• Home

blog santai-santai jerr!

  • Home
  • Me
  • Resepi
  • Petua
  • Tips
  • Informasi
  • Catatan
  • Review
  • Nurbeautyanggun

22 August 2021

Home / artikel / informasi / Kenali Bentuk Badan Ideal Anda, Epal, Pir, Atau Pembaris? Setiap Bentuk Ada Maksud Rupanya....

Kenali Bentuk Badan Ideal Anda, Epal, Pir, Atau Pembaris? Setiap Bentuk Ada Maksud Rupanya....

by Noor Akma on 8/22/2021 08:40:00 PM in artikel, informasi
Kita sebagai manusia di anugerahkan dengan pelbagai bentuk rupa dan badan. Tidak ramai yang mengambil kisah tentang bentuk badan. Yang biasanya di ambil kisah adalah rupa paras sahaja. Tidakkah anda tahu bentuk badan ideal juga mempunyai pelbagai maksud yang tersendiri.

Kenali Bentuk Badan Ideal Anda, Epal, Pir, Atau Pembaris? Setiap Bentuk Ada Maksud Rupanya....
Kenali Bentuk Badan Ideal Anda, Epal, Pir, Atau Pembaris? Setiap Bentuk Ada Maksud Rupanya....


Seetengah orang ada yang mempunyai jenis bentuk badan epal, dan ada juga disebut sebagai bentuk badan pir. Ada juga yang sangat bernasib baik mempunyai bentuk badan seperit jam pasir yang melengkuk cantik.Selain itu juga ada yang bentuk seperti  segitiga terbalik juga kurus seperti pembaris. Raikanlah perbezaaannya, kan! 


Apakah maksud disebalik setiap jenis bentuk badan manusia ini dan apakah bentuk badan ideal yang sempurna. Terdapat banyak kategori yang menentukan bentuk badan manusia secara umumnya. Antaranya ialah faktor jantina, umur, genetik dan juga gaya hidup yang di amalkan.




Ada sesetengah orang yang makan banyak, tetapi susah untuk mengalami kenaikan berat badan. Ada yang hanya makan sedikit tetapi mudah untuk bertambah berat badan. Ini ialah contoh bagaimana beberapa faktor boleh mempengaruhi bentuk badan seseorang individu.


Kenali Bentuk Badan Ideal Anda, Epal, Pir, Atau Pembaris? Setiap Bentuk Ada Maksud Rupanya....

Secara umumnya, bentuk badan manusia boleh dikelaskan mengikut beberapa jenis bentuk badan tertentu. Jom semak  informasi ini untuk menambakan ilmu...

#1 Bentuk Badan Buah Epal


Kaum lelaki lebih kerap mempunyai bentuk badan seperti buah epal ini. Bagi bentuk badan manusia ini, bahagian badan atau abdomen kelihatan lebih bulat selain mempunyai saiz pinggang yang lebih besar. Ini disebabkan pengumpulan lemak yang lebih tertumpu di bahagian badan sahaja. Bentuk badan seperti ini mempunyai risiko kesihatan yang paling tinggi berbanding bentuk tubuh ideal yang lain.


Pinggang yang lebih besar dan lebar mungkin menandakan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit berkaitan jantung. Selain itu, anda juga berisiko untuk mengalami penyakit kardiovaskular, diabetes dan juga kanser.


Anda perlu mengurangkan berat badan dengan segera dengan melakukan senaman dan mengamalkan diet yang sihat. Makan lebih banyak buah-buahan, sayuran dan juga protein tanpa lemak. 

#2 Bentuk Badan Buah Pir


Bagi mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini, saiz bahu dan juga dada lebih kecil berbanding bahagian pinggul dan juga pinggang. Ada kajian menyatakan bahawa, lemak yang berada lebih banyak di bahagian punggung dan juga pinggang boleh mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit jantung. Namun, ada juga kajian yang menunjukkan hasil dapatan yang sebaliknya.


Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, adalah lebih baik untuk menghilangkan lemak badan di mana-mana bahagian tubuh sekalipun. Sentiasa amalkan pemakanan yang sihat dan bersenam setiap hari. Ini kerana, lemak di tubuh bahagian bawah lebih sukar untuk disingkirkan berbanding lemak di bahagian atas. 

#3 Bentuk Badan Pembaris

Ia disebut sebagai bentuk badan pembaris disebabkan bentuk badan yang kelihatan sekata tanpa sebarang bentuk melengkung yang jelas. Saiz bagi bahagian dada dan juga pinggang juga adalah sama. Anda tidak semestinya seorang yang kurus untuk memiliki bentuk badan jenis ini.


Ada juga mereka yang obes mempunyai bentuk badan pembaris ini. Namun, kebanyakan daripada mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini mempunyai masalah kekurangan berat badan. Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini, anda berisiko tinggi untuk mempunyai masalah berkaitan tekanan, haid dan juga kehamilan.


Bentuk badan yang kurus tidak semestinya menandakan anda sentiasa sihat. Memandangkan anda agak sukar untuk mengalami peningkatan berat badan, anda masih perlu menjaga dan mengawal pemakanan anda setiap hari. 

#4 Bentuk Badan Segitiga Terbalik

Bagi bentuk badan ideal ini, seseorang itu mempunyai bahagian bahu atau dada yang lebih besar atau lebar. Bahagian pinggang dan juga pinggul pula lebih kecil berbanding bahagian bahu. Ada yang menyatakan bahawa, saiz dada yang lebih besar mungkin menyebabkan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.


Namun, ia sebenarnya tidak benar sama sekali. Ini kerana, untuk menentukan risiko mendapat kanser payudara, anda perlu memeriksa ketumpatan payudara anda. Payudara yang lebih tumpat boleh merisikokan anda untuk mendapat kanser payudara. Ini kerana, ia mempunyai kandungan tisu penghubung yang lebih banyak berbanding tisu berlemak. 

#5 Bentuk Badan Jam Pasir


Seperti namanya, ia bermaksud bentuk badan yang mempunyai bentuk seperti jam pasir. Lemak badan berada secara sekata antara bahagian tubuh sebelah atas dan juga sebelah bawah. Saiz pinggang pula adalah kecil dan kelihatan cantik. Bagi mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini, agak sukar untuk menentukan secara fizikal sama ada anda mengalami kenaikan berat badan atau tidak.


Anda perlu kerap menimbang berat badan anda untuk menentukan sama ada tergolong dalam kalangan obes atau tidak. Makan makanan yang rendah lemak dan tinggi serat untuk memastikan kelangsungan kesihatan tubuh yang berpanjangan.


Anda rasa, bentuk badan anda berada dalam jenis yang mana? Epal, pir, pembaris, jam pasir atau segi tiga terbalik? Kenali terlebih dahulu bentuk tubuh anda, kemudian sesuaikan dengan busana yang ingin anda gayakan. Pasti gaya anda akan lebih terserlah dan penampilan anda tampak lebih berkeyakinan.

Ingin mendapatkan lebih informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Paling utama memastikan kita mengamalkan gaya hidup sihat. Bentuk badan dan rupa paras bukan penentu kehidupan yang bahagia. Namun kehidupan yang bahagia pasti memerlukan bentuk badan dan rupa paras yang bersesuaian. Fikir, fikirkanlah....!

#sumber hellodoktordotcom
Share This:
Related Posts:
informasi
By Noor Akma at 8/22/2021 08:40:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Tags: artikel, informasi

1 comment:

  1. Syaz RahimAugust 23, 2021 at 1:56 AM

    Ermm adakah saya epal?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...

PEMILIK BLOG

About Me
* Noor Akma
* 2 March _
* Shah Alam

Personal Blog | Lifestyle I Informasi | Resepi | Tips | Petua l Catatan

Untuk sebarang pertanyaan, urusan, review, pengiklanan dll...
Sila email ke: annurbe.noor@gmail.com
#Biters

Follow Us

  • Follow on Twitter
  • Like on Facebook
  • Subscribe on Youtube
  • Follow on Instagram

Teman Maya

Pengunjung

BLOG OF MINE...

  • blog santai-santai jerr..........!
    Cara Merawat Demam Campak Dengan Daun Semambu @ Daun Mambu
  • trendy.... beauty..... anggun.....!
    KURTA KID FAYYADH
  • kEmA.kItCheN
    Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, Sedap Sentiasa Di Tekak Aku...
  • Produk Timur Tengah........
    KISMIS SULTANA

Popular

  • Resepi Miang Kham Yang Terasa Bagaikan Dah Sampai Ke Thailand Gittuh!
    Resepi Miang Kham Yang Terasa Bagaikan Dah Sampai Ke Thailand Gittuh!
    Melihat pokok kaduk tumbuh merimbun di laman kebun, tergerak hati nak mencuba membuat miang kham iaitu sejenis makanan Thai yang menggu...
  • 10 Resepi Kek Marble Azlina Ina Yang Cantik, Sudah Semestinya Sedap Dan Lazat
    10 Resepi Kek Marble Azlina Ina Yang Cantik, Sudah Semestinya Sedap Dan Lazat
    Kek marble adalah kek yang paling senang nak di buat. Rupa pun cantik dan menyerlah. Sekarang kek marble telah di transformasi dengan p...
  • Resepi Pekasam Ayam Goreng Dengan Kacang Buncis, Lazat Uhh!
    Resepi Pekasam Ayam Goreng Dengan Kacang Buncis, Lazat Uhh!
    Bila di sebut pekasam, kebiasaannya orang mesti orang ingat pekasam ikan sungai  ataupun pekasam daging. Tapi jangan tak tau, dah ada p...
  • Bibir Gelap Walaupun Tidak Merokok, Penyebab Dan Solusinya
    Bibir Gelap Walaupun Tidak Merokok, Penyebab Dan Solusinya
    Setiap orang mempunyai warna bibir yang berbeza-beza mengikut tona kulit. Walaupun bibir anda mungkin sedikit gelap berbanding orang la...
  • Jenis-Jenis Material Kain Yang Biasanya Digunakan Untuk Membuat Pakaian
    Jenis-Jenis Material Kain Yang Biasanya Digunakan Untuk Membuat Pakaian
    Setelah menceburi bidang penjualan pakaian ini aku kenalah mengenali pelbagai jenis dan material kain yang biasanya untuk di buat baju. Na...

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2022 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2021 (44)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ▼  August (3)
      • Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Keladi L...
      • Kenali Bentuk Badan Ideal Anda, Epal, Pir, Atau Pe...
      • Tanaman Cincau Hitam Dari Kebun Tepi Rumah Dan Car...
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2020 (99)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (15)
    • ►  May (14)
    • ►  April (8)
    • ►  March (8)
    • ►  February (8)
    • ►  January (13)
  • ►  2019 (187)
    • ►  December (15)
    • ►  November (16)
    • ►  October (19)
    • ►  September (20)
    • ►  August (20)
    • ►  July (13)
    • ►  June (12)
    • ►  May (9)
    • ►  April (14)
    • ►  March (14)
    • ►  February (12)
    • ►  January (23)
  • ►  2018 (223)
    • ►  December (13)
    • ►  November (15)
    • ►  October (21)
    • ►  September (20)
    • ►  August (22)
    • ►  July (26)
    • ►  June (13)
    • ►  May (17)
    • ►  April (20)
    • ►  March (24)
    • ►  February (19)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (238)
    • ►  December (25)
    • ►  November (15)
    • ►  October (15)
    • ►  September (17)
    • ►  August (19)
    • ►  July (24)
    • ►  June (11)
    • ►  May (10)
    • ►  April (15)
    • ►  March (29)
    • ►  February (26)
    • ►  January (32)
  • ►  2016 (294)
    • ►  December (31)
    • ►  November (30)
    • ►  October (27)
    • ►  September (27)
    • ►  August (22)
    • ►  July (10)
    • ►  June (3)
    • ►  May (23)
    • ►  April (30)
    • ►  March (30)
    • ►  February (31)
    • ►  January (30)
  • ►  2015 (189)
    • ►  December (30)
    • ►  November (31)
    • ►  October (30)
    • ►  September (30)
    • ►  August (13)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (9)
    • ►  March (20)
    • ►  February (10)
    • ►  January (11)
  • ►  2014 (19)
    • ►  December (7)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (21)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (3)
DMCA.com Protection Status

Labels

catatan informasi cerita celoteh tips resepi artikel masakan makanan petua review kecantikan DIY tanaman blogger
Created By SoraTemplates & MyBloggerThemes | Edited by Maisarahsidi.com