Seeloknya tak perlu mengikut sangat fesyen dan trend terkini. Pilih yang sedap mata memandang, cantik dan semestinya anggun bergaya serta menutup aurat mengikut tuntutan agama Islam

Nak baca pelbagai informasi terkini.... klik SINI

p/s: Jangan jadi mangsa fesyen sehingga merosakkan gaya tudung.... yer!

#kredit SINI

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...