10 June 2019

Raya Aidilfitri 2019 Yang Meriah.... Yuhuu!!!

Akhirnya Raya Aidilfitri 2019 telah menjelma. Hari ini Aidilfitri yang ke enam. Kami telah pulang dari kampung setelah berhariraya di kampung halaman aku  pada pagi raya kedua di Negeri Perak. Telah menjalani kehidupan seperti kebiasaannya semalam. Tahun ini terasa kemeriahannya setelah menghadiri 2 perjumpaan Raya Aidilfitri 2019 bersama keluarga dan sanak saudara... Happening sungguh!!!

Raya Aidilfitri 2019 Yang Meriah.... Yuhuu!!!

Perjumpaan Raya Aidilfitri 2019 di sebelah kedua2 ibubapa aku ini berlangsung dengan meriah  sekali. Itu yang seronoknya. Bayangkan dengan sanak saudara yang ramai, bagaimana nak pergi kesemua rumah mereka. Ini serentak berjumpa di suatu majlis. Sangat memudahkan untuk aku bertemu dengan mereka. 



Setiap tahun rutin kami sekeluarga pulang pada hari raya kedua sebab en. suami bekerja pada raya pertama. Dia mana nak tempuh kesesakan jalanraya tu, jadi dia bagi peluang kawan-kawannya  bercuti dahulu. Selepas subuh raya kedua kami bertolak dari Shah Alam sampai ke kampung aku dalam pukul 10.30 pagi terus menerus tanpa kesesakan lalu-lintas.

Raya Aidilfitri 2019 Yang Meriah.... Yuhuu!!!


Ingat selepas tengahari nak berjalan-jalan keliling kampung dan bertemu kawan-kawan lama, tapi tergendala terus rancangan sebab ramai pula tetamu yang hadir berkunjung ke rumah. Selaku tuan rumah, kenalah melayani tetamu sampai ke senja.... alahai!!!

Sebelum pergi berhari raya ke rumah saudara mara pada raya ketiga, mesti ada sessi bergambar terlebih dahulu. Buat kenangan di kemudian hari. Tak nak gambar hilang lesap di telan waktu berlalu, wajib aku tepek di blog aku ini. Layan.... ehhh!!

Kenangan Raya Aidilfitri 2019

Letih beraya masih tak hilang lagi ni. Masih mamai sebab banyak makan lauk raya yang tinggi kolesterol. Nasib baik aku jenis yang tak kena sakit urat sebab lebih makan lemang. Elok tahan badan aku lagi. Sakit gigi yang menyerang di awal puasa aritu pun dah tak ada.. lega!

Nantikan updated aku seterusnya tentang majlis perjumpaan Raya Aidilfitri 2019 di blog ini esok dan lusa pula. Entri ini aku letak gambar keluarga beraya dulu. Gambar-gambar lain akan menyusul nanti. Happening Raya Aidilfitri 2019 ini... !!

Nak baca pelbagai cerita dan catatan di blog ini klik SINI dan SINI

p/s: Paling happening, tak memasal boleh sesat jalan di Sabak Bernam sebab banyak sangat pembinaan jalan di situ. Waze pula tak membantu langsung. Sudahnya 4.30 petang dari Bota, dekat 11.00 malam baru sampai Shah Alam... Penat!!

7 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...