06 May 2020

Resepi Angel Hair Dengan Sos Prego Mac & Cheese, Mudah Tapi Sedap Rasanya

Semenjak dua menjak ini ada semacam sesuatu kegilaan aku dengan cheese. Jadi aku terjumpa pula di pasaraya sos Prego Mac & Cheese. Ada pula tester yang di sediakan oleh jurujual.  Setelah merasa, tergerak hati aku nak membeli se tin sos Prego Mac & Cheese ini. Ini bukan review berbayar tau. Cuma satu penceritaan tentang masakan yang aku pernah buat. Benda sedap, bolehlah di kongsi bersama, tak gitu!

Resepi  Angel Hair Dengan Sos Prego Mac & Cheese, MudahTapi Sedap Rasanya
Resepi  Angel Hair Dengan Sos Prego Mac & Cheese, MudahTapi Sedap Rasanya

Kengkadang ada masanya kemalasan akan menjadi satu tahap yang paling maksimum. Masak makanan bersama sos Prego Mac & Cheese ini memang penyelamat yang paling sesuai. Untuk memasaknya sangat mudah.  Bergantung pada cara untuk menyediakannya aku gunakan pasta angel hair. Boleh di pelbagaikan dengan pasta yang lain juga. Padahal sos Prego Mac & Cheese ini mac itu merujuk kepada macaroni. Huh!



Nak letak banyak sayur, nak pedas, nak tambah daging atau ayam ikut kesukaan sendiri. Masa buat ini aku cuma letak sayur carot yang di parut dan untuk rasa pedas, aku letak cili api yang di cincang halus. Letak perisa lada hitam dan kiub ayam  dan tabur daun sup. Dah jadi sedap sangat di tekak. Di bawah ini aku letak resepi yang mudah ini.

Resepi  Angel Hair Dengan Sos Prego Mac & Cheese, Mudah Tapi Sedap Rasanya

Bahan-bahan:

1 paket angel hair
1 tin sos prego Mac & Cheese
1 batang carot
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 dari seketul kiub ayam
Beberapa tangkai daun sup
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat masakan angel hair dengan sos Prego Mac & Cheese:


Didihkan seperiuk air dan titiskan sedikit minyak masak. Rebus angel hair di dalam periuk itu sehingga lembut dan toskan airnya. Air rebusan ambil 1 cawan untuk di masukkan dalam masakan nanti.

Carot di parut kasar. Bawang putih dan cili api di hiris dan di cincang halus. Tumis bawang putih dan cili api sehingga naik baunya.

Masukkan carot dan seterusnya masukkan 1 tin sos Prego Mac & Cheese. Masukkan juga 1 cawan air rebusan angel hair tadi.

Jangan lupa untuk masukkan serbuk lada hitam dan kiub ayam. Perasakan dengan garam dengan gula. 

Biarkan mendidih dan masukkan pasta angel hair ke dalam masakan sos prego Mac & Cheese. Kacau, kacau dan kacau rata. Ehhh lupa, akhir sekali masukkan juga daun sup yang telah di cincang kasar. Dah siap. Bolehlah di hidangkan.

Angel Hair Dengan Sos Prego Mac & Cheese, Sedapp!
 Angel Hair Dengan Sos Prego Mac & Cheese, Sedapp!

Anak-anak tak angkat muka menghadap pinggan makan selagi tak habis licin makanan di pinggan. Penangan sos Prego Mac & Cheese yang sedap ini. Mudah sangat buatnya tu. masak lebih kurang begitu pun dah sedap.  macam rasa makan di hotel 5 bintang kata diorang. lain kali, boleh buat lagi dan lagi...!

Nak dapatkan pelbagai  resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Aku jarang guna sos instant dalam tin macam ni. Tapi dek tertarik dengan perkataan cheese tu lah aku jadi membeli so Prego Mac & Cheese dan mencuba.... :))))

3 comments:

  1. macam sedap je..saya pun penggemar cheese2 ni...

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan... aduhai..

    ReplyDelete
  3. Biasa beli prego ori & carbonara jer. Nanti nak try beli sos ni plak. nampak sedap

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...