28 August 2020

Resepi Keria Gula Melaka Sedapnya Meleleh Gittew!

Dah lama berkeinginan nak buat kuih keria ni. Pernah membeli tapi makan tak puas. Akhirnya suatu hari aku pun mula membuat kuih keria gula melaka untuk minum petang kami sekeluarga. Kuih keria yang sadur gula putih pernah dan biasa aku buat banyak kali sudah. Yang bersadur gula melaka ini yang belum pernah aku lakukan.

Resepi Keria Gula Melaka Sedapnya Meleleh Gittew!
Resepi Keria Gula Melaka Sedapnya Meleleh Gittew!


Nak buat kuih keria ini tak kisahlah nak pakai keledek warna putih, oren atau ungu. Tapi kalau keledek ungu tu, rupanya gelaplah sikit. Kali ini aku buat guna keledek warna oren. Tepung guna sikit saja. Biar rasa keledek tu lebih sebab nak kelembutanya itu Kalau lebih tepung, kuih keria akan jadi lebih keras.



Jadi, abaikan rasa melekit doh  itu apabila bergaul dengan tepung dan keledek yang di lecek. Susah nak pegang, lumur doh dengan tepung agar kurang melekat di tangan. Buat air gula pun kena ada tekniknya. Masak air gula sampai likat dan rasa melekit apabila di sentuh dengan jari. Selepas itu  boleh di masukkan kuih keria yang telah di goreng. Barulah menjadi saduran  gula melaka ataupun gula putihnya... gittew!


Resepi Keria Gula Melaka Sedapnya Meleleh Gittew!

Bahan-bahan kuih keria gula melaka:

500g ubi keledek
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
(Ini cuma anggaran- nak banyak mana tepulang)

Bahan sira gula melaka:

1 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara membuat kuih keria gula melaka:

Bersihkan keledek, potong kecil dan rebus sehingga empuk. Lenyekkkan keledek dan masukkan  secawan tepung gandum. Gaul sebati sehingga membentuk doh. Sekiranya masih melekat dan  melekit cuma lumur doh dengan sedikit tepung.

Bentuk adunan  seperti gegelang dan dan susun di atas tray yang telah di tabur sedikit tepung agar tidak melekat. Panaskan minyak masak dan masukkan kuih keria kedalam kuali. Masak dengan api sederhana sehingga masak berwarna kuning kecoklatan. Seterusnya bolehlah di angkat dan di toskan minyaknya.

Cara membuat sira gula melaka:

Buat menggunakan kuali yang sama menggoreng kuih keria tadi. Keluarkan minyak dari kuali dan terus masukkan  gula melaka, gula pasir dan air. Masak sehingga gula pasir dan gula merah hancur dan air menjadi hampir kering dan sedikit melekit.

Masukkan kuih keria ke dalam air gula melaka dan kacau dengan cepat sehingga gula merah bergaul rata ke atas kuih keria. Setelah itu bolehlah di angkat.  Biarkan sejuk seketika barulah di hidangkan untuk di ngappp!

Sedap bag hang kuih keria gula melaka ini. Terasa sedap sangat apabila keledek di gandingkan dengan gula melaka. tak tertahankan, sekejap sudah masuk mulur berkeping-keping kuih keria gula melaka. tak terasa jemu langsung. Lagi dan lagi makan sampai habis... huhu!

Nak dapatkan pelbagai resepi lain di blog ini, klik SINI

p/s: Sekarang sudah merancang nak buat lagi ni. benda sedap sukar di lepaskan. punah diet kalau cenggini nampaknya... hahaha!

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...