Carrot @ lobak merah mempunyai vitamin A dan antioksidan. Ia berkesan dalam melindungi wajah dari sinaran cahaya matahari. Jadi mari kita kongsi cara buat masker dengan carrot. Jangan tak tau, carrot buat masker, kulit jadi lembab dan glowing gitu jadinya. Masker carot ini ni sesuai untuk kulit yang kering, terbakar akibat selalu terdedah dengan panas matahari. Apa tunggu lagi, tak nak ke dapat manafaat dari carrot buat masker, kulit jadi lembab dan glowing gitu...
Carrot Boleh Buat Masker, Kulit Jadi Lembab Dan Glowing Gitu! |
Kita sedia maklum matahari ada dua cahaya UV. UVA menyebabkan penuaan sebelum usia UVpula menyebabkan kulit gelap, merah terbakar. Dan paling takut, cahaya matahari juga mampu meningkatkan risiko kanser kulit. Bukanlah kata mesti kena tapi adanya risiko. Fahamkan betul-betul tu.
Beta Carotene dalam carrot sangat-sangat bagus untuk lawan radikal bebas matahari. Makin kita amal tak kisah sama ada cara pakai masker, minum jus carrot, amal makan carrot selalu lama kelamaan akan kuatkan imuniti kulit terhadap cahaya matahari.Tapi jangan pula ambil kuantiti yang melampau, akan jadi sympton kulit kuning atau dipanggil 'carrotemia'.
Jangan berlebihan, sederhana saja sudah elok.Vitamin A pula akan protect kulit supaya kulit tak cepat melalui proses penuaan lebih awal Vitamin A akan repair balik tisu kulit yang dah terjejas akibat matahari. Awet muda nanti sangattt tauu! Vitamin C akan galakkan kolagen dari kulit terhasil. Penting vitamin C ni, badan kita tak mampu nak hasilkan vitamin C sendiri, memang kena ambil dari sumber luar.
Carrot Boleh Buat Masker. Kulit Jadi Lembab Dan Glowing Gitu!
Mari kita kongsi resepi masker empunya FB ini yang bernama Kak Fyza....
Bahan:
Sebatang carrot
1 sudu teh minyak zaitun
Cara:
Rebus carrot dan toskan airnya. Selaepas itu lenyek sehingga halus teksturnya. Gaul bersama dengan minyak zaitun. Gaul sehinggn warnanya jadi cantik kuning oren berkilat. Siap untuk di gunakan..
Cara guna:Sapu pada keseluruhan wajah sehingga merata. Gosok perlahan-lahan sehingga merasakan zat carrot menyerap ke dalam kulit. Biarkan selama 20 minit.
Warna kulit akan menjadi kuning seperti warna kunyit. Jangan risau, kuning glowing yang lembut saja. Bilas dengan air bersih iaitu air paip jer.
Memang awalnya rasa melekit sebab minyak zaitun tu pekat dan tebal tekstur dia. Tapi lama lama dia akan ok saja. Sungguh lah kalau muka cukup minyak ni, lembut habis bila kita pegang.
Seeloknya lakukan pemakaian masker ini pada waktu malam. Tidur je terus selepas itu .Bangun pagi dah takde rasa melekit dah.Back to normal macam tak pakai apa apa. Dah serap elok. Yang penting berkilat cantik tanpa melekit.
*Minyak zaitun boleh ganti lemon untuk kulit jenis berminyak, atau tambah madu untuk ekstra lembap
Itulah serba sedikit cara membuat masker carrot untuk mendapatkan kulit lembab dan glowing. Khasiat carrot ini banyak sangat sebenarnya. paling di ketahui adalah untuk mata yang terang. Aku memang suka carrot ini untuk di gunakan dalam pelbagai masakan. masak sayur boleh, masak sup boleh, letak dalam masakan pasta pun boleh dan macam-macam cara lagi. Sedappp!
Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Lepas ni kita buat masker pula, jimat kos untuk beli pelembab wajah... hehe!
#kredit pic FB fyza shah
tak sempat nak buat masker, masuk mulut makan mengunyah dulu carrot ni ^_^
ReplyDeletex pernah cuba. insyallah bahan2 semula jadi ni mmg ada khasiat dia kan..
ReplyDelete