Lipas adalah serangga yang paling menakutkan walaupun ia hidup berhampiran dengan manusia. Sentiasa ada hampir di setiap rumah. Baru di sebut saja perkataan lipas sudah ada yang geli-geleman apatah lagi kalau ternampak ia berkeliaran. Menjerit ketakutan bagaikan di rasuk hantulah jawabnya. Kali ini aku nak kongsi DIY resepi perangkap lipas paling ampuh abad ini di katakan orang. Betul ke ini DIY resepi paling ampuh tak taulah. nanti sama-samalah kita mencubanya.
DIY Resepi Perangkap Lipas Yang Di Katakan Paling Ampuh Abad Ini.... |
Lipas ini adalah serangga yang paling menjengkelkan dan menysahkan hidup kita. Namun begitu, ia adalah serangga yang paling unik kerana mempunyai ciri-ciri ketahanan hidup dalam pelbagai cuaca dan suasana yang paling teruk sekalipun. Apapun, jagalah kawasan persekitaran dengan bersih agar dapat mengelakkan lipas bebas berkeliaran.
Resepi DIY perangkap lipas ini adalah yang paling rare yang pernah aku dengar dan ketahui. Kebiasaanya aku beli di kedai runcit atau kedai peralatan ubat serbuk untuk menghalau dan membunuh lipas. Cara lain yang aku buat adalah dengan menyembur kawasan yang di lalui lipas dengan racun penyembur serangga. Marilah kita cuba resepi ini. Jangan pula di jadikan makan an sudah... hahaha!
DIY Resepi Perangkap Lipas Yang Di Katakan Paling Ampuh Abad Ini....
Bahan-bahan:
Minyak masak
(minyak terpakai dan jangan membazir, minyak mahal tau)
Marjerin
Susu pekat manis
Bekas yang sesuai
Cara-cara:
Campurkan semua bahan ke dalam sebuah bekas. Anggaran bahan-bahan ini boleh agak-agak sajalah ikut kehendak sendiri. Kacau sehingga bahan bercampur sebati. Letaklah bekas di tempat biasanya lipas lalu atau bersarang seperti di dalam almari, bawah singki, kabinet dapur ataupun di dalam kereta.
Letak pada hari malamnya, pagi esoknya pasti akan ada hasilnya. Sekiranya kawasan tempat itu banyak lipas, nescaya penuh bekas dengan bangkainya. Resepi ini di katakan paling ampuh, padu dan menjadi dengan jayanya. Habis anak cucu cicit lipas mati hingga 7 keturunan... hehe!
Walaubagaimanapun untuk terhindar dari lipas berkeliaran di kawasan rumah, jagalah kebersihan dengan tidak membuang sampah makanan merata-rata. membiarkan makanan terdedah dan memastikan kawasan rumah sentiasa kemas dan rapi.
Nak dapatkan macam-macam informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Susu ada, marjerin ada, minyak masak terpakai pun ada. Jom kita cuba buat perangkap ni... huhu!
#Pic dan idea dari group whatssap
oh menarik sangat ni. boleh la cuba. kat rumah kadang ada jugak lipas T_T
ReplyDeleteaaaagghh!
ReplyDeletegelinya tgk gambar lipas byk2 tu :(