15 June 2019

Resepi Masakan Aku Tersiar Di mStar Online Ramadan Lalu... Huiyooo!!

Baru hari ini sempat bercerita kisah ini di blog aku. Kisah blog aku di petik oleh mStar Online berkenaan resepi sup ketam. Tak sangka resepi masakan aku tersiar iaitu sup ketam yang masak main campak-campak itu yang terpilih. Punyalah banyak masakan lain yang aku buat, sup ketam itu yang menjadi resepi masakan aku yang tersiar di mStar Online itu... hehe!

Resepi Masakan Aku Tersiar Di mStar Online Ramadan Lalu... Huiyooo!!
Resepi Masakan Aku Tersiar Di mStar Online  Ramadhan Lalu... Huiyooo!!

Teruja jugalah sekejap. Bukan senang blog aku nak di paparkan di media sosial sebesar itu. Apalah sangat blog aku yang hanya sekadar blog picisan yang tak di pandang orang. Apapun ia satu pencapaiaan yang tak di sangka-sangka. Seronok aku di buatnya. Nak tengok paparan resepi sup ketam itu di Mstar.com klik SINI



Blog aku ini bukanlah blog berkonsepkan blog masakan sepenuhnya. Lebih kepada blog yang memaparkan pelbagai rencah kehidupan iaitu gaya  hidup. Tapi banyak juga resepi-resepi masakan yang aku paparkan di blog ini. Hanya resepi yang biasa yang mudah saja. Tak ada resepi gempak macam blogger masakan tu. Tapi ada juga beberapa resepi aku melekat di laman utama google... hihi!

Resepi Masakan Aku Tersiar Di mStar Online Ramadan Lalu... Huiyooo!!


Sesungguhnya hal ini lah yang menjadi pemangkin semangat untuk aku terus menapak dan meneroka lebih jauh  dalam media sosial ini dan mempelbagaikan lagi resepi dan informasi di blog ini agar terus relevan dengan situasi semasa. Apa lagi, aku akan teruskan perjuangan menulis blog tanpa rasa jemu. 

Aku memang suka kerjaya ini iaitu menjadi seorang blogger. Blogger di blog sendiri dan menulis dengan gaya tersendiri tanpa kekangan dari mana-mana pihak. Masa dan suasana pula aku selaraskan dengan kehidupan sendiri. Tak di pertontonkan di mana-mana media sosial lain pun aku tak kisah. Tapi kalau sesekali dapat tu memang mengujakan juga.. huhu!

Nak baca pelbagai informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Diam tak diam aku dah berkecimpung di bidang ini sejak 2010 lagi. Hampir 10 tahun tau!!

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...