Masakan masak lemak cili api sentiasa menjadi kesukaan en. suami. Jadi aku
  kena selalu kreatif mempelbagaikan lauk gandingan masak lemak cili api itu.
  Kali ni aku buat masak lemak cili api udang bersama keladi lambuk.
  Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Keladi Lambuk, Menyelerakan Tuh!
  Apa itu keladi lambuk? Tak sama dengan bubur lambuk tau. Dan juga bukan salah
  satu bahan untuk mebuat bubur lambuk tu. Keladi lambuk atau juga di panggil
  keladi kemumu  merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga
  arecaceae yang tumbuh dikawasan tanah subur yang agak lembab di
  negara kita.
  Keladi lambuk ini agak berlainan kerana ia boleh dijadikan ulaman yang sedap
  dan juga boleh dimasak sebagai sayur. Antara lauk sayur yang boleh di masak
  dengan batang keladi lambuk ini adalah masak lemak cili api, asam pedas,
  goreng belacan. 
  Sayur batang keladi lambuk ini juga paling sedap di buat ulam cicah dengan
  sambal tempoyak, sambal kelapa dan juga sambal budu.Pergh, bila tengah makan
  boleh tak perasan orang keliling tau. Oh ya, poko keladi lambuk ini aku tanam
  di laman kebun tepi rumah. Terasa nak masak dan makan atau buat ulam, petik
  saja.
Pokok Keladi Lambuk Di Laman Kebun
  Untuk resepi kali ini aku buat resepi masak lemak cili api udang bersama
  keladi lambuk. Ia adalah satu gandingan yang serasi dan pastinya
  bertambah-tambah makan dek keenakannya yang menyelerakan. Jom kita kongsi
  resepinya ya!
Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Keladi Lambuk, Menyelerakan Tuh!
Bahan-bahan masakan masak lemak cili api udang bersama keladi lambuk:
15 ekor udang sederhana besar
3 batang keladi lambuk
2 cawan santan pekat
17 biji cili api
1 inci isi kunyit (besar ibu jari)
2 biji bawang merah (kecil)
1 batang serai
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuat masakan masak lemak cili api udang bersama keladi lambuk:
  Udang di buang kepala dan ekornya dan di bersihkan. Ketepikan. Keladi lambuk
  di siat kulitnya, di potong serong kecil, di cucu bersih dan di ramas sedikit
  untuk membuang air dari batangnya.
  Cili api di tumbuk bersama isi kunyit hingga lumat. Setelah itu tumbuk lagi
  bersama bawang merah dan bawang putih sserta serai di titik hujungnya.
  Selepas tu masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama serai. Masukkan
  secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan periuk bersama bahan-bahan
  tumbuk. Seterusnya masukkan keladi lambuk dan udang bersama.
  Sentiasa kacau bahan di dalam periuk untuk mengelakkan santan berketul dan
  pecah minyak. Setelah mendidih masukkan secawan lagi santan serta perasakan
  dengan garam dan gula. Kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lagi air.
  Masukkan garam dan gula sedikit demi sedikit sambil merasa bahan masakan untuk
  memastikan mendapat rasa yang bersesuaian.
    Lauk ini sedap di makan bersama nasi panas berserta sambal belacan, ulaman
    dan di tambah pula dengan ikan tenggiri masin jeruk. Huh, menyelerakan tuh!
  
  
    Walau aku alergik dengan udang tapi di sebabkan lauk sedap, gagah juga makan
    seekor dua. Lebihnya aku banyak makan sayur keladi lambuk sajalah. Udang
    yang tergolek-golek dalam periuk tu biar anak-anak dengan en. suami
    habiskan... Gittuh!
  
  
    Nak dapatkan pelbagai resepi masakan kampung yang menyelerakan boleh klik
    SINI
    yer!
  
  
    p/s: Sayur keladi paling unik sebab boleh buat ulam adalah keladi lambuk.
    Jangan silap pokok keladi sudah, nanti gatal kerongkong tak tentu pasal...
    hihi!
  
   




 
						

 
 
 
 

tak pernah makan lagi sayur batang keladi lambuk ni
ReplyDelete