20 February 2019

Cara Penjagaan Rambut Yang Betul Untuk Mengelak Rambut Bermasaalah...

Umum tau rambut adalah mahkota diri. Dengan rambut yang sihat dan cantik memberi lebih keyakinan diri pada  penampilan dan pesonaliti diri. Penjagaan rambut yang betul adalah satu keperluan untuk menampilkan kualiti hidup itu sendiri. Oleh itu cara penjagaan rambut yang betul wajar di titikberatkan.

Cara Penjagaan Rambut Yang Betul Untuk Mengelak Rambut Bermasaalah...
Cara Penjagaan Rambut Yang Betul Untuk Mengelak Rambut Bermasaalah...

Ramai yang  mengalami masalah rambut masaalah rambut kerana kurangnya penjagaan yang betul. Jadi,  bila rambut sudah rosak, rambut gugur, kelemumur, kering dan berminyak, barulah tercari-cari penyelesaiannya, Boleh saja mendapatkan rawatan pakar di pusat penjagaan rambut atau saloon. Tapi kosnya sudah pasti mahal.



Ada cara natural dan alami boleh di praktikkan dengan mudah hanya di rumah saja tanpa berbelanja berlebihan. Iaitu dengan menggunakan hanya bahan-bahan biasa yang terdapat di rumah. Caranya sangat mudah dan untuk mendapatkan kesan yang positif perlulah membuatnya secaraa rutin. Buang jauh-jauh penyakit "M" dari ddalam diri... hahaha!

Cara Penjagaan Rambut Yang Betul Untuk Mengelak Rambut Bermasaalah...


Daun Lidah Buaya
Daun lidah buaya ini biasanya di gunakan untuk rawatan muka. Tidak ramai yang tahu lendir pada daun lidah buaya ini bagus juga untuk melembapkan rambut yang kering. 

Caranya, buangkan kulit daun lidah buaya dan ambil isinya yang jernih dan berlendir. Lumur ke seluruh rambut hingga kulit kepala. Selepas itu cuci bersih. Lakukan 3 hari sekali. Sangat bagus untuk yang sering pening dan migrain kerana lidah buaya juga menyejukkan kulit kepala.

Cuka Epal
Cuka epal memang sudah di ketahui ramai dengan pelbagai khasiat dan keberkesanannya. Selain itu ia juga bermanafaat untuk perawatan masalah rambut. Ada 4 langkah yang perlu di ikuti. Mula-mula sediakan 1 cawan air suam dan masukkan 1 sudu besar cuka epal. 

Seterusnya cuci rambut seperti biasa dengan syampu. Selepas membilas bersih syampu tadi, lumurkan air suan dan cuka epal tadi di kepala dan lurut dari akar hingga ke hujung rambut. Setelah beberapa minit, bilas dengan bersih. lakukan seminggu sekali dan lihat kesannya.

Minyak Zaitun
Minyak zaitun sememangnya di kenali ramai untuk merawat pelbagai masaalah luaran dan dalaman. Sebagai pemakanan untuk menjauhkan kalesterol dan juga sebagai perawattan rambut dan kulit sensitif.

Untuk merawat rambut ada pelbagai cara dan kaedahnya. Walaubagaimanapun antaranya boleh cuba cara ini.Cara pertama lumurkan minyak zaitun ke atas rambut hingga ke kulit kepala. Jadikan ia sebagai minyak rambut. Cara kedua, jika ingi lebatkan rambut, panaskan minyak rambut, lumurkan ke kepala, biarkan selama 30 minit danselepas itu basuh bersih.

Putih Telur
Putih telur bermanafaat untuk mengelakkan rambut rosak bercabang dan melembapkan rambut dari kekeringan.

Caranya adalah pecahkan telur, asingkan putih telur dari kuningnya. Masukkan sedikit air bersama putih telur tadi dan kacau sekata. Lumur dan urut pada keseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan selama lebih kuran 30 minit dan bilas. 

Santan
Santan semestinya memberikan kesan yang sangat efektif untuk perawatan ramnut secara turun temurun. Sehingga kini perawatan rambut masih di gunakan oleh masyarakat Melayu dan India. Santan semememagnya mempunyai vitamin yang bagus untuk rambut iaitu niacin dan folate. Bahan ini boleh melancarkan peredaran darah dan menyihatkan rambut dengan segera.

Cara menggunakannya adakah dengan santan yang di ambil dari buah kelapa yang tua. Lumurkan pada kulit kepala Perap selama 5 -10 minit dan bilas sehingga bersih. Cuma ada satu kekurangan menggunakan santan ini sebab menghasilkan bau yang kurang menyenangkan pada rambut.

Inilah antara cara dan tips penjagaan rambut untuk mengelak rambut dari bermasaalah.  Rambut jadi cantik, berkilat dan sudah tentu keyakinan diri akan bertambah berganda-ganda. Ini cara jimat yang di praktikkan oleh orang-orng tua dahulu. 

Cara senang orang sekarang beli sahaja bahan perawatan rambut yang di jual di pasaran atau pergi ke pakar rambut di saloon. Boleh saja, tapi ini adalah salah satu alternatif untuk yang hendak berjimat dan menjauhkan diri dari bahan kimia yang tidak sepatutnya. 

Nak dapatkan tips dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s:  Daun lidah buaya itu aku pernah cuba. Tapi itulah, tak rajn nak buat selalu... hehe!

#pic fr google

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...