29 November 2019

Diet Kaedah Intermittent Fasting Campur Diet Suku Suku Separuh Yang Aku Amalkan, Berkesan!

Setelah aku mengamalkan diet Intermittent Fasting (IF) dan diet suku suku separuh sejurus selepas hari raya puasa 2019 hari tu, berat badan aku menurun dengan ketara. Penurunan dalam 13 - 15kg jugalah. Sebelum ini berat aku adalah 75kg+-. Sekarang berat terkini dalam 61kg sahaja. Masih mengalami penurunan lagi tu. Itulah sebab aku mengatakan diet kaedah intermittent fasting dan diet suku suku separuh ini berkesan untuk aku.... huhu!

Diet Kaedah Intermittent Fasting Campur Diet Suku Suku Separuh Yang Aku Amalkan, Berkesan!
Diet Kaedah Intermittent Fasting Campur Diet Suku Suku Separuh Yang Aku Amalkan, Berkesan!


Intermittent Fasting (IF) atau Intermittent Energy Restriction (IER) adalah istilah untuk pola pemakanan yang mempunyai kitaran antara tempoh berpuasa dan makan. IF bukan setakat hanya sejenis diet tapi lebih kepada kaedah pengstrukturan waktu makan. 

Diet Suku-suku separuh pula  merujuk kepada 1/4 Carbo, 1/4 Protein dan 1/2 Fiber. Jadilah hidangan tu suku suku separuh. Kebiasaannya carbo adalah nasi, mee atau roti. Protein adalah terdiri dari ayam, daging dan ikan. Fiber pula adalah sayur-sayuran. 

Diet Kaedah Intermittent Fasting Campur Diet Suku Suku Separuh Yang Aku Amalkan, Berkesan!


IF ada banyak cara dan protokol. Antara kaedah yang popular adalah formula 16/8 iaitu puasa 16 jam, tak puasa 8 jam. Kaedah 20/4 yang  memerlukan individu itu puasa 20 jam, tak puasa 4 jam. Kaedah OMAD 23/1 yang  memerlukan individu itu puasa 23 jam dan makan 1 jam dimana sehari boleh menikmati satu kali hidangan. Kaedah paling ringan dan sesuai pada yang baru bermula dan mencuba adalah 12/12 sahaja. 

Selain itu ada kaedah 5:2. Kaedah ini memerlukan individu itu 5 hari rutin makan biasa, 2 hari berpuasa. Kekerapan untuk melakukan IF adalah berbeza mengikut caranya. Ada yang dibuat setiap hari atau selang sehari seperti protokol 12/12, 16/8 atau  ada yang dilakukan seminggu 1-2 kali. Dalam cara dan kaedah IF ini di selitkan sekali diet suku suku separuh pada waktu makan iaitu makan 1/4 Carbo, 1/4 Protein dan 1/2 Fiber. 



Selain dari itu elakkan makanan dan minuman bergula. Sekiranya craving dengan benda-benda manis, makanlah buah-buahan seperti epal, oren, tembikai dan bebberapa jenis buah lagi yang kandungan gulanya tidak terlalu tinggi. Tapi janganlah makan berbiji-biji sehari. Cukuplah hanya sekadar satu hidangan sehari. Sesuai untuk melepaskan craving sahaja.

Dalam diet ni nasi yang diambil bukanlah dari jenis nasi putih yang banyak kanji yang macam biasa di makan tu. Di cadangkan ambil nasi dari jenis brown rice, beras rebus atau jenis brasmathi. Baru betul dietnya. .Roti pulak, sebaiknya ambik roti yang jenis whole grain. Aku sudah lama amalkan makan nasi dari beras rebus untuk pemakanan sihat.

Lupa nak beritahu,  IF tidak sama seperti puasa Ramadan atau sunat Isnin dan Khamis sebagaimana dianjurkan Islam. Dalam protokol IF, makanan atau minuman tidak bergula/berkalori seperti air masak, air kopi atau teh hijau dibenarkan dalam tempoh ‘berpuasa’. Sedangkan dalam Islam, segala bentuk makanan dan minuman adalah tidak dibenarkan. Selain itu, IF bebas memilih waktu untuk berpuasa tetapi puasa dalam Islam mesti mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Di sarankan kalau rasa susah nak berdiet IF, buat dulu puasa sunat Isnin dan Khamis tu. Bila sudah jadi kebiasaan, akan lebih mudah mengatur jadual berpuasa IF. Diet cara ini masih boleh jumpa nasi setiap hari. Cuma pada waktu makan, nasi di kurangkan menjadi suku sahaja. Aku adalah sejenis yang mesti nak makan nasi setiap hari. Kalau tak jumpa nasi sehari rasa nak makan orang laparnya... hahaha!

Buat diet IF dan diet suku suku separuh ini di campur dengan serba sedikit rutin harian senaman lebih kurang sahaja, mesti boleh menurunkan berat badan dengan jayanya. Diet IF ini aku sesuaikan dengan rutin hidup aku. Biasanya aku buat kaedah OMAD 23/1. Sekali sekala buat 16/8 dan adakalanya hanya 12/12 sahaja. Cuma makan tetap dalam nisbah suku suku separuh sahaja. Sekali lagi aku tekankan, nasi, lauk dan sayuran seperti biasa cuma nilai itu  hanya suku suku separuh sahaja tauuu!!

Carta Monitor Your Weight Diet Kaedah Intermittent Fasting Aku... 

Aku sudah berjaya dapatkan BMI normal. Namun begitu masih berusaha nak dapatkan berat ideal iaitu dalam 57kg sebab tinggi aku hanya 157cm. Itupun aku sudah di tegur anak-anak agar tak perlu turun berat lagi. Nampak cengkung sangat kata dorang. Sekarang diet aku tak terlalu strict macam mula-mula start dulu. Tapi berat masih turun lagi 100 - 200g setiap 2 -3 hari. Ini mungkin sebab aku masih jaga pemakanan setiap kali dan hanya makan nasi sehari sekali sahaja. 

Korang bila lagi, pada yang masih obesiti dan berlebihan berat badan aku sarankan jomlah berdiet. Ramai yang cakap susah nak istiqamah berdiet ni. Saranan aku, bercampurlah dengan geng atau group  yang sama-sama berjuang untuk diet. Jadi group ini akan saling memberi sokongan pada diri masing-masing. Kalau diet sendirian memang ke lautlah jawabnya.

Banyak group diet seperti itu di facebook telah di wujudkan. Sekiranya rasa down dan hampir tewas, pergilah ke dalam group dan baca kisah-kisah kejayaan insan-insan yang telah berjaya atau hampir mencapai matlamat. Mesti semangat juang dalam diri akan bangkit kembali. Itulah yang aku lakukan setiapkali rasa tak mampu meneruskan diet ini.... haihhhh!!!

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Tak perlu kesahkan minyak dan lemak atau rebus, kukus dan bakar. Aku tak buat diet eat clean tau. Diet biasa yang santai-santai gittew!!

5 comments:

  1. alhamdulillah tahniah. kami tumpang gembira ^_^

    ReplyDelete
  2. Seronok tengok orang berdiet ni.
    Tapi kita tak sesuai nak berdiet, kang tak tahu tinggal apa.
    Cuma lemak kat perut lepas bersalin ni je yang buat tak selesa.
    Mungkin kena buat sit up selalu.

    Semoga dapat berat badan yang diidamkan. Chaiyokkk...

    ReplyDelete
  3. Same to me..ske bt diet IF and suku suku separuh..bkesan trun brt bdn me from 75kg to 57kg. Back to normal again..good to sharing n salam kenal ya

    ReplyDelete
  4. Pernah buat IF, memang ada turun berat. Tapi tak istiqomah, adeh 😅. Nampak gayanya nak kena buat balik IF ni. Jeles tengok orang berjaya buat.

    ReplyDelete
  5. aida setuju.
    aida pun inshaa Allah lepas ni akan amalkan puasa dulu.
    isnin. khamis. if dpt isnin hingga khamis lebih ok la kan.
    ganti puasa awal2.
    then, nak proceed with IF, in shaa Allah.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...