13 August 2020

Resepi Kek CoKlat Moist Sedap, Kukus Atau Bakar Pun Boleh!

Resepi kek yang sentiasa sedap di tekak aku dan anak-anak. Sudah beulangkali buat sehingga dah tak ingat berapa ratus kali dah. Kek coklat siapa yang tak suka. lebih-lebih lagi penuh dengan rasa coklat yang lazat memikat. Resepi yang tersangatrlah mudah iaitu menggunakan sukatan cawan sahaja. Resepi kek coklat sedap ini, kukus atau bakar pun boleh saja.

Resepi Kek CoKlat Moist Sedap, Kukus Atau Bakar Pun Boleh!
Kek CoKlat Moist Sedap, Kukus Atau Bakar Pun Boleh!

Dah tak ingat di mana asalnya aku jumpa resepi ini. Yang pasti di laman internet. Pada yang empunya resepi, terimakasih untuk ciptaan kek coklat moist sedap dan lazat ini. Seriap kali nak membuat kek coklat, resepi kek coklat moist sedap inilah yang menjadi pilihan utama. Sedap sangat, lembut-lembut  dan lembap-lembap bagaikan span basah yang gebu yang amat... huhu!


Apabila masuk ke mulut, bagaikan merasa kepingan coklat penuh berkrim dengan rasa coklat yang pekat. Sayugia di ingatkan, gelap atau tidak warna kecoklatan kek tu bergantung pada warna serbuk coklat. Sekiranya menggunakan serbuk milo, warnanya sudah pasti hanya kecoklatan. 



Resepi kek coklat moist ini  menggunakan hanya gula pasir saja dan boleh menggantikan margerin dengan secawan minyak masak. Oh ya, sekiranya menggunakan serbuk milo, 2 cawan gula jadikan secawan sahaja. Pastikan adunan margerin, gula dan susu cair sejuk terlebih dahulu. Suam-suam kuku tu bolehlah dah...

Jika nak buat kek untuk harijadi atau apa-apa majlis boleh siram dengan coklat masakan yang di cairkan. Selepas tu, boleh tabur atau letak hiasan yang di sukai. Untuk memudahkan mengeluarkan kek dari loyang, lapik dengan kertas minyak. Tapi kalau setakat nak makan potong begitu sahaja, boleh terus saja bakar dalam loyang yang di lenser dengan margerin. Jom kita belek resepi yer...!

Resepi Kek CoKlat Moist Sedap, Kukus Atau Bakar Pun Boleh!


Bahan-bahan untuk membuat kek coklat moist:


1 ketul margerin (250g)
2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
4 biji telur sederhana
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara untuk membuat kek coklat moist:


Margerin di cairkan di dalam periuk menggunakan api yang kecil. Tunggu dan kacau berterusan sehingga margerin cair. Masukkan gula dan kacau sehingga gula hancur. Masukkan susu cair. Kacau sebati. Sejukkan.Sementara tu ayak tepung, serbuk coklat, baking powder dan soda bicarbonat. 

Pecahkan telur dalam mangkuk adunan dan campurkan esen vanila. Kacau-kacau agar telur putih sebati dengan telur kuning. Masukkan adunan margerin, gula dan susu cair ke dalam adunan telur. Kacau sebati. Kemudian, masukkan campuran tepung dan serbuk koko. 

Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Adunan ni adalah adunan yang agak cair. Sekiranya adunan berketul-ketul kecil tak apa. Tapi kalau berketul besar kena pecah-pecahkan sedikit. 
Tuang ke dalam loyang yang telah di lapik dengan kertas minyak atau disapu sedikit minyak. Bolehlah dimasukkan kedalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu kukusan yang sedang mendidih. 

Bakar dalam oven dengan suhu 170c bergantung pada oven masing-masing  atau ukus selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga masak. Pastikan air kukusan tak menitik ke dalam adunan dengan membalut penutup kukusan dengan kain. Kukus selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga masak. 

Dah masak, sejukkan sebentar dan bolehlah dipotong atau di hias ikut suka dan kreativiti masing-masing. 

Perghh sedap kek coklat moist ni. Orang yang tak pandai buat kek pun boleh buat kek coklat moist sedap ini. Senang sesangat caranya. Tak renyah dan bahan-bahan pun hanya bahan yang biasa saja. Kalau buat kek ini, anak-anak bagi markah penuh. Sekejap saja dah habis di kunyah mereka. Mana boleh tahan, sedap macam makan kepingan coklat kata diorang... hehe!

Nak dapatkan resepi yang canggih tapi mudah membuatnya di blog ini, boleh klik SINI

p/s: Akan dibuat dan terus buat lagi kek ini. Sedapppnya!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...