02 May 2019

Petua Terkini Untuk Masalah Rambut Gugur Dan Kelemumur, Letak Bunga Cengkih Dalam Shampoo

Selak punya selak mencari idea untuk di kongsi dalam blog aku yang tak ada entri baru beberapa hari ini, terjumpa petua terkini yang belum pernah aku dengar. Petuanya adalah untuk masalah rambut gugur dan kelemumur. Petua untuk masalah rambut gugur dan kelemumur yang benar-rara iaitu menggunakan bunga cengkih dan shampoo sahaja.

Petua Terkini Untuk Masalah Rambut Gugur Dan Kelemumur, Letak Bunga Cengkih Dalam Shampoo
Petua Terkini Untuk Masalah Rambut Gugur Dan Kelemumur, Letak Bunga Cengkih Dalam Shampoo

Sudah lama aku mengalami masaalah ini iaitu rambut gugur dan berkelemumur. Sudah macam-macam shampoo aku gunakan untuk menghilangkan dan menghindari masalah ini. Petua pula dah banyak di cuba tapi hanya berkesan sekejap saja. Mana tau dengan menggunakan cara ini boleh pula menyelesaikan masalah aku yang satu ini. 



Petua ini adalah sangat berbeza dari petua yang lain. Menggunakan petua daripada orang Arab, hanya  meletakkan beberapa biji bunga cengkih dalam syampu yang digunakan untuk mengatasi masalah rambut yang dialami antaranya masalah kelemumur, rambut berminyak dan rambut gugur.

Petua Terkini Untuk Masalah Rambut Gugur Dan Kelemumur, Letak Bunga Cengkih Dalam Shampoo


Bunga cengkih banyak kegunaannya selain untuk di masukkan dalam masakan. Antara lain kegunaan bunga cengkih menghilangkan bau pernafasan, mewangikan almari yang hapak, menghalau semut dari bekas gula dan seterusnya merawat masalah rambut gugur, kelemumur dan berminyak.

Bahannya hanya shampoo yang biasa di gunakan dan beberapa biji bunga cengkih. Masukkan bunga cengkih ke dalam shampoo. Goncang shampoo dan sudah boleh di gunakan seperti biasa. Pemilik  perkongsian ini mengatakan sudah mencuba kali kedua. Dia berpuashati. Alhamdulillah.

Sebenarnya petua ini untuk lebat kan rambut tapi kesan dia pelbagai lagi. Rambut sudah tak rasa gatal-gatal lagi bila pakai tudung waktu panas macam sekarang. Rambut kering tak  berminyak rasa lembut, segar  dan  rambut pun tak gugur berterabur.

Sudah wajarnya aku mesti mencuba petua ini. Anak perempuan aku pun ada  masalah yang sama. Rungsing dia dengan masalah rambut ini. Ada sekali tu di belinya set penjagaan rambut yang mahal. Pakai dah hampir habis pun masalah tak juga hilang. Tak berkesan langsung. Jadi, inilah penyelesaiannya, insya'allah.

Nak baca informasi dan petua, klik SINI

p/s: Bunga cengkih dah ada kat dapur, jom shampoo rambut... !

#kredit akuokay.com

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...