BangunTidur, Uhhh... Sakit Leherku.....Tersalah Tidur?

11:03:00 PM Noor Akma 2 Comments

copy dari google
Pagi semalam bangun je dari tidur leherku terasa sakit..... mungkin salah urat atau salah tidur agaknya. Mengikut kata orang dulu-dulu..... hempuk leher tu balik ngan bantal yang kita tidur tu..... tp xleh pakai.... ku suruh hubby hempuk manja2 gitu. Di hempuknya kuat2... padan muka aku.. sob..sob!

Hampir seharian jugaklah menahan sakit susah nak meneleng kekiri dan kekanan.... terasa macam robot je lagak aku ari tu.... nasib baik menjelang petang sakit dah berkurang. Uhh.... seksa mengenangkannya.... Harap2 x tersalah tidur lagi.... maka aku pun menelaah prof. google untuk mencari info....


Maka aku copy info ni untuk ingatan kemudian hari :

Posisi Tidur Yang Betul Untuk Menjaga Kesihatan


Islam menganjurkan posisi tidur yang betul iaitu mengiring ke kanan. Diantara hadis yang menyebut tentang hal ini adalah seperti di bawah:

"Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu."

(HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

"Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya."

(HR. Abu Dawud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

"Apabila kalian hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhulah seperti wudhu kalian untuk shalat kemudian berbaringlah kesisi kanan!"

(HR. Bukhari 247 dan Muslim 2710)


Para saintis mengakui posisi tidur mempengaruhi kesihatan tubuh dan tulang belakang. Saintis bersetuju ada dua posisi tidur yang boleh diamalkan oleh mereka yang mengalami sakit belakang ataupun ingin mencegah sakit belakang iaitu posisi mengiring dan posisi tidur terlentang. Kedua-dua posisi ini didapati dapat mengekalkan kedudukan tulang belakang dalam keadaan lurus, seterusnya dapat mencegah sakit belakang.


Kajian saintifik moden juga telah mengesahkan posisi tidur cara mengiring ke kanan dapat menjaga kesihatan jantung. Kajian telah dilakukan untuk menilai kesan autonomi sinaps sistem saraf jantung bagi tiga posisi tidur yang berbeza, iaitu posisi terlentang, posisi mengiring ke kiri dan posisi mengiring ke kanan.


Hasil kajian tersebut menunjukkan posisi mengiring ke kanan merangsang aktiviti saraf vagus jantung disamping mengurangkan aktiviti saraf simpatetik. Rangsangan saraf vagus jantung memberikan kesan anti-arritmia, iaitu mengekalkan rentak jantung yang seragam dan mencegah serangan jantung akibat arritmia ketika tidur. Sebaliknya posisi mengiring ke kiri dikaitkan dengan peningkatan aktiviti sistem saraf simpatetik dan meyebabkan penyakit kegagalan jantung kongestif bertambah teruk.


Posisi tidur yang mesti dielakkan ialah meniarap kerana ia menyebabkan leher anda meregang keatas dan terpusing ke luar. Ini memberi tekanan kepada sendi bahagian tengkuk tulang belakang dan akhirnya boleh meyebabkan sakit belakang. Tidur meniarap juga dilarang dalam Islam sebagaimana sebuah hadis "Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas baginda berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah."-Hadis riwayat Tarmizi.


Sebagai rumusan, posisi tidur yang paling baik adalah secara mengiring ke kanan. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak diceritakan disini selain ia menjaga kesihatan tulang belakang dan jantung. Apatah lagi bagi kita yang beragama Islam akan diberi ganjaran pahala daripada Allah SWT jika mengamalkan amalan sunnah ini. Wallahua'lam.

copyright dari Blog Dr. Hasbi


2 comments:

Sham said...

Salam pkenalan...

Blogwalking n terus folow...tula apa yg nabi buat tu semua adalah yg tbaik..kan...

kadang2 tertido sampai tak hengat posisi tidur cmne. esok pagi dah sakit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...