18 March 2019

Pilih Biji Benih Betik Ada Caranya.....

Antara buah yang bagus untuk di ambil sebagai snek harian adalah buah betik. Buah betik senang di dapati di kawasan kampung. Cara penanaman betik pun sabgat mudah. Tapi pilih biji benih betik yang betul adalah di perlukan takut yang tumbuh adalah hanya pokok jantan. Ada caranya untuk pilih biji benih betik untuk mendapatkan pokok betik betina dan menhasilkan buah yang cantik dan banyak.

Pilih Biji Benih Betik Ada Caranya.....
Pilih Biji Benih Betik Ada Caranya.....

Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi.



Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Antara khasiat melawaskan sembelit, mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing, merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan dan pelbagai lagi khasiat yang boleh dari buah betik ini. 

Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. Juga  kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien-nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. 

Pilih Biji Benih Betik Ada Caranya.....


Jadi sekiranya mempunyai tanah di halaman dan belakang rumah, jom tanam pokok betik untuk mendapatkan kelebihan manafaatnya. Bukannya susah, hanya perlu tahu cara memilih biji benih dengan betul. Dikatakan oleh bekas pengusaha kebun betik iatu seeloknya pilih biji betik di tengah buat betik untuk di buat benih.Tengok gambar yang di sertakan ini. Pilih bahagian yang bertanda B untuk pokok betik betina yang akan berbuah lebat.

Aku dulu tanam betik hanya korek biji betik dari dalm buahnya dan campakkan terus ke kawasan untuk di semai. Selepas tumbuh alihkan  ke tempat tanaman. Kadang-kadan ada pokok yang ditanam tidak berbuah iaitu pokok betik jantan. Jadi tak merasa makan buah betik. Hanya dapat makan bunga dan pucuk betik rebus cicah sambal belacan saja. Sedap juga.... huhu!

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Nanti nak tanam betik banyak-banyak di kawasan rumah. Tak habis makan, boleh jual... hehe!

#sumber dari FB kebun bandar

4 comments:

  1. uihh siap ada caranye lagik ye.. ni barulah tau..

    ReplyDelete
  2. shu pun dlu main campak je semua biji betik tu. kahkah..

    ReplyDelete
  3. sedap tu buat sayur

    salam kenalan

    nak tanya ini berminat ke tukar link suka sama suka? bloglist....kalau awak berminta sila comment di blog saya di

    https://www.oohsenyum.com/2015/03/tukar-suka-sama-suka-blogist.html

    nanti saya balas secepat mungkin ye.Terima Kasih

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...