29 April 2020

Apam Kampung Mudah, Satu Resepi 3 Variasi Apam Yang Berbeza.

Resepi musim PKP ni kena cari resepi yang mudah, senang di buat dan pasti menjadi.  Perkara paling penting satu rumah boleh makan. Tak ada yang tak suka dan tak makan. jadi aku menggodek resepi dari google.  Jumpa sebuah resepi apam kampung simple sukatan cawan. Apa lagi aku terus membuatnya seperti yang di tulis dalam resepinya. Menjadi dengan jayanya.

Apam Kampung Mudah, Satu Resepi 3 Variasi Apam Yang Berbeza.
Apam Kampung Mudah, Satu Resepi 3 Variasi Apam Yang Berbeza.

Selepas berjaya membuat kali pertama itu dan mendapat kuih apam kampung yang cantik, kembang kembung dan putih gebu rupanya itu ada  aku buat kali kedua dan ketiga kuih apam kampung ini tapi  aku menderhaka sikit dengan resepi itu. Kali ke 2  aku buat kuih apam kampung tambah pewarna merah. Jadilah kuih apam kampung pink @ merah jambu gituuu!

Kali ke 3 aku buat pula kuih apam kampung variasi dengan gula merah pula. Caranya amat mudah, gantikan gula putih dengan gula merah. Ada tidak, aku tambah  kuih apam kampung mudah ini dengan 2 sudu besar gula pasir takutnya gula merah itu kurang manis pula rasa kuih apam kampung mudah ini. 



Resepi apam kampung mudah yang sama dengan satu resepi 3 variasi apam yang berbeza. Apa ada halnya, kita yang buat dia, ikut suka kitalah. Resepi kuih apam kampung ini amat membantu. Fuh! cantik menggiurkan dan gebu gebas saja kuih apam kampung aku ni. Resepi kuih apam kampung mudah dan simple ini aku perturunkan di bawah ini yer!

Apam Kampung Mudah, Satu Resepi 3 Variasi Apam Yang Berbeza.


Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 3/4 cawan air suam
1 paket yis (11gram)

Cara-cara:

Bancuhkan air suam, gula dan yis. Biarkan seketika hingga berbuih, lebih kurang dalam 10 minit. 

Dalam sebuah bekas, masukkan tepung. Seterusnya, masukkan bancuhan gula, air suam dan yis.

Kacau sebati semua baham hingga sekata. Perap adunan selam 1 - 3 jam atau sehingga adunan naik mengembang.

Sediakan loyang yang bersesuaian dan oleskan loyang dengan minyak masak. Masukkan adunan dan kukus selama 20 - 30 minit atau sehingga adunan masak.

Biarkan sejuk seketika barulah di potong. Makan dengan kelapa parut yang telah di gaulkan dengan sedikit garam. Sedapppp!

Musim PKP ni tiada lain perut asyik minta di isi sahaja. Dari sarapan, tengahari, minum petang dan makan malam. Nasib baik masuk bulan ramadan. Kurang sikit waktu menjengah dapur. Tapi tetap nak makan juga waktu berbuka puasa. Inilah juadah apam kampung yang mudah di sediakan dan mengenyangkan sesuai untuk seisi keluarga.

Nak dapatkan resepi - resepi mudah di blog ini, boleh klik SINI

p/s:  Ada satu variasi aku belum buat, iaitu apam kampung mudah variasi hijau pandan pula... wahhh!!

#kredit cararesepiblog

5 comments:

  1. Mudahnye resepi dia, blh try nie

    ReplyDelete
  2. Sedapnye tengok apam ni.. Lama tak makan..

    ReplyDelete
  3. Sedap buat berbuka puasa ni👍

    Jemput join segmen ejulz

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  4. yang warna putih tu mak selalu buat. sedap sungguh dengan parutan kelapa tu =)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...