28 March 2019

Pokok Murunggai @ Kelor Mempunyai Kelebihan Dan Khasiat Terbaik

Aku suka dengan buah dan daun murunggai apabila di buat lauk sayur untuk hidangan.. Masakan kari akan jadi lebih lazat apabila di masukkan dan di perencahkan dengan buah murunggai. Daunnya pula sedap di masak lemak putih atau kuning di campur udang dan kentang. Daunnya juga boleh di goreng bersama telur untuk menjadi sajian yang sedap. Begitulah penangan murunggai atau kelor ini.

Pokok Murunggai @ Kelor Mempunyai Kelebihan Dan Khasiat Terbaik
Pokok Murunggai @ Kelor Mempunyai Kelebihan Dan Khasiat Terbaik

Di kenali dengan nama saintifiknya moringa olifera, pikok murunggai ini sangat popular dengan masyarakat Melayu dan India. Pokok moringa turut dikenali sebagai ‘pokok ajaib’ kerana khasiatnya yang mengagumkan dan memberi banyak manafaat kepada manusia. Ia ditanam meluas di beberapa negara seperti di India, Ethiopia, Filipina,Africa,Amerika latin dan kepulauan Pasifik.



Pokok murunggai mampu mencapai ketinggian sehingga 10 meter dan ia sesuai ditanam di tanah kering serta berpasir. Walaupun ia mempunyai pelbagai kelebihan, khasiat murunggai kurang diketahui oleh masyarakat Melayu, mungkin kerana ia bukan berasal dari negara ini. Murunggai mengandungi Vitamin A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink, Kronium, Tembaga, Magnesium, Manganese, Phosphorus, dan 20 jenis asid amino yang diperlukan badan.

Pokok Murunggai @ Kelor Mempunyai Kelebihan Dan Khasiar Terbaik


Ia berguna dalam aspek lumpuh, infl amasi, demam, batuk, selsema, infl amasi salur nafas dan penyakit paru-paru. Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvy (Rahang gigi berdarah), anemia (kekurangan sel darah merah) dan memulihkan sistem fungsi badan. Biarpun manafaat Murunggai telah dikenali dan diguna sebagai herba traditional oleh suku-kaum asli di beberapa negara, tetapi potensi khasiat tumbuhan ini hanya mula mendapat perhatian dari Saintis Moden pada akhir abad ke sembilan belas.

Kajian terkini telah mendapati murunggai juga mengandungi Cytokinin. Kompaun unik ini telah mendapat bukti saintifik dalam kajian klinikal bahawa ia dapat meningkatkan tumbesaran produk pertanian dan bila ia ditambah dalam pemakanan binatang ternakan, ia jelas akan menambah pengeluaran susu dan mencergaskan regenerasi sel badan.

Dalam zaman maju sekarang, adalah lumrah untuk kita memakan berbagai pil vitamin untuk mendapat kesemua zat yang diperlukan badan, tetapi Murunggai memberi kesemua khasiat malah lebih dari itu, pencegahan kanser dan pemulihan fungsi badan. Murunggai juga diguna untuk rawatan barah,(K4NSER) dan memulihkan ketegangan emosi, kerisauan dan kekhuatiran.

Benih dan akarnya mengandungi sumber antibiotik semulajadi yang sesuai untuk rawatan jangkitan kulit anti-infl amasi, antispasmotik (Ledakan emosi yang tiba-tiba) dan unsur diuretik (menggiatkan pembuangan air kencing). Sifat ini membolehkan ia membersihkan darah dan mengeluarkan toksik dan racun metabolisma dengan lebih berkesan.

Kajian juga telah menunjukkan segelas daun murunggai dapat membekal keperluan harian Vitamin A untuk 10 orang. Bercakap secara Saintifik, murunggai adalah suatu keajabian dimana ianya menguatkan tulang yang lemah, memperkayakan sel darah merah anemia dan membolehkan seorang ibu yang hidup kebuluran untuk membesarkan anak yang sedang kelaparan.

Bandingan buah dan sayuran lain, murunggai mempunyai empat kali kalsium dalam susu, tujuh kali Vitamin C dalam Oren dan tiga kali potasium dalam pisang. Bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan,amalan memakan tumbuhan semulajadi seperti murunggai boleh memberikan segala zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Nikmat apa lagi yang nak didustakan. Sekiranya ada kawasan nak bercucuk tanam, tanamlah pokok murunggai atau kelor. Ia sangat bermanafaat dan mempunyai kelebihan dan khasiat terbaik untuk diri kita. Rugi kalau tak manafaatkan pokok murunggai ini untuk menjaga kesihatan.

Aku dah terbayang nak bercucuk tanam pokok murunggai kawasan rumah baru nanti. Sudah bercadang nak mendapatkan sebatang dua ranting dan dahan pokok ini dari jiran du hujung taman ini. Ada pokoknya yang di tanam jiran itu. Tungguuuuu....

Nak dapatkan informasi di blog ini.... klik SINI

p/s: Tak sabarnya rasanya.... huhu!

#info dari FB

5 comments:

  1. Kat kawasan poli tempat sha kerja nie, banyak pokok ini.. tak tahu pula berkhasiat..

    ReplyDelete
  2. banyak khasiatnya.. first time dgr dan lihat pokok ni kak

    ReplyDelete
  3. Jrang2 makan daun r buah merunggai ni

    ReplyDelete
  4. tak tahu pun khasiat dia ni..adaje pokok tu dekat area kondo Liez..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...