13 September 2019

Resepi Kuay Teow Laksam, Rasa Yang Memukau Perut Dan Jalan Mudah Membuatnya... Haha!

Laksam adalah salah satu makanan kegemaran aku. Nak membuat isi tepungnya tu memang bercinta ya amat. Nak berjam-jam mengadap kukus dan menggulung tepung itu yang tak laratnya, Jadi aku buat cara mudah, gantikan tepung laksam dengan kuay teow. Jadilah kuay teow laksam. Memanglah dah menderhaka resepi. Apa nak kata, kuay teow laksam pun sedap tak kira. Tersedap dan terbaiklah.

Kuay Teow Laksam, Rasa Yang Memukau Perut Dan Jalan Mudah Membuatnya... Haha!
Kuay Teow Laksam, Rasa Yang Memukau Perut Dan Jalan Mudah Membuatnya... Haha!

Ada ke orang laun macam aku yang malas nak membuat dan menngulung tepung laksam menggunakan jalan pintas dan mudah ini? Tak tahulah aku ada ke tidak. Yang pasti aku dah biasa buat apabila kemalasan melanda tapi teringin nak makan laksam ini. Kita yang buat dia, kan...!



Resepi laksam memanglah dari Kelantan tapi aku buat ikut selera aku yang lebih masam dan kurang kemanisannya sikit. Kalau makan laksam di buat oleh orang Kelantan lebih terasa manis kuahnya. Seperti yang aku beritahu itu, aku yang nak makan, ikut citarasa akulah gayanya. Seperti biasa, sedap sangat, kata anak-anak. Dek kerana masakan yang sedap dan memukau perut ni, diorang bagi 10 bintang... hehe!

Resepi Kuay Teow Laksam, Rasa Yang Memukau Perut Dan Jalan Mudah Membuatnya... Haha!


Bahan-bahan:

3 paket kuay teow 
1 kg ikan kembung atau sardin
2 cawan santan pekat 
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 batang serai - ketuk 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.

Cara-cara: 

Ikan di rebus, asingkan tulang dan isinya. Ambil isinya di kisar bersama air rebusan. Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar lumat. Satukan semua bahan di atas termasuk serai yang di ketuk dan serbuk lada hitam. 

Masukkan juga santan dan asam keping. Masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Bahan sambal belacan:

Cili padi
Belacan
Garam
Gula
Cuka

Cara-cara:

Tumbuk atau kisar pun boleh. Selepas tu gaul sebati. Di makan bersama laksam untuk perisakan kuahnya.

Bahan ulam: 

Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Cara-cara: 

Hiris halus kesemua sayuran iaitu kacang panjang, daun kesum, timun, bawang besar, bunga kantan dan kobis. Tabur atas hidangan bila nak makan. *Bukan kesemua sayur tu ada, mana yang sempat letak jelah... hihi!

Nak tengok resepi lain dari blog ni... klik SINI

p/s : Anak-anak suka sangatlah bila aku masakkan kuah laksam ni. Memang kegemaran diorang pun. Apa lagi pulun sungguhlah diorang makan.

5 comments:

  1. Haah kannn tak pernah terfikir pun sebenaqnya boleh tukaq guna kuey teaw pun. sebelum ni punya mlas nak buat laksam sebab malas nak gulung tepung tu hahhaha nicee sharing kak

    ReplyDelete
  2. Aah ekk. Pakai kuew teow je.
    Aida pun suka sgt kuah laksam ni.
    Nak buat mee nyer tu yg x mahir!

    ReplyDelete
  3. ok, tajuk dah panjang kat situ, memang sudah memukau perut kita dan kena buatlah jawapnya kan. haha. kita suka makan laksa! dulu tak pandai makan. haha.

    terima kasih berkongsi resepi mudah :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...