30 March 2021

Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi

Bulan lepas aku mendapat pengalaman membela bongkah cendawan kukur yang di beli dari laman shopee. Seronok jugalah merasa melihat pertumbuhan cendawan kukur di bongkah yang berisi habuk kayu dan benih cendawan ini. Aku beli 3 bongkah  bahan penanaman cendawan ini. Dan di sini aku nak kongsi keterujaan melihat tanaman cendawan kukur  di bongkah ini tumbuh di depan mata... hehe!

Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi
Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi


Waktu kecil dulu aku biasa menemani emak aku mengutip cendawan kukur ini di kebun getah. Apabila musim hujan, berkembangan cendawan kukur ini tumbuh di batang pokok getah tumbang yang telah reput. habis mengutip dan selepas di bersihkan cendawan ini boleh di masak lemak cili api, masak rendang ataupun masak tumis. Sedapnya makan gulai cendawan ini. 


Zaman sekarang sudah lebih mudah, Cendawan kukur boleh pula di pelihara di rumah dengan sedikit kepakaran. Bongkah cendawan yang aku terima selepas menempah di laman shopee aku gantung di sudut dapur yang lembap. Seterunya toreh beberapa bahagian di sekeliling bongkah untuk bagi ruang cendawan tumbuh.


Seterusnya siram bongkah sehingga benar-benar basah keseluruhannya 2 kali sehari selama lebih kurang 5 -7 hari. Setiap hari tu, boleh lihat cendawan tumbuh di celah-celah torehan di bongkah. Teruja aku melihat tumbesaran kelopak cendawan yang membesar. Dalam 7 hari, bolehlah di kutip untuk di buat masakan. Bongkah tu boleh 2 kali penuaian iaitu ulang kembali proses siram dalam 5 hari dan kutip lagi. 


Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi


Info tentang cendawan kukur yang  aku dapat dari google adalah sejenis cendawan yang pada batang kayu semasa proses pereputan. Ia tergolong dari keluarga Schizophylaceae. Keluarga cendawan Schizophylaceae mempunyai banyak spesis. Ia merupakan sejenis cendawan yang boleh dimakan dan banyak di jual di pasar tani dan pasar malam. 


Cendawan kukur dari pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular di kutip untuk dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat. Jangan tak tau, dulu makanan orang kampung yang tak di pandang orang, sekarang harganya mencecah RM60 sekilogram. Walaupun mahal, jadi rebutan di segenap pelusuk masyarakat. Sudah pasti di sebabkan kesedapan masakannya.. huh!



Meh la aku nak kongsi resepi cendawan kukur yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau dapat cendawan kukur, mesti lauk ini yang di masak. Iaitu resepi cendawan kukur masak lemak cili api dengan telur itik dan pucuk ubi.... jom!


Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi

Bahan-bahan masakan cendawan kukur masak lemak cili api:

3 genggam lebih kurang cendawan kukur
Secekak pucuk ubi
5 biji telur itik
17 biji cili api
1cm isi kunyit
2 biji bawang merah
1 batang serai
2 cawan santan pekat.
Secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara memasak cendawan kukur masak lemak cili api:

Cendawan kukur dibersihkan dari kulit kayu, dan pasir dengan caram merendam dalam besen dan angkat cendawan yang timbul. Buat beberapa kali hingga betul-betul bersih. Pucuk ubi di pilih daun yang lembut dan ambil batang dan daun yang lembut sahaja. Basuh hingga bersih. Rebus sebentar dan toskan.

Selepas tu tumbuk cili api, kunyit hidup dan bawang merah bersama sehingga lumat. Titik serai hingga pecah-peach di hujungnya. Jika mau, tumbuk separa lumat cendawan kukur itu. Tak nak buat pun tak apa. Lepas tu masukkan bahan yang di tumbuk,  cendawan kukur, pucuk ubi dan serai yang telah dititik ke dalam periuk.

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan. Bila dah mendidih, pecahkan telur itik satu persatu ke dalam masakan  tadi, Kacau dengan cermat agar telur  itik tidak pecah kuningnya. Seterusnya masukkan secawan lagi santan pekat. Terus mengacau dengan berhati-hati yer!

Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi


Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat. Sedap sangat di jadikan juadah tengahari. Tak sedar bersenduk2 nasi telah di tambah ke pinggan... hihi!

itulah secebis cerita membela dan membelai cendawan kukur seterusnya di jadikan hidangan makan tengahari yang sedap dan lazat serta di sukai oleh seisi keluarga. Lepas ni nak beli lagi bongkah cendawan kukur tu. Boleh menuai dan masak lagi lauk yang sedap ini. 

Nak dapatkan resepi yang macam-macam variasi di blog ini, klik SINI

p/s: Inilah lauk yang di katakan makan tak ingat dunia. Diet pun sudah ke laut dalam... gitu le!

2 comments:

  1. selalu tengok cendawan tiram tu yang ada jual, cendawan ni pun ada jugak ya. best tengok depan mata membesar kan

    ReplyDelete
  2. Cantiknya cendawan kukur yang dipelihara.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...