25 March 2019

Tumis Sayur Campur Kacamg Buncis, Carot Dan Bunga Kobis Pelengkap Hidangan

Hidangan iringan yang aku buat beberapa hari lepas iaitu tumis sayur campur kacang buncis, carot dan bunga kobis. Jadi satu kemestian selain lauk hidangan utama seperti ayam, ikan, daging atau apa lauk utama, ada satu hidangan sayur yang aku hidangkan di meja makan waktu tengahari atau malam. Hidangan sayuran yang ringkas sahaja, Samada tumis goreng tumis air ataupun rebus sahaja. Kadang-kadang buat yang pedas sikit seperti goreng belacan. Lauk sayur yang aku suka dan berwarna-warni serta rangup.



Kacang buncis adalah sayuran berkacang yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Selain kandungan proteinnya, ia juga kaya dengan lemak, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, potassium, sodium, zink, vitamin A, B, D dan juga kanji. Kandungan zat besi biasanya membantu penghasilan sel darah merah dalam badan. 

Kacang buncis juga membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh penghidap kencing manis atau darah tinggi. Terdapat juga ujian makmal yang mengatakan kacang buncis ini mengandungi serat dan enzim yang mampu menurunkan berat badan.

Carot @ lobak merah pula baik untuk kulit kerana mempunyai vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Selain itu, ia dapat menghalang pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan pra matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan sihat. Carot mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang di sebabkan oleh toksin daripada darah.



Sayuran ini juga berfungsi untuk merawat tona kulit tidak sekata di sebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi  lain yang terkandung dalam carot dapat menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain. carot juga dapat merawat dan mengekalkan penglihatan yang lebih baik. Retina mata memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.

Sayur bunga kobis dikatakan mengandungi serat dan gula semulajadi yang lebih rendah . Bunga kobis juga mempunyai mineral yang penting seperti kalsium, magnesium, fosfor, kalium dan mangan tanpa kolesterol berbahaya. Juga mengandungi Vitamin K yang bersifat anti radang . Pengambilan teratur dapat memastikan perjalanan darah yang sihat terutama pada pembuluh darah. Ini juga dapat mengurangkan risiko stroke pada mereka yang menghidap sakit jantung.

Ada juga mengatakan yang pengambilan secara teratur dapat menjaga kolesterol dalam tubuh agar terkawal senantiasa. Vitamin C dan selenium pula dapat membantu dalam menguatkan sistem ketahanan dalam tubuh. Kandungan serat tinggi dalam sayur ini boleh juga membantu meningkatkan kesihatan usus dan beberapa penyakit kanser seperti kanser payudara, dan kanser paru-paru. Pada yang selalu sembelit, ambil dan buatlah jus bunga kobis. Serat yang ada dapat menghilangkan sembelit dan menurunkan berat badan.

Tumis Sayur Campur Kacamg Buncis, Carot Dan Bunga Kobis Pelengkap Hidangan


Bahan-bahan:

12 batang kacang buncis
1 batang kecil carot
1 ketul bunga kobis - anggaran besar segenggam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 sudu makan ikan bilis
1/4 dari seketul kiub ayam
1 sudu makan sos tiram
1/4 cawan air 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

Kacang buncis di potong serong dan dibersihkan. Carot di potong membulat dan di belah empat  bulatannya. Bunga kobis pula di racik kasar.

Bawang merah dan bawang putih di hiris nipis. Hiris juga cili merah secara menyerong. Ikan bilis di buang isi dan kepalanya dan di bersihkan.

Panaskan kuali atau pan. Panaskan dua  sudu makan minyak masak. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Tumis sampai naik bau dan bawang layu.

Masukkan sayuran iaitu kacang buncis, carot dan bunga kobis. Kacau sebati. Masukkan kiub ayam dan sos tiram. 

Seterusnya masukkan air. Kacau lagi dan tunggu sekejap sehingga kacang, carot  nampak sedikit layu. Tapi jangan biar betul-betul layu nanti hilang pula kerangupannya. 

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Seterusnya bolehlah di angkat dan di hidangkan. 

Inilah juadah sayur yang paling aku suka. Begitu juga dengan sesisi keluarga aku. Sedap, rangup dan membuka selera. Anak-anak suka dengan warna-warni hidangan sayuran ini. Salah satu cara menarik perhatian anak-anak untuk makan sayuran. Apatah lagi sayur-sayur ini mempunyai banyak khasiat. 

Nak dapatkan resepi dan informasi di blog ini.... klik SINI

p/s: Tanpa sayur bagaikan tak lengkap hidangan makan kami sekeluarga tau... 

3 comments:

  1. resepi yang simple dan menarik

    ReplyDelete
  2. sayur macam ni pun dah sedap..mau bertambah nasi ni hihihi

    ReplyDelete
  3. sayur macam ni pun dah sedap..mau bertambah nasi ni hihihi

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...