28 April 2020

Tak Nak Lagi PKP Dilanjutkan? Ini 5 Benda Anda TOLONG JANGAN Buat Lagi!

Seluruh dunia yang terlibat dengan jangkitan virus korona baharu kini sedang berusaha sedaya upaya untuk menghentikan penyebaran wabak penyakit COVID-19 ini.

Namun, di sebalik kesibukan pihak berkuasa berusaha menghentikan penularannya, ada segelintir yang bertindak memburukkan lagi keadaan dengan melanggar perintah kerajaan.



Oleh itu, bagi mengelakkan penyebaran wabak penyakit ini daripada menjadi lebih parah, sebarang kesilapan yang berkaitan dengannya perlulah dielakkan.

Berikut merupakan antara jenis-jenis kesalahan yang boleh memburukkan lagi penyebaran wabak penyakit COVID-19 ini.

5 jenis kesalahan yang boleh memburukkan penyebaran wabak penyakit COVID-19


Kesalahan #1. Tidak melakukan kuarantin ketika sakit 


Semua individu yang mengalami gejala COVID-19 disarankan untuk melakukan kuarantin diri, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara gejala atau simptom yang mungkin berlaku ialah demam, batuk dan sakit tekak.

Sementara ini, bagi mereka yang mempunyai gejala yang lebih serius seperti demam panas, tubuh yang tidak bermaya atau lemah, sesak nafas perlulah terus ke hospital bagi melakukan pemeriksaan dan rawatan isolasi.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak memahami kepentingan melakukan kuarantin ketika sakit. Ini adalah salah 1 kesilapan umum yang boleh memburukkan lagi penyebaran wabak penyakit COVID-19.

Kesalahan No. 2. Tidak menjalani gaya hidup yang bersih dan sihat


Usah pandang remeh kepentingan gaya hidup yang bersih dan sihat. Padahal, ia merupakan langkah terpenting yang perlu dilakukan untuk melindungi diri daripada jangkitan COVID-19.

Center for Disease Control (CDC) menyarankan untuk melakukan beberapa perkara yang boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan wabak ini.



Antaranya ialah:

- Kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun sekurang-kurangnya selama 20 saat

- Gunakan hand sanitizer yang mengandungi kandungan alkohol sekurang-kurangya 60 peratus

- Membersihkan barang-barang yang sering disentuh menggunakan cecair pembersih

- Tidak menyentuh mata, hidung dan mulut jika tidak mencuci tangan terlebih dahulu

- Menutup mulut dan hidung ketika bersin dengan menggunakan tisu

- Memakai mask jika anda mengalami gejala COVID-19 atau apabila merawat pesakit COVID-19

- Mengelakkan hubungan bersama dengan individu yang sakit

- Jangan keluar rumah ketika sakit

COVID-19 tersebar melalui titisan atau percikan yang mengandungi virus, yang kemudiannya memasuki tubuh secara langsung atau terdapat pada permukaan barang.
`


Jadi, cara terbaik untuk mengelakkannya adalah dengan menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Lebih percaya kepada teori konspirasi berbanding kepada petugas kesihatan- Ini kesalahan ke-3


Internet dan media sosial sememangnya dipenuhi dengan maklumat yang salah, mengelirukan dan pelbagai teori konspirasi berkaitan COVID-19.

Contohnya, jika seseorang itu percaya COVID-19 hanyalah ujian Tuhan yang tidak perlu ditakuti, dan dia sendiri mengalami gejalanya, dia mungkin tidak begitu menghiraukan gejala tersebut lalu menyebarkannya kepada orang lain.

Inilah salah 1 kesalahan yang memburukkan lagi penyebaran wabak penyakit COVID-19 dan memperlambatkan pencegahan.

Situasi akan menjadi bertambah buruk jika pesakit itu tidak percaya nasihat dan saranan para petugas kesihatan. Sebaliknya, dia lebih percaya kepada pelbagai teori dan petua merepek yang tidak begitu pasti kebenarannya.

Kesalahan #4. Menyimpan stok mask yang bertimbun-timbun


Ramai orang yang membuat pembelian mask sebanyak mungkin sejak kemunculan wabak ini. Ini adalah 1 kesalahan yang juga boleh memburukkan penularan jangkitan COVID-19.

Ini kerana penggunaan mask dalam kalangan mereka yang sihat tidak berkesan untuk mencegah penyebaran jangkitan COVID-19.



Surgical mask biasa tidak mampu melindungi anda dari virus penyebab COVID-19. Mask jenis ini longgar pada bahagian mulut dan hidung. Penapisannya juga tidak begitu rapat untuk menapis virus yang memiliki saiz yang amat kecil.

Penggunaan mask dengan berkesan lebih tertumpu kepada mereka yang tidak sihat atau sakit, pekerja kesihatan atau mereka yang menguruskan anggota keluarga yang sedang sakit di rumah.

Jika individu yang sihat memborong kesemua mask yang ada di kedai atau farmasi, maka mereka yang lebih memerlukan seperti orang yang sedang batuk akan mempunyai kesukaran untuk mendapatkan barang ini.



#5. Mengamalkan perubatan alternatif


Apabila individu yang mempunyai gejala tidak mengkuarantinkan diri, malah mencari perubatan alternatif, keadaan yang dialami akan menjadi semakin parah.Dia juga berpotensi melakukan penyebaran wabak penyakit kepada individu lain.

Pada ketika ini, vaksin atau ubatan untuk merawat COVID-19 masih tidak ditemui dan berada pada tahap kajian.

Beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab pula membuat dakwaan bahan-bahan semula jadi tertentu mampu mengurangkan gejala dan mencegah penyebaran wabak penyakit COVID-19.

Sehingga kini, pesakit ini dirawat bagi mengurangkan gejala sehingga tubuh mereka boleh melawan virus tersebut dengan sendirinya.

Oleh itu, sentiasalah berwaspada dengan sebarang dakwaan bahan atau produk yang dikatakan mampu mencegah virus COVID-19.

Jadi, bagaimana untuk mengekang penyebaran wabak penyakit COVID-19?


Dengan tidak melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang di atas, anda pasti dapat membantu kerajaan untuk mengekang penyebaran wabak penyakit COVID-19.

Dan!

Jangan sesekali bersikap pentingkan diri sendiri!


#kredit hellodoktor.com

2 comments:

  1. Disebabkan oleh certain individu yang tak bertanggungjawab, orang lain yang kene tanggung akibatnya sekali.

    ReplyDelete
  2. Alaa, janganla tamatkan PKP, seronok duduk kat rumah he he he.. tambah 30 hari lagi pun tak pe!

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...