27 December 2018

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Campur Pegaga Sedap Hingga Menjilat Siku

Tak jemu-jemu en. suami aku dengan  masak lemak cili api ini. Kali ini gandingan masak lemak cili api ikan tenggiri campur pegaga pula. Semenjak dua menjak ini suka pula dia membeli anak ikan tenggiri untuk di masak. Harganya tak semahal potongan ikan tenggiri yang besar itu. Ikannya pula pejal dan sedap. Harganya masih berbaloi untuk di beli.

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Campur Pegaga Sedap Hingga Menjilat Siku
Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Campur Pegaga Sedap Hingga Menjilat Siku 

Masak lemak cili api sinonim dengan Negeri Sembilan namun ada sahaja negeri lain pun masak makanan ini. Cuma ia sangat tersohor di Negeri Sembilan. Mana ada di negeri lain buat masak lemak cili api untuk kenduri kahwin. Tapi di Negeri Sembilan atau orang Negeri Sembilan biasa buat. Itulah uniknya masakan ini. 

Sudah namanya anak Negeri Sembilan, asyik-asyik nak masak lemak cili api. Itulah en suami yang berasal dari Rembau yang terkenal dengan jolokan daerah beradat di Negeri Sembilan. Mana tidaknya kalestrol tinggi, asyik makan masakan berlemak saja kiranya. Apo nak di kato.. hahaha!



Bukan susah pun nak masak lauk masak lemak ini. Campak segala bagai ayam atau daging atau ikan atau jenis-jenis seafood yang ada campur sayur apa pun tak kisah, bersama bahan tumbuk iaitu cili api, isi kunyit dan bawang serta serai yang di titik kedalam periuk. Seterusnya masukkan santan, renih seketika, dah menjadi masakan ini.

Aku yang dah terbiasa masak lauk masak lemak cili api ini sudah tak kisah dengan rasa kepedasan yang en. suami mahu. Tapi kalau nak di kurangkan boleh saja. Apa pun lebih pedas, lebih bagus. Barulah ada keseimbangan rasa pada masak lemak cili api tu. Kalau tak terasa pedasnya, jadi tak berapa sedap lah masakan ini tau... huhu!

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Campur Pegaga Sedap Hingga Menjilat Siku 


Bahan-bahan: 

2 ekor anak ikan tenggiri
2 cawan santan pekat
1 ikat pegaga
17 biji cili api
1 inci isi kunyit (besar ibu jari)
2 biji bawang merah (kecil)
1 batang serai
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit
Air secukupnya
Sebiji tomato (jika suka)
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara: 

Ikan tenggiri di bersihkan dan di potong-potong beberapa bahagian. Jika suka, boleh di goreng sekejap sebelum di masak (bertujuan tak nak ikan hancur semasa di masukkan dalam kuah gulai). Ketepikan. Pegaga di bersihkan dari akar dan batang kerasnya dan di basuh bersih. 

Cili api di tumbuk bersama isi kunyit hingga lumat. Setelah itu tumbuk lagi bersama bawang merah dan bawang putih. Serai di titik hujungnya dan daun kunyit di carik-carik sahaja.

Selepas tu masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama serai dan daun kunyit. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Masukkan sekali asam keping. Didihkan periuk bersama bahan-bahan tumbuk. Seterusnya masukkan sayur iaitu pegaga.

Sentiasa kacau bahan di dalam periuk untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak. Setelah mendidih masukkan ikan tenggiri. Masukkan secawan lagi santan serta perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lagi air. 

Masukkan garam dan gula sedikit demi sedikit sambil merasa bahan masakan untuk memastikan mendapat rasa yang bersesuaian. Kacau dengan berhati-hati agar ikan tidak hancur berselerak. 

Apabila ikan menunjukkan tanda masak iaitu mata ikan berwarna putih dan terjojol, bolehlah di angkat. Sebelum tu masukkan sebiji tomato yang di belah empat atau enam. Hidangkan untuk lauk tengahari atau malam.

Akibat masak lauk yang tersedap hingga menjilat siku ini, diet hancur berkecai sudah. Apatah lagi, makan sepinggan dua tak berkecukupan. Bagi en. suami, ini memang kegemaran dia. Anak-anak pun lebih kurang sama juga macam ayahnya. Nasib baik lah aku dah mahir masak lauk orang Negeri Sembilan ni. Aku menantu orang Negeri Sembilan jer.. Perak mari... huhu!

Nak dapatkan pelbagai resepi masak lemak cili api di blog ni... klik SINI

p/s: Untuk yang nak kurang pedas, sila kurangkan jumlah cili api yer... Kami sekeluarga memang kuat pedas. Tak podeh, tak ummp!!!

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...