01 September 2018

Shopping Pergi Beli Barang, Termenung Panjang Duit Habis... Huhu!

Sekali sekala aku keluar shopping pergi beli barang-barang bersama anak-anak.  Sebenarnya yang lebihnya tengok-tengok barang @ window shopping. Tapi kali ini nak shopping pergi beli barang dan beli telefon bimbit anak yang tinggal di asrama. Bukanlah beli yang berjenama mahal tu. Kalau boleh nak beli dan dapatkan telefon bimbit yang paling murah tapi berbaloi. 

Shopping Pergi Beli Barang, Termenung Panjang Duit Habis... Huhu!
Shopping Pergi Beli Barang, Termenung Panjang Duit Habis... Huhu!

Dia ada telefon sebelum ni tapi telefon bimbitnya tu tak berapa elok iaitu hanya 3G sahaja capaian  wifinya.  Dan ada beberapa spesifikasi yang tak sesuai. Telefon tu aku beli untuknya waktu dia nak masuk asrama awal tahun aritu. Kebetulan telefon bimbit yang dia ada sebelum masuk asrama tu rosak pula. Jadi aku belikan segera telefon bimbit murah ikut bajet masa tu. Nak kejar masa dan persiapan nak masuk asrama waktu tu.



Aku shopping dan beli telefon ni di PAS (Plaza Alam Sentra) Shah Alam. Itulah tempat yang biasa aku pergi bila keluar berjalan-jalan. Taklah dekat dengan rumah tapi  pergi balik naik bas percuma (Bas Smart Selangor) sampalah ke sana. Tak payah fikir bajet pengangkutan lagi dah. Itulah realiti seorang aku yang penakut memandu. Lesen simpan dalam purse buat hiasan sajalah... hihi!

Shopping Pergi Beli Barang, Termenung Panjang Duit Habis... Huhu!


Bila en. suami bagi duit, pergilah kami ke PAS memilih telefon bimbit yang sesuai dengan bajet harga dari duit yang di beri. Susah juga nak memilih sebab duitnya seciput je. Bila pilih punya pilih dari beberapa tempat, dapatlah telefon bimbitnya. Tapi bajet terlepas juga, kena tambah sikit duit aku sendiri.... hurm!!

Ingat ada lebihan dari duit yang di beri en. suami. Tak dapatlah beli dan makan KFC. Harga telefon bimbit mahal-mahal belaka. Tak ada yang nampak murah harganya. Jadi, bertabahlah, terpaksa membelinya juga sebab dah berjanji nak tukar telefon bimbit dia tu.... haihhh!

Selepas termenung sekejap menghabiskan duit dengan telefon bimbit, aku pun berjalan-jalan window shopping la pula. Akhirnya selepas makan-makan rojak dan cendol di PKNS terbeli juga peralatan dapur rumah iaitu loyang 4 segi, sudip dan landas cincang plastik. 

Shopping Pergi Beli Barang, Inilah Telefon Bimbitnya... Huhu!
Shopping Pergi Beli Barang, Inilah Telefon Bimbitnya... Huhu!

Beli sudip sebab pemegang dah patah dan landas cincang dah terkopak sikit. Beli loyang tu sebab bercadang nak cuba buat brownies kedut yang femes tu. Tak pernah ada loyang 4 segi di rumah. Buat brownies guna loyang bulat, akan jadi peliklah pulak....  hahaha!

Dah lenguh kaki ronda-ronda keliling PKNS  dan beli barang-barang dapur tu. aku pun beli jajan nak bawa balik untuk anak-anak yang di rumah. Aku beli kurma dan buah tin di kedai arab. Selain tu beli potato loaded di KFC kiriman anak bujang kat rumah. Tak lupa beli asam halia kegemaran.  Itulah aku yang perabiskan duit sampai selesai... huwargh!!

Nak buat apa lagi... Temenung panjang atau tidak, duit dah pun di belanjakan. Lepas ni kena kerja kuat lagi untuk cari duit.  Aku bukan ada kerja tetap, hanya seorang suri rumah yang bekerja secara online iaitu sebagai blogger dan dropshipper. Harap selepas ini duit akan segera masyuk... boleh shopping lagi... huhu!

Nak baca cerita di blog ini... klik SINI

p/s: Sebuah cerita dari satu cerita shopping yang merapu jer.... :)

3 comments:

  1. perkara biasa tu.kalau dah berjalan tak sah kalau tak terbeli apa² dari nak jimat beli juga..hehe..bertabahlah.moga rezeki makin banyak lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Itu lah kita orang perempuan kan. Dari nak beli sikit jadi rambang mata macam-macam nak beli. Haha.

    Insya-Allah ada lah rezeki tu, berkat belanja anak. Hihi.

    ReplyDelete
  3. memang macam tu juga... bila dah ada anak.. kita memang nak yang terbaik untuk anak kita. takpe... akan ada rezeki yang datang nanti...

    pssttt... Salam... Terima kasih kerana sudi join Segmen Nak URL Blog #35 Mialiana.com

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2018/07/senarai-url-blog-35.html

    Maaf sangat-sangat. Mia baru sempat nak blogwalking dan pemenang akan diumumkan pada hari ini juga.

    Semoga berjaya (^_^)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...