21 May 2020

Resepi Biskut Dahlia Klasik Yang Sedap Cair Di Mulut

Kelmarin aku buat biskut dahlia klasik yang sentiasa ada di meja pada setiap hari raya di rumah aku. Kali ini aku buat biskut dahlia klasik ini bersama anak-anak. Aku biarkan mereka merasa sentuhan dan perasaan hari raya dengan membuat sendiri biskut yang mereka gemari ini. Resepi biskut dahlia klasik ini aku ambil dari resepi lama yang ada dalam buku resepi simpanan aku sekian lama.

Biskut Dahlia Klasik Yang Sedap Cair Di Mulut
Biskut Dahlia Klasik Yang Sedap Cair Di Mulut

Aku pernah membuat biskut dahlia susu yang  ada sekali tu viral di laman sosial lama dulu. Ia penuh rasa bersusu dan terlampau manis. Rasa cepat muak terlampau  dan sejak itu aku setia dengan resepi lama iaitu resepi biskut dahlia klasik orang dulu-dulu juga. Lebih sedap di tekak, cair di mulut dan terasa mengimbau kenangan lama di kampung halaman.



Membuat biskut dahlia klasik  ini  sangat mengujakan apabila melihat kuntuman dahlia nampak cantik dan comel saja kejadiannya. Cantik dan elok saja comelnya terletak apabila di hias dengan ceri hijau dan merah di tengah-tengahnya. Sayugia di ingat, sewaktu mengadun tepung, letaklah tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan secukup saja tidak melekat di tangan semasa masih lembik. Kalau adunan keras, mau sado tangan memicit corong acuan nanti... hahaha!

Resepi Biskut Dahlia Klasik Yang Sedap Cair Di Mulut


Bahan-bahan:

500 gram tepung gandum
350 gram mentega/margerin
30 gram tepung kastad
30 gram tepung jagung
180 gram gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Ceri yang di potong kecil - hiasan

Cara membuat biskut dahlia klasik yang sedap:


Gaul gula bersama mentega sehingga sebati. Kemudian masukkan telur dan esen vanila.  Kacau dan sebatikan adunan.

Masukkan tepung kastad dan tepung jagung. Gaul lagi sehingga semua tepung sebati bersama adunan.

Setelah itu masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh di picit ke dalam acuan semperit dahlia.

Ambil sedikit demi sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan semerit dahlia. Tekan dan terap doh yang  menjadi bentuk biskut dahlia ke atas loyang atau dulang pembakar yang sudah di sapu sedikit marjerin.

Seterusnya hiaskan di atasnya dengan kepingan ceri yang telah di potong kecil. Buat berulangkali sehingga penuh loyang. 

Bakar biskut dahlia klasik yang sedap ini dalam oven dengan suhu 175 celsius  dalam masa 10 ke 15 minit bergantung pada oven masing-masing. Apabila bahagian bawah biskut menunjukkan tanda hampir garing, bolehlah di angkat.

Biskut Dahlia Klasik Yang Sedap Cair Di Mulut
Biskut Dahlia Klasik Yang Sedap Cair Di Mulut

Sejukkan biskut pada suhu bilik sebelum di simpan ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan lemau.

Tips: Sewaktu memasukkan tepung gandum ke dalam adunan, masukkan sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan secukup saja tidak melekat di tangan pastikan masih lembik. Ini adalah  untuk memudahkan memicit doh biskut dahlia klasik. Sekiranya keras menjadi sukar untuk memicitnya.


Nak dapatkan pelbagai resepi biskut dan kuih raya, klik SINI

p/s: Hari raya menjelang tiba, tak berseri meja tanpa biskut dahlia klasik....kan!

3 comments:

  1. Nampak sedap ja. Raya kali banyak beli sahaja. btw Naim ada tag utk satu segmen ini..

    cc :
    https://pemudattbc.blogspot.com/2020/05/birthday-giveaway-anisa-anuar-official.html

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...