20 November 2020

7 Tips Dapur Kecil Tapi Masih Kelihatan Cantik Dan Tidak Terlalu Sempit

Siapa yang tidak menginginkan mempunyai rumah yang dapurnya luas dan memudahkan kerja memasak. Tak semua orang dapat memnuhi impian itu. banyak rumah yang di bikin oleh pemaju sekarang mempunyai sebuah dapur kecil yang hanya boleh memuatkan sedikit barang dan kawasan memasak yang sempit. Aku nak kongsi tips dapur kecil tapi masih kelihatan cantik dan tidak terlalu sempit di artikel ini.


7 Tips Dapur Kecil Tapi Masih Kelihatan Cantik Dan Tidak Terlalu Sempit
7 Tips Dapur Kecil Tapi Masih Kelihatan Cantik Dan Tidak Terlalu Sempit


Idea dan tips ini terjumpa di sebuah laman twitter pakar pembuat dan perekabentuk dapur professioanal. Manalah tahu satu masa nanti aku nak ubah suai dapur kering rumah comel aku yang keluasannya agak sempit.  Berangan-angan dulu sebelum menjadi kejadiannya. Angan-angan tu bukankah percuma. Gasaklah kalau nak berangan setinggi langit pun... hahaha!


Sudah temtunya sebuah dapur yang besar menjadi idaman,  namun  dapur kecil sudah mencukupi asalkan cantik. Sudah semestinya dapur kecil tapi masih kelihatan cantik dan tidak terlalu sempit menjadi idaman setiap wanita. yang rumahnya mempunyi dapur yang sempit. terutamanya kepada yang tinggal di rumah pangsa yang mempunyai keluasan dapur yang sangat minima. 



Rumah seperti itu kebiasaanya dapur boleh di lihat dari pintu masuk ataupun bersambung dengan ruang tamu. Sudah tentu memiliki dapur yang masih kelihatan cantik  dan tidak terlalu sempit adalah satu keperluan. Marilah kita semak 7 tipsdapur kecil tapi masih kelihatan cantik dan tidak terlalu sempit untuk rujukan bersama.


7 Tips Dapur Kecil Tapi Masih Kelihatan Cantik Dan Tidak Terlalu Sempit


- 1 - Kabinet "Stainless-steel"



Mengapa pengunaan cabinet kemasan stainless steel macam ini disyorkan untuk dapur kecil? Kerana ia seolah-olah bertindak sebagai cermin yang memantulkan imej dan pada masa yang sama memberi ilusi ruang.

- 2 - Single Sink

7 Tips Dapur Kecil Tapi Masih Kelihatan Cantik Dan Tidak Terlalu Sempit



Untuk menjimatkan lagi ruang dapur, apa kata gunakan sinki single macam ni daripada double yang mungkin akan mengambil terlalu banyak ruang dapur anda.

- 3 - Half Backsplash

7 Tips Dapur Kecil Tapi Masih Kelihatan Cantik Dan Tidak Terlalu Sempit



Dapur yang kecil mungkin akan kelihatan terlalu "overwhelmed" dengan hiasan jubin "backsplash" yang memenuhi ruang dinding dapur. Apa kata gunakan separuh sahaja jubin "backsplash" minimal di antara "Wall Unit Cabinet" dan "Base Unit Cabinet" seperti ini.

- 4 - Multi-Functional Island

7 Tips Dapur Kecil Tapi Masih Kelihatan Cantik Dan Tidak Terlalu Sempit



Ramai teringin nak ada "kitchen island" tapi takut mengambil ruang kediaman yang banyak. Jadi, pelbagaikan fungsi "kitchen island" daripada penyediaan makanan sehinggakan tempat menjamu selera, "all in one!" Jimat tempat dan jimat wang!

- 5 - White Palette 

7 Tips Dapur Kecil Tapi Masih Kelihatan Cantik Dan Tidak Terlalu Sempit



Cara paling mudah untuk menampakkan ruang dapur yang luas adalah dengan pemilihan warna kabinet yang cerah seperti putih. Selain itu, pencahayaan semulajadi dan lampu juga boleh memberi efek ruang kelihatan lebih luas.

- 6 - Opt for peninsula or small kitchen island

7 Tips Dapur Kecil Tapi Masih Kelihatan Cantik Dan Tidak Terlalu Sempit



Ada yang memanggil Peninsula sebagai Island tetapi kalau mahu lebih spesifik, ia adalah kabinet tambahan yang bersambung dengan kabinet unit. Untuk dapur kecil eloklah menggunakan island yang kecil atau peninsula.

- 7 - Go minimalist! 

7 Tips Dapur Kecil Tapi Masih Kelihatan Cantik Dan Tidak Terlalu Sempit



Antara perkara yang paling mudah adalah dengan mengubah dapur anda kepada gaya minimalist yang semestinya tidak nampak sarat. Dan yang paling penting ia tak mengambil ruang yang banyak kerana design kabinetnya pun kelihatan agak "invisible" di dinding putih.

Tips dapur kecil tapi masih kelihatan cantik dan tidak terlalu sempit ini sangat bermanafaat untuk di praktikkan di rumah yang keluasannya sempit. Dapur cantik dan tersusun indah sudah pasti menjadikan aktiviti memasak lebih menyeronokkan.... Gittuhh!!

Nak dapatkan pelbagai tips dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Berangan di buatnya apabila melihata contoh yang cantik ini.... Harap dapat di realisasikan nanti... huhu!


#kredit fabello design twitter

4 comments:

  1. wah! baru dtg idea camne nak ubahsuai dapur di umah tu.. thanks.

    ReplyDelete
  2. aida memang ada 2 tips di atas - single sink tapi besar & half backsplash.
    suka kan sink yg besar dan dalam.
    senang nak mencuci :)

    ReplyDelete
  3. Surirumah mcm Eina ni, memang byk masa habis kat dapur jer. Bestnya kalau ada dapur cantik macam ni. Tapi jadi sayang plak nak guna, sebab tak nak kotor. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Menarik walaupun kecik tak nampak sempit...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...